Sabtu, 31 Disember 2011

10 perkara buruk aku nak ubah sempena tahun baru..


  1. nak bangun awal setiap hari.. bukan bermakna selama ni aku sengaja bangun lambat tau.. cuma aku selalu terlajak tidor..
  2. nak ciapkan semua assignment awal2.. harini bagi harini siap.. tapi boleh ke??
  3. nak mandi awal dan 3kali sehari.. selama ni aku memang mandi awal, pukul 3/4 petang tu kira awal la.. aku bukan taknak mandi banyak2 tapi aku ni saving orangnye..taknak la membazir air ni..
  4. nak berjimat cermat,nak simpan duit nak kawin... hehehe.. sejak akhir2 ni duit mengalir macam air je.. keluar banyak masuk takde pun. hancur harapan nak beli camera.. azam 2012,simpan duit nak beli camera.
  5. nak makan ikut waktu,dan makan tepat pada waktu.. dah taknak kena perli dengan melor lagi.. sebab hari ni makan banyak esok tak makan langsung,macam unta katanya..
  6. rajin kemas bilik hari-hari. bukan aku pemalas.. cuma... aku tak ada masa nak kemas bilik je..
  7. nak kurangkan tidor.. sebab melor cakap kalau tidor banyak nanti otak jadi lembab.. tapi masalahnya bukan aku yang nak tidor je..mata ni hah nak tidor.. nak buat cam mana
  8. nak jadi pretty lady.. sebab selama ni selalu sangat selebet je.. main sarung je kalau nak cepat.. selalu kena tegur dengan melor. lepas ni taknak sarung2,semua main butang2 boleh tak melor???
  9. nak kembangkan badan sebab asyik perut aku je kembang,badan camtu jugak..
  10. nak jadi budak baik..taknak buat masalah lagi macam selalu dan taknak buat konklusi sendiri.. 
  11. ops! terlebih sudah,...

Jumaat, 30 Disember 2011

terkena mandrem..


semua dia nak aku ikut je.. ish! asal la aku ni lemah sgt.. -_- 
soh itu,ini semua aku buat. kenapa ea aku ni?? tak ikut nanti rasa serba salah menggunung pulak. aish! benci betul.. sah la aku da terkena guna2..terkena buatan orang.. guna2sayang?? emm.. redhakan jela..

Khamis, 29 Disember 2011

selamat tinggal 2011


2011 hampir berlalu, 2012 pula akan datang menyusul.. meninggalkan banyak kenangan sepanjang tahun 2011. Umur juga makin bertambah. Aku masih tak percaya yang tak lama lagi umur aku akan menjangkau angka 20.. cepatnya masa berlalu. Seolah2 baru semalam aku mula bersekolah, baru semalam aku mengambil result pmr sambil menangis, baru semalam aku abis menduduki spm dan seolah baru semalam aku berjumpa dengan dia.. cepatnya masa berlalu.. tak lama lagi hubungan aku dengannya akan menjangkau satu tahun. Dan memasuki lima tahun aku mengenalinya..

          Orang dolu-dolu pernah kata, tak kenal maka tak cinta.. bila aku semakin mengenali dia, semakin mendekati dia, aku mula rasa yang aku makin serasi dengan dia.. dan dia pula semakin mengenali diri aku.. perangai aku.. keburukan aku..  and every time we had a hard time together, aku akan tengok mesej-mesej dia terdahulu. Dan i m realise how lucky i m because i have him in my life.. bak kata orang dolu-dolu jugak, jangan benci seseorang terlalu sangat, kelak kita akan menyayanginya.. yup! I m admit it.. benda tu betul.. jangan terlalu membenci seseorang kelak kita akan menyayanginya..


          How much i love him??? Too much.. sampai kadang2 aku rasa aku sayang dia lebih dari diri aku.. dan aku bukan aku bila aku dengan dia.. aku tak boleh kawal diri aku sendiri... cinta memang macam tu ke??? Bak kata kawan aku, bila bercinta kentut pun wangi.. entahla.. aku tak tahu sampai bila perasaan ini bertahan.. tapi aku harap sangat  dia ditakdirkan untuk aku.. dan perasaan ini kan kekal sampai bila-bila...

          Aku tak sabar nak sambut 1year anniversary.. cam kelakar je.. dah la tak declare, tiba2 nak sambut anniversary.. ahh! Peduli apa aku, janji aku suke dia.. aku sayang dia.. walaupun aku tahu aku tengah berkongsi dia dengan seseorang.. seseorang yang aku sendiri tak tahu siapa..  aku tahu dia sayangkan aku.. tapi aku tak tahu sayang yang bagaimana.. seperti apa.. aku Cuma harap, 1hari nanti dia sedar aku terlalu sayangkan dia.. hanya dia yang ada dalam hati aku..dan aku harap dia akan balas perasaan aku dengan meletakkan aku seorang sahaja dalam hatinya.. alamak.. sedih pulak tiba-tiba kan?? Jangan nangis.. akukan a very strong lady.. kan????? Aku akan tunggu dia selagi aku mampu.dan aku akan terus berdoa, hanya aku yang ada dalam hatinya... aminn... 

Sabtu, 17 Disember 2011