Isnin, 28 Februari 2011

28 feb 2011

tiba2 hati terdetik mampukah cinta jarak jauh bertahan? mampukah aku dan dia terus berdampingan? mampukah aku dan dia terus berkasihan?? cinta jarak jauh memerlukan kesabaran, ketabahan tapi mampukah hati ini bertahan?? ya ALLAH, andai dia telah ditetapkan dia jodohku, tetapkanlah dia dalam hatiku.. satukanlah hati kami.. jika dia bukan yang terbaik untukku, jauhkanlah kami.. hilangkanlah perasaan ini di hati kami.. 

encik ramah tamah..
sejak pertama kali fie kenal awak.. fie bahagia sangat.. awak ceriakan hidup fie.. fie taknak hati ni meragui awak.. saya nak belajar menyintai awak sepenuh hati saya.. saya nak jadi yang halal untuk awak... insan yang cinta dan sayang saya untuknya.. 
awak selalu cakap takut saya berubah hati..dan sekarang perasaan itu da mula wujud.. saya risau awak.. saya tak nak.. saya nak pegang cinta awak hingga ke akhirnya.. jika memang termaktub awak jodoh saya.. saya cuba menolak perasaan ragu2 ni.. saya cuba mempercayai awak.. menyintai awak setulus hati saya.. dan saya juga harap yang awak tak menipu saya dengan janji palsu awak.. T_T

Sabtu, 26 Februari 2011

encik ramah tamah..

a fierce man i have meet..
da macam encik abah kalau marah.. seram aku.. 
what i love about encik ramah tamah is his smile and his voice.. 
cinta pendengaran pertamakan.. -_- 

i love the way he treated me..
the way he persuaded me..
and the way he tried to draw the attention of me..
dia ada 2 lesung batu kat pipi.. very sweet and cute.. 
kecacatan muka yang comel..
suka sangat2 tengok dia senyum.. ketawa.. dan cara dia kelip mata.. sangat2 menggoda.. ^_^
my encik ramah tamah is more cute than this afgan yea...
nak cerita apa lagi ye pasal encik ramah tamah ni??
sejak akhir2 ni dia da jarang bebel macam mula kenal2 dulu.. kalau 3g pun lebih banyak diam dari bercakap.. why3???  aku pun tak tahulaa.. 
since kitorang gaduh haritu.. hubungan kitorang not as good as before.. macam ada gap sikit.. aku try gak nak simen gap tu. kasi aku boleh jalan mendekati encik ramah tamah.. tapi entahla.. aku masih mencuba.. harap hubungan aku dengan dia kembali macam awal2 dulu.. penuh gelak tawa.. pujuk memujuk..
i love him because the way he tried to overcome our problem..
dia matang bila berfikir walaupun kadang2 masih terselit sifat kebudak-budakan tu.. tapi sangat2 comel.. aku suke cara dia.. very attractive.. 
so kepada encik ramah tamah..

sekarang encik ramah tamah pulak kena jawab... sebab apa pulak awak suka saya??? 

Jumaat, 25 Februari 2011

benci jadi sayang??

dulu2 orang2 tua selalu cakap.. 

"jangan terlampau membenci seseorang itu, kelak dia akan jadi orang yang paling kita sayang dan jangan terlampau menyayangi seseorang itu, kelak dia akan jadi orang yang paling kita benci.."
aku tak pasti benda ni betul ke tak.. tapi nilah yang orang tua2 dulu2 suke cakap.. lagi2 kalau kite gaduh dengan kawan sekolah yang lelaki.. (aku la tu)..

persoalan sekarang sejauh mana kebenaran pepatah orang2 tua ni???
tapi aku rasa ada kebenarannya jugak.. kawan aku dulu selalu kutuk2 pakwe dia.. alih2 couple dengan budak tu dan bukan main sayang menyayang kat FB.. kalah aku dengan encik ramah tamah.. ^_^
macam akula.. dulu dok menyampah giler2 dengan budak tu.. alih2 jadi kawan aku kat cini.. nasib baik ada dia.. terubat rindu aku kat rumah...
tapi rindu kat encik ramah tamah tak terubat lagi.. macam mana ni???? T_T

Khamis, 24 Februari 2011

cinta jarak jauh??

