Sabtu, 22 Jun 2013

drama bersiri: kerana kamu 2 & 3

Saat kaki melangkah ke ruang pejabat semuanya kelihatan sedikit berbeza.. hati saffie tertanya-tanya apakah yang berlaku.. dila pula kelihatan lebih bedak dari biasa.. 5inci barangkali.. hahaha.. apa yang jadi sebenarnya???
“Fie, kau tengokla si Dila tu.. bedak macam tepung gomak aku tengok.. bajet nak ngurat anak bos la tu.. macam la anak bos nak pandang dia” bebelan Izzah menyambut kedatangan saffie..saffie hanya mampu tersenyum. Apa yang perlu dikejar dengan harta.lambat laun akan habis juga..
“zah, biarlah dia.. mana tahu memang rezeki dia nanti dapat nak bos tu.. kita doakan jela.. “ balas saffie sambil tersenyum
Izzah hanya membalas kata-kata saffie dengan cebikan sambil menghulur dokumen yang perlu saffie siapkan.. kerja.. kerja..kerja.. bosan saffie jadinya.
‘ Hati seolah-olah inginkan percutian.. tapi bercuti keseorangan amat menbosankan.. mera.. yeaaa.. nanti text mera sahajalah.. mesti dia sudi menemani aku..’
Pejabat tiba-tiba kedengaran sunyi.. tiada suara-suara membuatkan saffie pelik.. saffie melihat sekeliling.. melihat kehadiran Tuan Ismail membuat saffie tersenyum. Pandai betul kawan-kawan sepejabatnya ni berlakon. Nampak tekun masing-masing menyiapkan kerja.
“assalamualaikum.. perhatian semua..” mesra suara Tuan Ismail yang masih tidak hilang lorat kedahnya walaupun sudah berpuluh tahun tinggal di bumi selangor.
“hari ni saya nak kenalkan anak saya, yang akan menggantikan saya tak lama lagi. Tapi sementara itu, dia akan belajar selok-belok syarikat kita dulu. Saya harap kamu semua dapat bantu dia” kata Tuan Ismail lagi..
saffie hanya mendengar sahaja bebelan Tuan Ismail selepas itu..lebih mengisahkan pasal kejayaan syarikat.. tapi saffie tak ada masa untuk memberikan sepenuhnya perhatian. Kerjanya masih menunggu.
“fie...saffie..saffie!!!!!!!”
“hah?? Kenapa??” spontan saffie bertanya apabila dijerkah secara tiba2.. saffie memandang izzah yang memanggil namanya dengan sungguh kurang sopan tadi.. lantas izzah membalas pandangan soalan saffie dengan menunjuk kearah seseorang.. seseorang yang membuatkan saffie terpana.. ahhh.. betapa kecilnya dunia..
“saffie faiqah.. tak sangka i dapat jumpa you kat sini. Kita memang berjodohkan??” suaranya sahaja cukup membuat telinga saffie bernanah.. apakan pula melihat wajahnya.. rasa nak keluar semua isi perut saffie.. soalannya saffie balas dengan secalit senyuman.. saffie dapat merasakan senyumannya hambar.. nampak sangatlah saffie tidak ikhlas.
“saffie, why not if we have lunch together today??.. there are a lot of things i want to share with you” kata si lelaki masih cuba menarik perhatian saffie.. lelaki ini. Dari dulu.. tak pernah berubah.. masih tidak sedar yang saffie tidak menginginkannya.
“encik hafiyzul.. saya ni kuli encik saja.. saya tak nak la nanti ada orang buat dosa kering bila kita keluar sama-sama.. apa kata encik hafiyzul ajak cik Dilla..” mukanya mulai berubah.. lantas saffie berteriak memanggil dilla
“cik dilla, ni encik hafiyzul nak ajak lunch dengan cik dilla tapi malu nak cakap..” hafiyzul mamandang saffie seakan tak percaya..
‘kau ingat kau bos aku takut.. ada hati nak menggatal..’omel saffie sendirian
###############################################################
Bab3
‘Hati aku selalu tertanya-tanya, kenapa tiada satu pun manusia yang memahami aku. Betul kata shakir, terlalu banyak memendam perasaan akan menyebabkan aku hilang pedoman.. terlalu letih rasanya untuk terus hidup dalam kegelapan. Aku tak nampak langsung cahaya di depan aku.. makin lama aku rasa makin suram. Makin kelam. Terlalu banyak memendam perasaan menyakitkan kepala aku.. kadang-kadang aku rasa aku ingin tidur, tidur dan terus tidur.’
“fie..fie..”
“emmm..kenapa??”
“kau sedar ke tak ni?? Yang kau menangis tiba-tiba ni kenapa?? Somethings wrong dear??” soalan hawa saffie balas dengan pandangan kosong. saffie sedar hawa sedang menunggu jawapannya tapi otak saffie seakan-akan tak memahami maksud soalannya.
Ingin sekali saffie meluahkan semua yang terbuku di hati tapi sering kali lidahnya kelu untuk mengatakannya. saffie tak mahu dikasihani, saffie tak mahu simpati. Saffie Cuma mahu pengertian. saffie merakan yang dia memerlukan percutian..bercuti??
“awe, jom pergi jalan-jalan”
Hawe memandang saffie dengan muka berkerut tanpa menjawab pelawaan saffie.
“aku rasa aku nak pergi bercuti. Aku rasa aku nak pergi genting.. jom esok..”
“kau gila ke apa? esokkan kerja la ngok.. kau ni da kenapa? Tak boleh fikir da ke??”
“aku nak pergi merehatkan kepala otak aku yang serabut ni.. jom la awe..kita amek mc..”
“kau payung, aku on.. duit kau kan berkepuk dalam bank tu”
“berkirakan kau. Duit tu untuk aku kawen tau..”
“eleh! Cakap kawen konon. Calon pun tak ada.. tak sudah-sudah menunggu si faizal kau tu. Dia da kawen agaknye kau gak gigit jari kaki fie..”
“tak baik tau kau.. aku belanje la kau nanti.. tarik cepat cakap kau tu.. dia setia kat aku tau.. aku tahu..”
“yelaaa.. maafkan aku ye.. eehhh.. kau text mera tak?? Ajak dia sekali.. dah lama tak ponteng kerja same-same kan..”
“a’ah betul jugak.. kejap lagi aku telefon dia..”

