Khamis, 28 Jun 2012

drama bersiri: kerana kamu

gambar ini tiada kaitan dgn yang hidup ataupun yg telah tiada.



Bab1
“jangan mulakan kalau tak ikhlas..” kata-kata ayah berlegar-legar dalam fikiranku. Tidak ikhlaskah hati ini terhadapnya? Walaupun fahzan hadir dengan tiba-tiba di saat aku memerlukan seseorang untuk bersandar. Setelah 5tahun berlalu, kenapa masih dia yang bertakhta dihati ini? Andai fahzan tahu, mungkinkah dia akan berhenti berharap padaku? Ahh! Segalanya telah terlambat. Dia yang memungkiri janji..bukan aku..
“woi perempuan, kau kalau tak berangan tak boleh ke?” tegur izzah.
“emm, kau nak apa? report annual dinner aku dah letak kat meja kau la..” balas aku lemah..
“ kau ni sedar ke tak? dah pukul 1 la.. aku nak ajak kau pergi makan ni..” pelawa izzah. Tapi aku tak berasa lapar. Mungkin ingatan yang kuat terhadap dia mematikan nafsu makanku..
“tak apalah zah, kau pergilah.. aku taknak kacau kau dengan sidek. Karang susah korang nak bermanja pulak..” balas saffie sambil tersenyum. Hubungan izzah dengan kekasih hatinya sidek bukan lagi rahsia. Tidak sia-sia izzah bersabar, akhirnya sidek menjadi tunangannya dan tak lama lagi mereka akan diijab kabulkan. Tinggalla saffie sendirian. Sampai bila saffie pun tak pasti.
“ betul ni? Kau nak pape tak?” soalan izzah dibalas saffie dengan gelengan. Mulut berat untuk berkata-kata. Jasadnya disini tapi hati saffie seolah tiada dan dia tidak tahu ke mana perginya.
“wei, nanti agak-agak kalau kau nak pape mesej aku tau.. nanti aku tapaukan.” Pesan izzah sambil berlalu. saffie mengiringi pemergian izzah dengan lambaian..
Mungkinkah saffie merindui dia? 5tahun telah berlalu. Dia pergi tanpa kata-kata. Meninggalkan saffie terkapai-kapai keseorangan. Wajahnya menerpa di minda. Senyumannya, mata redupnya yang sering memandang penuh harapan. Suaranya yang sentiasa mengusik. Mungkin benar saffie rindukan dia. Apa khabar dia agaknya? Masih ingatkah dia kepada saffie?
“orang minta maaf, orang tak sengaja marah dia. Orang Cuma nak dia ada selalu dengan orang. Orang tak boleh kalau dia tak ada..” kata-katanya masih saffie ingat dan saffie pegang sehingga kini. saffie sendiri tidak tahu apakah perasaan saffie padanya..  sayang sebagai kawan atau kekasih. Yang pasti saffie mahu sentiasa ada dengan dia. Mungkin juga kehidupan saffie yang keseorangan di tempat orang ketika itu menjadikan dia satu-satunya manusia yang amat istimewa dalam hidupnya ketika itu.
Air mata yang mengalir saffie seka perlahan. Andai dia tahu saffie terlalu merindui dia, mungkinkah dia akan paham rahsia hati saffie...
Lagu berhenti berharap yang tiba-tiba berkumandang dari telefon bimbit saffie menyedarkan saffie dari lamunan..
“assalamualaikum, boleh bercakap dengan cik fie?” soal pemanggil mesra
“waalaikumussalam, tak boleh.” Balas saffie sambil ketawa kecil.
Jawapan saffie menyebabkan si pemanggil ketawa kecil.
“ abang telefon ni kenapa?” soal saffie lagi
“abang rindukan fie la. Fie da lama tak call abang kan. Sibuk sangat ke sayang abang ni?? Ajak jumpa taknak. Mengelat je kerjanya. Abang rindukan fie tau tak?” soal si pemanggil.