"sekasar manapun perempuan itu,dia akan menjadi lembut apabila berhadapan dengan kekasih hatinya.."
sekarang tanya pada diri korang..benarkah pernyataan ini???
betulkah cinta itu buta atau manusia yang bercinta itu buta???? 
yes.. cinta itu mengasyikkan.. tapi mampu membuatkan manusia jadi hilang arah dan pedoman.. aku cakap macam aku tak bercinta kan?? memang semua orang ingin dicintai.. ingin mencintai..
memandangkan aku dengan encik ramah tamah jauh.. so aku nak kongsi tip2 untuk bercinta jarak jauh ni..

Percaya pada pasangan
Apabila kita berjauhan dengan pasangan, kita hendaklah percaya dengan si dia. Pernah baca 5 Tips dalam Berpasangan? Di dalam tips itu ada dinyatakan betapa pentingnya kita saling mempercayai dalam berpasangan ini. Percayalah pada si dia yang dia akan setia dan masih menyayangi kita walaupun kita berada jauh dari dia.
Setia walaupun jauh
Memang pelbagai dugaan yang kita hadapi apabila kita berjauhan. Ketika kita berjauhan, kita akan terasa sunyi. Orang yang selalu kita jumpa, tiba-tiba kini jauh dari mata. Dan apabila berjauhan, hati menjadi sunyi. Dan pada masa inilah kawan-kawan menjadi penyeri. Namun begitu, walaupun kita masih mempunyai kawan, kawan hanyalah kawan. Ceria bersama kawan tidak sama dengan ceria apabila kita bersama dengan pasangan kita. Di sini, ada yang kecundang. Ada yang bercouple dengan kawan disebabkan terasa sunyi. Fikirkanlah, apa perasaan pasangan kita bila dapat tahu yang kita tidak setia? Dan letakkanlah diri kita di tempat dia. Adakah kita akan gembira dan suka jika kita dibuat demikian?
Berjumpalah walaupun seketika
Jangan jadikan jauh itu sebagai alasan. Cinta perlukan komitmen. Cinta juga adalah tanggungjawab. Walaupun jauh, cuba cari masa untuk berjumpa dengan si dia. Andai kata si jejaka duduk jauh di utara semenangjung dan si gadis duduk di hujung selatan semenanjung, cuba cari masa yang sesuai untuk berjumpa. Paling tidak pun bila ada cuti panjang. Janganlah tidak berjumpa langsung. Sudah pasti rindu di hati akan semakin memberontak bila kita berjauhan. Jadi, apabila ada masa kelapangan itu, rancanglah untuk berjumpa. Sudah pasti ini akan mengeratkan lagi hubungan dan dapat mengurangkan rasa rindu itu.
Tanyalah khabar
Setiap malam sebelum tidur itu kalau boleh cuba hubungi si dia tanyakan khabar. Buat secara selang seli. Hari ini anda yang call dia. Esok dia pula. Dengan ini baru la sama-sama merasa susah dan senang. Jangan mengharapkan si dia sahaja yang akan call anda. Sudah pasti dia akan berasa sukar untuk menghubungi anda jikalau dia sahaja yang perlu call anda. Memang cinta perlukan komitmen tetapi ia akan menjadi sukar bila sebelah pihak sahaja yang memberikan komitmen. Jadi sama-samalah membantu dalam membina percintaan ini.
Sambut hari ulang tahun bersama
Sekiranya tidak sibuk, cuba sambut birthday atau ulang tahun per-couple-an bersama-sama. Sekiranya birthday itu jatuh pada hari bekerja, sambutlah bersama-sama pada hujung minggu tersebut. Luangkan masa bersama untuk seketika sudah pasti dapat mengembirakan antara satu sama lain. Walaupun perjumpaan itu hanya sementara, tetapi kenangan ketika berjumpa bersama-sama sambil menyambut birthday sudah pasti akan terpahat kukuh di hati. Mungkin anda akan tersenyum sendirian apabila mengenangkan kembali kenangan manis sebegitu.
Jangan jadikan jarak sebagai pemusnah
Cinta jarak jauh memang sukar. Memang meronta-ronta hati bilamana rindu itu datang. Apabila keseorangan, sudah pasti kita akan terasa sangat kerinduan itu. Tetapi ingatlah, jangan jadikan jarak yang jauh itu sebagai pemusnah cinta anda. Jadikan ia sebagai satu cabaran yang akan memberikan anda lebih bersemangat untuk meneruskan cinta itu



