Jumaat, 12 Oktober 2012

Rabu, 3 Oktober 2012

mungkin nanti..


mungkin nanti bila jarak memisahkan kita, kita akan jadi seperti mereka.. terpisah kerana orang ketiga.. mungkin nanti bila jarak memisahkan kita, terpisahnya jasad juga terpisahnya hati kita..
mungkin nanti bila jarak memisahkan kita, hilang perasaan yang pernah ada antara kita..
mungkin nanti bila jarak memisahkan kita.. kau akan menjauh.. dan aku mungkin hanya mampu melihat kau dari jauh tanpa mampu menggapai tanganmu..
mungkin nanti bila jarak memisahkan kita, kau hanya mampu melihat aku dari jauh tanpa dapat menggapai tanganku..
mungkin nanti bila jarak memisahkan kita, kau temui seseorang yang lebih menyayangimu dari aku dan aku hanya mampu mendoakan kau agar terus tersenyum..
atau..
mungkin nanti bila kita terpisah oleh jarak,masa dan keadaan yang mendesak..kita tak mampu pertahankan apa yang kita miliki sekarang.. perasaan yang ada.. mungkin hancur dan perlahan-lahan hilang kerana keadaan yang berbeza..
ianya mungkin.. sekadar mungkin..