Rabu, 25 Julai 2012

saya sayang dia..



dia yang suke perasan comel.. tapi saya tetap sayang dia.. k bye

Selasa, 17 Julai 2012

suatu ketika dahulu..

suatu ketika dahulu 
aku tersesat dalam hidup
sehingga muncul menjelma
rasa sayang kepadamu..
rupanya inilah cinta
nikmatnya baru ku rasa..
tak terbayang bagaimana 
hidup jika kau tiada..


bila duduk sorang2 macam ni teringat kali pertama aku jumpa dia kat kampus.. macam mana terkejutnya aku nampk dia kat library.. aku masa tu memang teragak2 nak tegur.. sebab takut aku salah orang.. but the end memang betul tu dia dan aku jerit nama dia kat library tu.. masa tu tak fikir malu da.. nasib baik hujan time tu so kalau jerit pun memang orang tak dengar sangat la.. aku betul2 tak sangka dia boleh ada kat kampus aku time tu.. lebih kurang macam jejak kasih la.. walaupun dalam hati masa tu da menyumpah2.. awatla mamat yang aku tak suka ni boleh ada satu kampus dengan aku.. serius aku rasa cam benci sangat.. tapi pura2 cam suka jumpa dia.. cerita ala kadar, tukar ni fon then aku blah.. mase tu aku bagi no fon celcom.. so dia tak tahu no maxis aku.. 

selepas  tu aku tak pernah jumpa lagi dengan dia..lebuh kurang sebulan lebih lepas tu aku terserempak dengan dia.. just tukar senyuman je.. aku text dia lepas tu sebab dia selalu salah text dan call aku.. so aku bagitahulah no yang dia text tu no aku.. tu la permulaan segalanya.. aku mula rapat dengan dia.. mula kenal dia lebih dekat.. macam orang kata  tak kenal maka tak cinta.. bila dah kenal, aku sedar yang dia tak la teruk sangat.. boleh dibuat kawan jugak.. dan aku seronok jadi kawan dia..


hidup aku berubah totally sejak rapat dengan dia.. aku kenal dengan ramai orang.. aku da mula ramai kawan.. kawan2 dia jadi kawan2 aku.. seronok sangat.. sebab aku rasa selama ni melaka tu membosankan sangat.. tapi sejak dia ada aku seronok.. gembira..sebab aku tak sunyi lagi.. aku selalu keluar dengan dia.. makan,jalan2.. almost everythings aku buat dengan dia.. semua kat kampus ingat aku dengan dia bercinta.. but the real things is, we just friends.. best friends maybe.. sebab bila aku sedih mesti aku cari dia.. bila aku rasa nak nangis mesti aku cari dia, dengar dia bercerita.. pastu aku okay macam biasa balik.... hebatkan dia???

dia layan aku baik sangat.. ambik aku kat kolej, pastu jalan pi dewan makan yang sebenarnya depan kolej dia.. sanggup dia jalan banyak2 kali sebab aku. sweet kan?? sweet and sour. pastu antar aku balik kolej.. baik sangat kan??? tolong aku potongkan lamb chop. teman aku makan askrim.. jalan2 kat tasik.. macam2 la.. semua aku nak dia temankan.. baik kan??? baik sangat.. 

yang paling aku tak sangka, dia bagi aku sesuatu masa ari lahir aku.. memang la aku yang mintak tapi aku bukan serius sangat pun..sebab aku tahu dia bukan ada duit pun.. tapi hadiah yang dia bagi pun sesuatu yang aku tak pernah bayangkan dia akan bagi.. sebab we just friend.. cara dia bagi pun mengejutkan aku.. dia kata nak amik beg kat bilik kejap sebab nak pergi library lepas kitorang pi makan sama2... rupa2nya beg tu isi hadiah untuk aku.. sweet sangat.. masa tu aku da memang suke kat dia.. bila dia bagi hadiah, bertambah2 la suka kan???  mana ada perempuan tak suka hadiah.. kalau bagi bunga tahi ayam pun asalkan laki yang  dia suka bagi mesti di anggap special jugakkan??

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Even now when I go to sleep
I wait to see you in my dreams

segalanya berubah dengan lebih drastik lagi.. berubah sangat.. dalam diam aku mula..