so encik ramah tamah.. kita kena praktikkan semua ni la ye.. ^_^


Isnin, 21 Februari 2011

masalah atau kebetulan???

21 februari 2011
aku tak tahu kenapa dengan aku.. semua benda aku nak lupa..sampai aku rasa nak giler.. kenapa aku pelupa sangat ni??? agaknya kalau kepala aku boleh cabut dengan kepala2 aku tertinggal. T_T
mungkin tak sebab aku tak cukup tidur??? encik ramah tamah tegur mata aku bengkak.. bengkak ke?? aku pun tak tahu... mungkin sebab kemarin aku tak boleh tidor so masa tidor aku tak balance lagi.. emm..aku stress la macam ni.. macam2 dalam kepala aku.. quiz, test,assignment,assessment, aku da bodoh agaknya.. tak nak! tak nak! aku tak nak jadi beler.. marketing, microeconomy,bel,account,ctu tak masuk koku lagi.... emm.. serius aku beler.. i m going to be crazy.. emm.. ish payah betulla hidup ni.. menjadikan aku hilang arah.assignment yang berlambak.. aku jadi pusing sangat2... seriuslaa..aku tak tahu nak buat macam mana..
dan yang paling membuatkan aku jadi tak betul sebab kerinduan pada mak dan abah juga cik kio..aku teringin nak balik bila tengok kawan2 semua balik.. tapi cuti dua hari tak berbaloi untuk aku balik.. emm.. 2bulan lagi..sabar ye cik fie.. jangan nangis2.. fie kan kuat..  nampaknya terpaksalah aku duduk kat londurian ni lama2.. aku kan sayang londurian ni.. emm sayang ke???
beginilah nasib diriku yang malang...
oh tuhan......
T_T

Ahad, 20 Februari 2011

berubah ke??

"setiap kali saya tengok fie, hati ni tenang je.. tengok muka comel dia. cara dia bercakap.."
seriously kalau ada mana2 lelaki kecek lagu ni kat korang jangan layan sangat... ini adalah taktik2 mereka untuk membuatkan anda semua cair.. (taktik encik ramah tamah ni) ye2 je tengok muka orang boleh tenang.. leh caye ke????
abaikan jelaa kalau ada lelaki yang kecek lagu tu.. nonsense jee.. saje nak cari takat lebur perempuan.. nak tengok flirt cam tu boleh cair ke tak.
cuba teka ni sape??? siapa betul aku bagi seposen.. ^_^ ni akula.. aku rasa ni masa umur aku 2tahun.. actually nak tunjuk muka aku dulu dan sekarang sebab kawan aku cakap muka aku time sekolah dulu lain.. yeke?? aku pun tak tau.. aku rasa tak berubah pape pun.. still si selebet.. -__-
ni masa aku tadika.. aku tadika dekat je kat rumah aku.. cuba cari aku yang mana...
aku rasa tak ada langsung perubahan pada muka aku.. tetap selebet.. tak cantik..tak comel.. makin kurus kering ada...
ni masa form4. masa sekolah rendah tak ada dalam simpanan.. kat rumah ada laa.. mana aku???
ni laaa aku.. tak berubah langsungkan?? ok abaikan cik ted tu.. aku pinjam dari mr.bean versi malaysia punya.. aku pun tak paham apa yang lainnye muka aku ni?? makin cun ke?? makin comel ke?? makin cantik macam lisa suriani ke??? hahahahha.. tu memang tak la kan..
cuba korang belek2 muka aku ni.. selidik apa yang lainnya.. tak paham aku.. sama je aku tengok.. makin selebet ade ler...