‘Rindu? Aduhai.. aku sedikit pun tak berasa rindu padanya. Fahzan, andai kau tahu hati ini bukan untukmu mungkinkah kau akan mengharap lagi padaku??’saffie berkata tapi hanya di dalam hati.
“ fie...” panggilnya lembut.
“kenapa tak jawab abang tanya ni? Abang ada kat bawah pejabat fie ni. Turunlah kejap. Abang bawakkan makanan kesukaan fie ni..” katanya lagi.
Hati saffie berbelah bahagi. Saffie tak sampai hati untuk menghampakannya. Tapi jika terus dilayan saffie takut fahzan akan terus salah paham. Saffie tersepit akibat perbuatan saffie sendiri.
‘Emm.. bagaimana aku hendak berterus terang jika matanya sentiasa memandang penuh harapan kepadaku.’ saffie mengomel sendirian
 Saffie melangkah penuh longlai menuju ke lif. Saat lif terbuka, saffie disambut dengan senyuman daripada fahzan.
“fie, kenapa muka pucat ni? Fie tak sihat ke?” soal fahzan sebelum sempat saffie mendekatinya.
“fie sihat jela. Pening sikit je ni. Abang ni susah-susah je hantarkan makanan untuk fie, abang tak kerja ke?” soal saffie kepadanya.
Saffie lihat fahzan sentiasa tersenyum. Tidak pernah sedikit pun fahzan memasamkan muka bila bertemu dengan saffie. Walaupun disaat saffie menjahanamkan kereta barunya setahun yang lalu. fahzan masih mampu tersenyum. Senyuman yang mendamaikan jiwa. Tapi masih tak mampu menandingi senyuman Dia.. dia yang masih bertakhta di hati saffie..
“ kerjalah.. kalau tak kerja macam mana abang nak masuk meminang fie nanti..” balasnya kemudian ketawa kecil.
Saffie terkedu. Apa yang perlu dia lakukan? Si jejaka masih mengharap. Tapi hati saffie bukan untuknya. Perlukah saffie menipu si jejaka, kemudian menipu hatinya sendiri? Ahh!sukarnya membuat keputusan.
 “abang ni suka berguraukan.. malas nak layan..” balas saffie sambil mengambil bungkusan makanan di tangannya. fahzan tahu semua kesukaan saffie. Dia tahu segalanya tentang saffie. Mungkin benar kata orang, bila kita sukakan seseorang kita akan ingat segala tentang dia. Seperti segala yang saffie ingat tentang Dia.. dia lagi.. kenapa dia tak pernah padam dari ingatan dan hati saffie?
“bila pulak abang bergurau. Abang serius la.. minggu depan mak abang nak masuk meminang fie. Boleh ye.. da setahun abang tunggu..” pujuknya lembut
“abang..fie tak sedia lagilaa.. lagipun abang bukan betul suka fie. Abang nak fie sebab muka fie macam kekasih lama abangkan” balas saffie tegas. saffie tak mahu hatinya dipermainkan dan memainkan hati fahzan juga.
“kenapa fie cakap macam tu? Abang betul-betul ikhlas dengan fie la.. setahun abang tunggu fie. Tak nampak lagu ke keikhlasan abang pada fie?” soalnya sayu
“abang.. tolong bagi fie masa lagi..”rayu saffie kepada si jejaka. Walaupun saffie tahu terlalu banyak masa telah si jejaka berikan kepadanya. Tapi apakan daya. saffie masih tak bersedia..
“ambillah berapa lama yang fie mahu.. abang sanggup tunggu..” jawabnya sambil berlalu. saffie tahu si jejaka kecewa. Sempat si jejaka melemparkan senyuman kepada saffie sebelum berlalu. Dia sangat sabar.. hanya itu yang mampu saffie katakan.
‘7tahun belum cukup untuk aku memadamkan perasaan ini. Perasaan aku terhadap dia terlalu kuat. Ke manakah dia menghilangkan diri? Adakah semuanya berpunca dari aku sendiri? Aku terlalu mencintai dia.. cinta?? Yaa. Aku pasti aku terlalu mencintai dia.’ Omel saffie di dalam hati.


