Ahad, 25 Mac 2012

saat segalanya berubah..


(sambil bace sambil dgr lagu ni)

24 mac 2012..
setelah hampir setahun aku meninggalkan mereka.. meminggirkan diri tanpa aku tahu mengapa aku buat begitu.. tapi akhirnya aku kembali..mendekatkan jurang yang semakin luas.. mereka telah berubah.. semakin matang,semakin cantik.. tapi aku masih kekal aku.. tak berubah sedikit pun.. dan masing2 juga sudah berteman.sedangkan aku masih sendirian,menanti sang putera datang untuk membawa aku pergi..


ini roha, sungguh aku jeles dengan dia.. dia dah berjaya sekarang.. ada kereta, ada kerja dan yang penting da jumpa lelaki yang dia sayang.. dia pun da makin berubah.. dah transform from a girl to a lady.. a beautiful lady.. da pandai bergaya dan pandai bersolek.. makin terserlah kecantikan dia.. dan aku bangga jadi salah seorang kawan dia..

 ana, gadis ceria.. seakan keanak-anakan.. tapi disebalik sifat periang tu masih terserlah kedewasaannya.. dia juga sudah berjaya.. walaupun masih belajar.. dia dah berjaya berdikari.. telah mampu berdiri di kakinya sendiri.. juga berjaya mempertahankan hubungan dengan seseorang begitu lama.. sedangkan aku tak pernah kekal dalam perhubungan sebegitu..

si birthday girl.. cukup 2otahun.. dah dewasa.. dah makin bahagia. dah jumpa seseorang yang mampu buat dunia dia seakan di awang-awangan.. dengkinya aku.. hopefully kau bahagia kawan..

 bila dibandingkan aku dengan mereka, aku paling selebetkan.. T_T
cepatnya masa berlalu.. seolah baru semalam kita berkenalan, bergelak ketawa,ponteng kelas, berjimba ramba dan berpisah.. tahu tak korang, aku menaip ni sambil menangis.. aku tak tahu kenapa aku sedih sangat.. aku rasa cepat sangat masa berlalu.. aku rasa cepat sangat kita ni besar.. dan semakin hari semakin jauh jurang yang wujud antara kita..
nak berkumpul ni pun bukan main payah, kalau nak tunggu semua2 geng kita berkumpul aku tak tahu lah bila..
semuanya dah berubah kecuali aku.. masing2 sudah berteman kecuali aku.. dan masing2 da jadi beautiful lady kecuali aku... T_T
izzah,ana,roha,dilla and bitul..
terima kasih sebab selama ni terima aku dalam hidup korang.. terima aku jadi kawan korang.. menceriakan hidup aku dan buat aku rasa yang aku bukan kesorangan..



 ingat tak semua ni?? zaman comot kita?? aku rindu saat ni.. agak2 bila ye kita boleh amik gambar macam ni lagi?? esok? lusa? mggu depan? tahun depan?? atau xmungkin akan berlaku sampai bila2??
biar masa menentukannya..