gambar2 atas ni semua masa awal2 form5. tengok la.. mana ada lain.. sama je.. selebet jugak..
ni gambar akhir form5.. ada lain ke??? same jekan.. ish2.. mata juling ke korang ni kata muka aku lain..
ni pulak muka budak yang da habis sekolah... gambar ni sebelum aku berhijrah ke londurian ni.. sama jekan..
selepas ni adalah gambar2 aku ketika berada di londurian.. korong tengok,tenung kasi tembus.. apa yang lainnya..


ada kelainan??? tak ada langsung.. ni semua masa sem satu.. tengok sem dua pulak..

ni sebelum masuk sem dua..


semua gambar atas ni masa semester dua di londurian.. ada kelainan?? p cucu mata korang dengan eyemo banyak2.. bagi jelas kat mata korang yang muka aku tak ada kelainan langsung.. sepesen je dari kecik sampai kebesar.. yang berbeza ketinggian dan kegelapan kulit.. ok aku tak hitam je.. aku cokelat..

ok yang ni serius lain.. mata besar gedabak.. perasan tak mata aku merah.. aku rasa aku tak sesuai pakai eye liner.. sebab tu aku tak pakai mekap... teringin gak nak pakai tapi nanti kahwinla.. pakai sekarang hilang pulak seri pengantin aku.. hehehehe.. ^_^
encik ramah tamah,cuba awak tengok dengan teliti apa yang lainnya???

p/s: tak sabar nak kahwin.. ^_^

Sabtu, 19 Februari 2011

contest: AKU, DIA DAN KAMOOO

 contest lagii.. kali ni dianjurkan oleh cik ipa faiza
aku malas nak bebel banyak2..straight to the point..
syarat dia mudah je.. 
nak tau kena klik ke blog cik ipa faiza ye..
gambar yang aku nak pertaruhkan ialah...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

ni gambar aku dengan akak aku.. nabilla dan si mata bulat tu zul ikmal zakwan.. si kecik yang suke cakap macam alien.. gambar ni diambil tahun lepas masa raya kat rumah sedara aku.. masa ni nak amik gambar berdua je tapi si kecik mata bulat ni sibuk nak bergambar jugak.. so masuklaa sekali tapi da ambik gambar tak reti2 pulak nak senyum.. 
nak tag semua orang.. maaf cik ipa..fie tak ramai followerla.. -__-

p/s: rindu dengan si kecik mata bulat.. lama tak jempe dia.. T_T

GA:i love my mum so much

banyaknye contest aku masuk malam ni.. biarla.. mengubat hati yang merajuk dengan encik ramah tamah..-_-
give away ni dianjurkan oleh cik miera sempena bezday mak dia...

 syarat2 penyertaan ialah..

Syarat -Syarat Giveaway :