 .........................................................................................................................................
10 tahun dahulu..
“hujan lebat ni.kau nak redah jugak ke??” soal aku kepada aina. Hujan lebat mencurah membasahi bumi melaka. Jarang sekali bumi melaka ini dibasahi hujan. Sesungguhnya ini hujan rahmat.
“tunggu kejapla. Kita duduk bawah library tu dulu. Dah reda nanti kita gerak la..” aina terus berjalan ke arah tempat duduk yang tersedia di bawah library. saffie hanya membototinya.
Suasana riuh rendah di bawah library dengan kehadiran junior-junior semester 1 merimaskan saffie. Salah satu junior di situ menarik perhatiannya. Gerak gayanya seolah-olah saffie kenali.
“pejal!!” lelaki itu memalingkan pandangan ke arah saffie. Betul tekaannya. Itu dia. Kenalan atau lebih tepat musuh tidak nyata saffie di sekolah dahulu.
“hey! Kau buat apa kat sini hah?? Kau bukan belajar kat perak ke??” soal saffie bertubi-tubi saat si dia mula melangkah ke arahnya. Senyuman dilemparkan penuh mesra. Hati saffie mula menyumpah-nyumpah.
‘Macam mana mamat poyo ni boleh ada pulak kat sini. Semak aje..’ desis hati saffi.
“aku tukar kos laa.. amik bisnes. Kau kos ape kat sini?”
‘ooo.. tukar kos rupanya.. so junior aku la ni.. hahahahha..kalau sama kos siap kau aku nak buli.. nasib baik kos lain..’kata saffie lagi tapi hanya di dalam hati
“ooo.. patutlah..”
“bagilah nombor kau nanti senang kalau apa-apa..”
“nah, nanti kau miscall aku tau, ok la.. aku nak balik kolej ni.. bye..”
“ok.bye” kaki saffie dihayun langkah dengan perlahan.. aina mengekori langkah saffie. Hati masih tertanya-tanya, kenapa orang yang dia benci suatu ketika dulu wujud di sini. Sejauh mungkin saffie cuba melarikan diri dari semua kenangan sewaktu persekolahan semakin ia mula mengekori jejak saffie..
‘Mungkin benar kata pepatah, jangan terlalu membenci seseorang kelak akan menyayanginya dan jangan terlalu membenci kelak akan menyukainya.. suka pada faizal?? Mustahil.. apa keistimewaan dia yang akan membuatkan aku jatuh cinta?? Tidak sama sekali..’
Sejak beberapa minggu ni saffie sesak dengan pelbagai assignment yang seakan-akan tiada penghujungnya.. kadang-kadang saffie rasa benci pulak dengan pensyarah. Macam nak buli pelajar aje dengan assingment yang berlambak-lambak. Walaupun sudah menjangkau semester kedua tapi saffie masih tidak boleh menyesuaikan diri dengan alam sekitar di bumi Melaka ini.. segalanya nampak janggal di mata saffie. Segalanya begitu kaku. Tiada kemesraan. Dan sehingga ke hari ini saffie masih tak menemui teman yang boleh dijadikan tempat meluahkan perasaan. Salah saffie yang tidak reti bergaul atau .... emm.. entahlaa
.............................................................................................................................................................
“ahhh..penatnya la hari ni.. banyak betul report kena update..”keluh izzah kepada saffie. Sejak akhir-akhir ini rezeki syarikat semakin melimpah ruah. Kerja saffie juga makin berlambak. Sebagai executive pemasaran menjadikan saffie tidak menang tangan menguruskan hal ehwal pemasaran servis yang syarikat tawarkan.. 
“adatlah zah,nama pun bekerja.. kau patut bersyukur tau..lagi banyak tender yang syarikat kita dapat semakin banyak bonus kita nanti..” izzah tersenyum dengar kata-kata saffie sambil mengangguk. Siapa tidak gembira jika tahu akan memperoleh bonus.
“berita tergempar... berita tergempar..” suara dila menarik perhatian saffie dan izzah. Apa aja lah minah ni.. ada lah gosip terbaru ni..
“kau orang nak tahu tak, tak lama lagi bos kita nak bersara dan anak dia akan gantikan tempat bos tu.. dan kalau kau orang nak tahu jugak..anak bos tu masih single.. tapi ingat!! Jangan siapa-siapa berani potong line aku.. nahas kau orang nanti..” pesan dila sambil berlalu.
‘Setakat anak bos, apalah nak diherankan sangat.. setakat kaya duit mak bapak. Tak ada maknanya.. lainlah dia reti berdikari macam faizal aku.. faizal aku?? Emm.. wujudkah istilah faizal aku tu?’ desis hati saffie