“waaahhhhh.. best sangat hari ni. Seronok aku.. dah lama kan kita tak gelak,jerit puas-puas macam hari ni.. rasa macam taknak balik aje.. boleh tak aku tak nak balik..” luah mera sambil mencapai air di tepi bangku yang didudukinya
“ aku pun mer, rasa seronok sangatkan.. macam lari dari masalah.. betul tak fie??” balas hawa sambil menghulur sandwichnya kepada saffie..
“ betul.. berat pulak rasa hati aku nak balik.. lagi-lagi nak mengadap si hafiyzul tu.. lemau pulak semangat aku ni..”
“hafiyzul?? Mamat poyo lagi playboy yang dok kejar kau dari zaman sekolah dulu ke??” soal hawa kepada saffie.. mera pula memandang saffie dengan penuh tanda tanya..
“mamat mana lagi.. sejak dia masuk kerja hidup aku macam dalam cerita sengsara.. ada aja nak kacau aku.. penat aku nak melayannya.. kalau aku buat bodoh lagi dia boleh cakap kuat-kuat macam aku jauh sepuluh batu dari dia”
“kau tak cuba cakap elok-elok dengan dia fie?” soal mera kepada saffie
“ kau tak kenal mamat mereng tu mer, kalau kau da kenal kau pun berasap.. meh aku cerita kat kau siapa sebenarnya si hafiyzul aka mamat playboy poyo tu..” balas hawa dengan memek muka yang mampu mengundang gelak tawa sesiapa sahaja yang melihatnya
Penuh bersungguh-sunggug hawa bercerita kepada mera tentang hafiyzul.. ciap dengan memek muka dan gaya-gayanya sekali. saffie tergelak mendengar cerita hawa.. bila diimbas kembali kenangan lalu.. tentang kebodohan saffie melayan hafiyzul, saffie hanya mampu ketawa kerana ianya merupakan perencah yang membuat hidup saffie lebih punya rasa, lebih “bite” kate orang..
“bapak jahat kau fie, sampai macam tu kau buat si playboy tu??” mera bertanya setelah mendengar cerita hawa
“kenapa?? Tak percaya??” kata-kata saffie disambut dengan hilai tawanya dengan hawa
“tak sangka aku. Kau yang lemah lembut sanggup buat macam tu.. makan dalam bhai.. sebab tu sampai sekarang dia kejar kau. Agaknya nak balas dendam.. baik kau hati-hati fie” mera memandang saffie dengan riak kerisauan..
“kau jangan risau.. takkan aku jatuh kat tangan dia.. dan aku tahu apa agenda dia.. dan aku rasa aku nak berhenti kerja laa.. aku nak sambung jadi lecturer macam sebelum ni.. aku penatla jadi marketer.. bosan.. “ balas saffie sambil memandang mera dan hawa silih berganti
“dulu kau gak nak lari dari mengajar, konon tak kena dengan jiwa la apa la.. sekarang nak balik jadi cikgu.. tak takut kena ngurat dengan student sendiri ke??” perli mera dan disambut dengan hilai tawa hawa
saffie hanya tersenyum hambar. Hampeh! Tak pasal-pasal kena perli dengan dua orang sahabat baiknya  ni..