  1.  jadi follower or tak,
  2.  buat 1 ENTRY simple pun tak ape..tajuk ENTRY "1st GA - I Lurve My Mum So Much..."
  3.  nyatakan skali pengorbanan your mum yg korg ingat seumur hidup korg...
  4.  linkkan entry korg ke entry miera nie...copy pic GA kt atas and letak kat sidebar korg, tak nak letak pun tak ape...
  5.  tempelkan pic korg ngan your sweet mum sekali dlm entry 2..
  6.  tag seberape ramai yg korg suke, no limit..^_*
sekarang nak tunjukkan gambar aku dengan mak aku pulak..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
buat muka pulak mak aku ni.. hehehehe.. ni la mak aku yang paling aku sayang.. ok.. mane ada orang yang tak sayang mak dia kan???
mak aku ni nak kata garang tak la garang sangat, nak kata sporting pun tak la sesporting mana pun.. yang aku tak tahan dengan mak aku ni bila dia bebel macam radio era da.. tak benti2.. boleh berdarah telinge mendengarnya..tapi tu dulu, sekarang dia da jarang bebel2 da.. semenjak aku dengan akak aku tak duduk rumah lagi.. tiap kali balik cuti kitorang akan dilayan dengan penuh kemanjaan..waa..macam puteri gitu..
kenangan yang aku tak boleh lupakan masa aku demam paling teruk aku rasa.. masa tu aku form one.. umur baru 13tahun.. kecik lagi.. baru lagi masuk sekolah menengah.. aku demam seminggu.. mak aku la yang jaga aku susah payah.. melayan aku yang mengarut2 masa tidur.. tidur dengan aku kat ruang tamu sebab takut aku meracau.. dan yang paling menyedihkan bila aku da baik demam mak aku pulak yang demam.. kecian mak aku.. tapi demam2 pun dia masih masakkan makanan untuk aku..
lagi satu kenangan masa aku mula2 berhijrah ke lendurian ni.. tiap2 hari aku tepon mak... dan tiap2 minggu mak datang bawakkan makanan kesukaan aku walaupun jarak antara kuala selangor dengan lendurian tu bukannya dekat.. beribu jugakla mak aku habis sebab kerenah menggedik aku ni.. kecian mak aku.. T_T bila bulan puasa.. aku tak dapat balik rumah.. mak pulak tak ada duit nak jenguk aku kat londurian ni.. tapi tiap2 hari mak suruh aku tepon dia..tiap2 hari tanya aku makan apa bila berbuka.. aku tahu mak risaukan aku.. yelaa dari aku kecik sampai besar tak pernah pisah dengan mak.. mungkin mak risau aku lari dari asrama macam aku kecik2 dulu kot.. ^_^
dan sekarang mak masih lagi suke suruh aku tepon dia walaupun bukan hari2.. 2 3 hari mesti mak suruh aku tepon dia.. siapa2 je yang ada kat rumah tu akan jadi mangsa untuk menghantar mesej kat aku.. nak buat macam mana aku kan anak mak.. dan aku sangat bangga menyatakan yang 

"AKU ANAK MAK"


nak tag semua orang.. map cik miera.. fie tak ramai follower untuk di tagkan.. -_-

p/s: sayang mak sangat2^_^

contest: in ur smile

contest ni dianjurkan leh cik muna dan cik sherry
klik kalau nak tahu syarat penyertaan..
aku nak masuk senyum paling manis la..
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

--
-
-

-
gambar ni diambil selepas aku kena makeover oleh ex roommate aku.. syikin ikram.. manis tak gambar ni?? manis kan???? hehehehhee
nak tag semua orang.. jom2 masuk contest ni ramai2.. memeriahkan majlis.. ^_^

p/s: rindu dengan syikin ikram sangat2.. T_T

contest:SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA

contest ni dianjurkan oleh indra amirrul
syarat penyertaan mudah je.
1) .Follow blog ini (mudah untuk ketahui apa-apa update berkenaan contest ini)
2) Buat satu entry berkenaan contest ini. Dalam entry itu, letak banner di atas & link kan ke entry ini.
3) Kemudian letak sekali gambar yang anda ingin hantar untuk contest ini.Jangan lupa letak sekali banner ini di sidebar & link kan ke entry ini.Gambar original atau edit diterima.
4) Boleh hantar lebih daripada satu gambar.  Maksimum 3 gambar.Dalam gambar itu, minimum 2 orang, maksimum infinity. Tiada batasan. Nak hantar gambar satu sekolah/kolej pun boleh
5)Dalam entry itu, jawap sekali slogan ini :
SAYA SAYANG KAWAN-KAWAN SAYA KERANA...