segmen: bloglist with yana

tengah jenjalan dalam blog tetiba jumpe benda ni.. segmen dari yana.. tetiba rase gatal2 nak join.. so yana please accept me as ur friend..



fie tak ada twitter,tak ada fan page.. yang ade fb dengan blog je..
so no dia link fie..
blog: cinta si anak kecil
fb: afidah zainal

sila sengetkan kepala untuk melihat gambar ni..
done! harap-harap dapat kenal dengan ramai kawan baru..

Rabu, 27 Jun 2012

when i am got married..

Game show we got married memberikan aku ilham untuk buat entri ini... oklah aku mengaku aku lambat update.. cerita tu da berabad keluar,aku baru sibuk-sibuk nak tengok.. so what??? Ada aku kisah.. :P
(ikhlas dari abang google)

Back to my story, semua orang ada impian kan untuk perkahwinan korang.. macam kawan aku, dia nak tema kahwin warna merah dengan gold.. gah tu.. sorang lagi nak fairytale wedding themes.. paling femes perkahwinan dalam taman.. artis utamanya nak sangat buat tema ni.. setakat bunga-bunga segar keliling pelamin, boring....

Ni bukan nak cerita pasal tema perkahwinan yang aku nak, tapi nak cerita pasal gambar kahwin.. setiap pasangan mesti nak menyimpan gambar perkahwinan mereka. Bak kata orang, perkahwinan tu berlaku Cuma sekali seumur hidup.. gambar yang di rakam mahu disimpan sebagai bukti cinta agung mereka yang akan ditunjukkan kepada anak cucu mereka kelak.. so sweet.. aku pun kalau boleh nak simpan gambar perkahwinan aku dengan “si dia” nanti.. tapi siapakah “si dia” yang aku nanti-nantikan?? Emm.. entahla... -_-

(ikhlas dari abang google)

Gambar perkahwinan yang aku mahukan bukanlah sekadar gambar yang di ambil semasa majlis kahwin aku dengan “si dia”. Tapi gambar yang menceritakan rentetan peristiwa yang membuahkan rasa cinta antara aku dan “si dia”. Gambar yang mampu menceritakan saat-saat pertemuan aku dan “si dia” yang akhirnya dikukuhkan dengan ikatan pernikahan.. 
Waaa... aku dah mula berangan ni.. hihihi..

Gambar perkahwinan yang aku impikan..

1.    Gambar ketika berada di alam persekolahan yang menunjukkan hubungan dingin aku dengan “si dia”. Perkenalan awal yang menunjukkan aku dengan “si dia” yang tak mampu seia sekata.. gambar aku dan “si dia” memakai baju sekolah sambil memandang dia dari jauh dengan muka yang menunjukkan kemarahan.. aku da mampu bayangkan ni.. “si dia” pula memandang aku tanpa riak muka.

2.    Pertemuan tak disangka di bawah library, menunjukkan muka terkejut aku manakala  “si dia” dengan muka slumbernya..

3.    Gambar “si dia” menjemput aku... dengan senyuman yang menunjukkan kegembiraan.

4.    Gambar aku merajuk dan “si dia” sedang memujuk aku di taman.

5.    Gambar ditepi pantai,pada waktu malam sambil aku meletakkan kepala dikaki “si dia”. Manakala “si dia” meletakkan kepalanya diatas kepala aku sambil berkongsi sweater yang sama.. romantikkan?? Hahahahaha.. :P

6.    Gambar aku dan dia duduk bersebelahan sambil melihat bintang di dada langit. “si dia” sedang menunjukkan bintang kepada aku sambil aku tertawa bahagia..  sweetnya.. aku da berangan ni..

Takkan semua aku nak cerita pulak kan.. ish.. dah-dah.. aku pun tak tahu siapa “si dia” tu lagi.. kan atas ni semua contoh aja pun..
Macam kat atas ni la kalau boleh aku nak buat. Setiap gambar ada cerita tersendiri.. aku nak setiap gambar akan dengan sendirinya bercerita kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Macam dalam iklan tu cakap, “dalam gambar ada lagu..” tanpa aku perlu bercerita, gambar akan memainkan peranannya.. tak sabar rasanya nak kahwin.. hahahahahahahha.. ops! Terlebih sudah...