(malu..)



happy anniversary dear..

hey!! awak...

agak2 dia ingat tak tarikh ni?? walaupun kita tak pernah declare pape.. walaupun kita hampir2 putus minggu lepas.. at the end, we are still together.. do you what dear..
susahkan nak nak kekalkan hubungan ni.. masing2 panas.. api dengan api susah nak memahami.. still remember?? when you ask me to end our relationship, i am crying and you so mad.. 
at the end, i m so glad.. u still mine. 
i m really in love with u.. 
kita selalu ego kan..susah nak mengalah.. selalu bergaduh sebab benda kecil je.. selalu perang tak nak mengalah.. sampai la orang sendiri yang nangis.. 
macam2 da kita harung sama2.. kadang2 macam tak boleh diterima akal.. bergaduh sebab benda mangarut2 aje.. 
at least, kita masih ada antara satu sama lain.. semoga kekal sampai bila-bila.. amiin..

Isnin, 16 Julai 2012

aku, kau dan dia.. menyentuh hatiku..


aku tak tahu kenapa, movie ni meresap masuk dalam jiwa aku.. aku tak dapat bayangkan kalau aku yang berada di tempat perempuan tu.. yang hanya berhalusinasi (betul ke aku eja ni?)  
tak dapat aku bayangkan kehilangan tunang di depan mata sendiri.. orang yang kita sayang pergi di depan mata.. dan aku tak mampu untuk membuat apa-apa.. 
tetiba sedih pulak.. hahaha
aku tengok movie ni dengan en,driver hari jumaat lepas.. dia yang beria2 ajak.. then aku tengok lah dengan bersungguh-sungguhnya.. movie ni betul-betul menyentap perasaan aku.. movie ni ajar aku supaya menghargai orang yang aku sayang sebelum dia pergi.. part2 sedih je mesti en driver pandang aku..  
aku teringat perangai2 tak semenggah aku melayan en.driver. caci maki aku.. ke'demand'an aku.. mengada2 aku.. sekurang-kurangnya aku masih ada dia kat sisi aku.. sekurang-kurangnya aku masih ada dia yang sayangkan aku.. yang ambil berat pasal aku.. yang cuba sentiasa ada dengan aku.. yang selalu memenuhi permintaan aku.. 
sila abaikan muka aku yang makin tembam..

aku rasa menyesal buat perangai bukan-bukan kat en.driver. aku cari pasal.. aku marah-marah tanpa sebab.. tapi dia masih ada dengan aku.. masih sabar.. teringat peristiwa minggu lepas.. 

maaf en.driver. 
orang kadang-kadang melampau an.. terima kasih sebab selalu sabar.. terima kasih sebab sentiasa ada untuk orang.. terima kasih sebab jadi kawan. sahabat, teman yang paling setia.. terima kasih sebab selalu berkorban untuk orang.. orang akan cuba jadi terbaik untuk dia, macam dia sentiasa cuba jadi terbaik untuk orang.. 
yg sayang giler kat dia,
cik fie.....<3  .

entri kenangan: zaman persekolahan...

bila da habis sekolah ni baru rasa betapa seronoknya zaman persekolahan.. walaupun terpaksa bangun pagi2, kena pakai baju uniform setiap hari dan kalau tak siap kerja sekolah kena denda.. tapi ianya still the precious moment kan??
dolu time sekolah beria nak abis sekolah.. dah abis sekolah rindu pulak waktu sekolah.. menggelabah je cikfie ni an.. -_-
tadi mase tengah berfesbuking, aku tiba2 tergerak hati nak tengok pic kawan lama aku. jap kawan lama ke skandal time sekolah dolu2?? eh!!! bukan yang tu la.. ni kawan mase aku tadika sampai la aku darjah enam.. kawan.. kawan la kot.. hehehehe..biarlah rahsia.. bila tengok dia mesti aku ingat pasal "kite2"..


bila teringat je mesti aku rasa nak sengih sepanjang hari.. mesti semua orang lalui pengalaman macam aku.. time sekolah dulo2 cikgu ajar,jangan guna aku,kau sebab kurang ajar.. so semua akan guna saya,awak.. tapi saya awak terlalu skema.. nampak baik sangat sedangkan perangai nakal macam s****.. 
untuk mengatasi masalah yang ada, tercetusla sindrom kita2.. nak menggantikan kata nama saya. 
kita nak pinjam buku awak boleh?
awak teman kita p toilet boleh?
comel je kan???
da lapan tahun aku tinggalkan semua tu.. kenangan zaman sekolah rendah yang menyeronokkan.. masuk sekolah menengah hidup jadi lebih complicated. makin mencabar..
bila fikir balik.. walaupun aku menci3 zaman sekolah menengah aku, tapi banyak benda aku belajar masa tu..  belajar dikhianati, ditipu.. tiada kawan baik.. at least aku tahu menghargai apa yang aku ada.. aku tahu menghargai orang sekeliling aku.. aku belajar berdikari.. belajar untuk menjadi diri aku sendiri...
menjadi cikfie yang kental dan gagah.. -_-