(tidak kurang daripada 50 patah perkataan)
6) Tag 3 orang kawan anda. Lebih takpe. Jangan lupa ingatkan mereka sekali.
7) Finally, paste link entry penyertaan anda di comment box entry ini.
dah tau syarat sekarang nak tunjuk gambar pulak.. ^_^
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
ni semua kawan2 baru aku di bumi londurian.. semua ni level mate aku. semua satu fakulti dengan aku cuma lain2 course je..
AKU SAYANG KAWAN-KAWAN AKU KERANA diorang ni la orang2 yang mula2 aku kenal masa aku berada di bumi londurian ni.. orang2 yang selalu senyum kat aku masa minggu destini siswi yang giler2 menyeksakan. orang2 yang tetap nak kawan aku walaupun aku ni pelik sikit.. orang2 yang nak bercakap dengan aku saat aku diam seribu bahasa..orang2 yang rajin jenguk bilik aku yang sentiasa bertutup ni.. aku sayang diorang ketat2..
nak tag semua orang la.. boleh tak indra amirrul??? hehehehe

p/s:  rindu kawan2 zaman tadika dulu.. ^_^

zaman dulu2..


bila ingat balik zaman sekolah dulu zaman paling best.. bebas bermain tanpa fikir apa2 pun.. enjoy hidup.. flirt around.. kawan dengan semua orang tanpa terikat dengan apa2.. main..main..dan main.. tak payah risau terlambat bangun pagi sebab kompem mak akan kejutkan bangun pagi.. tak payah risau mandi air sejuk sebab mak akan masakkan air panas untuk kita mandi.. tak payah risau nak sarapan apa sebab mak dah ciapkan sarapan atas meja.. tak payah fikir bila nak basuh baju sebab mak akan basuhkan baju untuk kita.. tak payah fikir tertinggal bas sebab abah akan hantar kita sampai depan sekolah dengan selamatnya.. tak payah fikir nak jimat duit,ikat perut sebab bila nak pakai duit je mak abah akan bagi dengan mudahnya.. balik sekolah of coz makanan da terhidang atas meja..
hidup senang sewaktu di rumah buat aku kekok berada di bumi londurian ni.. teringat aku masa mula2 nak datang ke londurian.. mak berulang kali bertanya inikah yang aku mahukan?? tak menyesalkah aku dengan keputusan aku ni???
"maaf mak sebab adeq tukar fikiran saat2 akhir.. sepatutnya adeq teman mak abah kat umah.."