“morning everyone” sapa saffie pagi itu dengan wajah ceria.. walaupun Cuma sehari cuti yang  diambil tapi ianya seakan menghilangkan segala bebanan dalam hatinya ni...
“well.well..well.. look here.. cikfie kita da jumpa jalan datang ofis ye. Ingat tak nak kerja da..” sinis perlian dari hafiyzul.. tapi sedikt pun tak memberi kesan kepada saffie.. 
‘peduli apa.. setakat anak bos tak payah nak tunjuk lolak sangat..’
 kata-kata hafiyzul saffie biarkan berlalu seperti angin lalu.. saffie memandang tempat duduk izzah.. masih kosong tapi bag tangannya saffie lihat terletak kemas di sudut penjuru mejanya.. mungkin dia ke pantri..
“zah, encik zubir dah sampai??” soal saffie kepada izzah sebaik sahaja terlihatnya sedang membawa dua biji mug di tangan menuju kearah mejanya..
“daa.. ada kat dalam bilik dia..kau nak jumpa dia ke?? Pergi la sekarang.kejap lagi dia ada mesyuarat..ehh..encik hafiyzul, ni air encik. Maaf lambat..” balas izzah sambil menghulur mug berisi air kepada hafiyzul.
Jawapan izzah lantas membawa saffie kearah bilik encik zubir dengan surat ditangannya. saffie nekad. saffie mahu pulang ke tempat yang sepatutnya dirinya berada. Sudah cukup lama saffie melarikan diri.. sudah tiba masanya saffie kembali ke jalan yang sepatutnya saffie lalui.
Tok..tok..tok..
“masuk..”
“assalamualaikum..encik zubir,selamat pagi..saya ada sesuatu nak bagi kepada encik”
“waalaikumsalam, fie.. duduk.. apa dia yang awak nak bagi saya ni??”
Lantas saffie menghulurkan surat perletakkan jawatannya kepada encik zubir. Dia menerimanya dengan wajah tanda-tanya dan mulai membuka surat saffie dan membacanya.. selesai membaca, encik zubir memandang saffie kembali..
“notis 24jam fie, terdesak sangat ke awak sampai nak kena berhenti serta merta ni”
“maaf encik zubir, saya rasa saya nak kembali ketempat yang sepatutnya saya berada.. sudah cukup saya menimba pengalaman di sini. Terima kasih pada encik zubir sebab bagi saya peluang kerja di sini. Sudah tiba masanya saya kembali mencurah ilmu untuk anak muda kita..”
“saya sangka awak takkan tuntut janji saya kepada awak.. apa apapun terima kasih sebab selama ni awak sudi berkerja di bawah saya dengan gaji yang tak seberapa berbanding gaji awak sebagai pensyarah dulu..” balas encik zubir sayu.. tapi janji harus dipegang.
Sebagaimana janji saffie membantunya sekadar untuk mengembalikan keadaan syarikat yang hampir-hampir jatuh akibat kecuaian encik zubir sendiri. Jika saffie tak membantunya, sudah tentu Tuan Ismail tidak akan mempercayai encik zubir lagi. Dan mungkin encik zubir tidak akan berada di kedudukannya sekarang. Walaupun jawatan saffie seakan tidak memberi impak besar kepada syarikat Epic Evant planner ini, tapi tanpa ketahuan sesiapa.. saffie banyak menyumbang idea dalam menstabilkan ekonomi syarikat dengan mempromosikan syarikat kepada orang-orang kenamaan serta institusi-institusi kerajaan yang mahukan perkhidmatan syarikat.
Hampir dua tahun saffie berkhidmat di sini. Semata-mata ingin lari dari dunia pendidikan yang kononnya tidak kena pada jiwanya sedangkan itulah cita-cita saffie sejak dulu lagi.. tiga tahun menjadi pendidik kemudian saffie lari kononnya mahu mengubah angin atau sebenarnya saffie lari dari merindui dia..melihat telatah anak didiknya dulu membuatkan saffie teringat kenangan  dengan dia. Manja rajuk saffie.. kesabaran dia melayan kerenah saffie.. kesedihan saffie.. kehendak saffie.semuanya saffie lalui dengan dia.. dan seakan terngiang-ngiang di telinga saffie akan kata-katanya..
“susah senang kita, gaduh kita, sedih kita, kita tetap sama-sama”
Hampir tiga tahun bersama dengannya. Terlalu banyak memori yang tercipta sehingga saffie kadang-kadang lupa yang saffie sudah kehilangannya.

‘Salah akukah dia pergi? Betapa peritnya kehilangan dia. Tapi aku tidak mampu menidakkan betapa besarnya impak dia terhadap hidup aku.’