mengikut perancangan aku sepatutnya masuk form6 ikut jejak langkah akak aku tapi aku tak tahu kenapa aku nak keluar dari rumah.. pergi jauh dari sekolah yang banyak menyimpan kenangan manis dan pahit dalam hidup aku..
 dan akhirnya aku terdampar di bumi londurian ini..
bumi londurian mengajar aku berdiri atas kaki aku sendiri. bangun sendiri..cari makanan sendiri..basuh baju sendiri,kemas katil sendiri..lipat baju sendiri.. semua2 sendiri.. semester satu yang menyebabkan banyak airmata aku tumpah kerana kepayahan hidup di kejauhan... selalu menangis malam2.. untung katil atas tak ada siapa tahu aku menangis malam2.. ^_^
hari2 aku di bumi londurian bermula dengan minggu destini siswa yang sememangnya mengazabkan..  aku rasa da give up masa tu.. without a friend hidup aku kosong giler2.. hari2 telepon mak.. tapi ego tak cakap nak balik.. asyik pujuk mak datang.. setiap kali telepon mak mesti cover suara sebab tak nak air mata meleleh..nanti orang nampak..(tahu pulak malu)
berkenalan dengan roomate yang aku sangka sombong pada mulanya menyebabkan hidup aku tak tentu arah.. bak kata orang don't judge a book by it's cover.. pernilaian pertama aku langsung tak boleh pakai..diorang the best roommate i ever had.. aku sayang roommate aku ketat2..
 kemudian aku berkenalan dengan levelmate yang aku sangka perangai entah ape2.. nak buat macam mana aku memang suka menilai ikut suka hati aku je.. but i realize that they are the best level mate i ever had to..
classmate aku pun semua ok2 je.. love them.. walaupun diorang ni macam poyo2 sikit tapi ok la.. but my schoolmate are the best..
semester dua buat aku jadi lebih matang..(matang ke?) dah tak ada menangis2 lagi ye..
cuma bila tengok orang lain balik mesti aku terasa sangat2.. nak balik jugak tapi keadaan tak mengizinkan aku.. tak apa.. sabar.. bulan empat tak lama lagi.. yeah! cik fie kan kuat tabah.. kan3???
sebenarnya aku rindu kat mak dan abah.. rindu nak makan masakan mak.. kehidupan kat sini buat masa makan aku tak menentu.. memang menyebabkan penyakit aku makin teruk tapi apa yang mampu aku lakukan??? balik kelas kadang2 makanan da habis.. terpaksalah ikat perut,makan megi.. kalau dah azab lapar sangat terpaksalah makan kat kafe yang giler2 mahal tu..
kehidupan di kampus tak semanis yang aku sangka.. aku rindu zaman sekolah.. aku rindu nak tidor dengan mak aku.. bila demam mesti mak jaga aku sepenuh perhatian.. selsema sikit mak da risau.. teringat masa aku demam dulu.. dengan macam2 benda yang tak sepatutnya aku nampak,mak sabar melayan kata2 karut aku.. abah sanggup pergi pasar semata2 nak belikan aku ayam percik.. teringat masa bulan puasa,hari2 aku nak air soya.. sanggup abah pergi bazar hari2 semata2 nak tunaikan permintaan aku.. sebanyak mana pun duit aku nak mak abah cuba tunaikan..


bila aku menangis masa mula2 berada di londurian tiap2 minggu mak abah datang.. jenguk aku.. penuhi semua keperluan aku.. sanggup berhabis duit untuk minyak kereta dan tol.. besarnya pengorbanan mak dan abah untuk aku.. dan setiap kali cuti panjang dan aku ingin pulang,mak abah akan susah payah kumpul duit untuk jadikan tambang mengambil aku..
tapi mak abah sekarang tak payah risau ye.. adeq da besar.. adeq boleh jaga diri sendiri.. adeq boleh balik naik bas sendiri..
untuk kak billah..
terima kasih sebab selalu mengalah demi adeq.. aku selau berkeras nak mak abah hantar aku bila nak balik londurian dan menyebabkan akak aku ni kena hantar dengan akak2 aku yang lain.. maaf sebab adeq tak pernah nak mengalah dan biar mak abah hantar akak sebab adeq tak nak orang lain hantar adeq.. adeq cuma nak mak abah je.
ye.. aku sangat meannoyingkan... aku ngaku tu.. aku cuma nak mak abah yang pergi dari aku.. aku tak nak pergi dari mak abah.. sebab nanti aku nangis..hahahaha..
untung aku ada akak yang memahami aku.. syukur sangat..
walaupun da masuk semester dua.. tapi aku masih kekok berada di bumi londurian ni.. jauh dari orang2 yang aku sayang termasukla encik kio,papanda dan juga encik ramah tamah.. ^_^
tapi takpe.. tahun depan aku da habis diploma.. boleh duduk shah alam pulak... yeah!!!!! bestnye... tak sabar nak habis diploma..tapi kena usaha kuat jugak sebab aku baru semester dua.. ada empat semester lagi yang aku kena tempuh.. wish me luck..^_^

p/s: teringin nak makan asam pedas kepala besar yang mak masak..T_T