Sabtu, 7 Disember 2013

luahan hati aku~

masa berlalu dengan pantas. dan kini aku kembali kesorangan lagi.. menempuh hari2 yg penuh mencabar dlm hidup aku. yee. dia masih ade namun aku seolah2 kehilangan dia.. tiada lagi kewujudan dia disaat aku sangat memerlukan kehadiran dia di sisi aku.. dia ada tapi tak wujud.. wujud tapi tiada.. dan sebenarnya aku telah lama kehilangan dia sebelum tiba masanya..
hati yg dia toreh dan tikam dengan kejamnya kembali berdarah.. aku cuba berlakon menjadi kuat.. namun setiap hari aku berperang dengan hati aku sendiri.. memujuk hati untuk terus kuat menempuh hidup yang masih belum pasti kemana arah tujunya.. dan setiap hari aku diduga dengan pelbagai kesusahan.. sampai kadangkala aku seolah hilang tempat pegangan.. aku tahu aku masih ada DIA yang menguji aku untuk melihat adakah aku sabar menempuh dugaan ini.. tapi sesungguhnya aku memerlukan dia disisi aku untuk aku terus kuat menempuh dugaan dari Nya. aku tak mahu kelihatan lemah.. tapi sebenarnya aku tersangatlah lemah.. aku menangis aku merintih aku memendam perasaan yang terlalu berat untuk aku luahkan kepada sesiapa.. betapa takutnya aku kesorangan. namun akhirnya aku ditinggalkan.. setiap hari aku berdoa.. kuatkanlah aku.. tabahkanlaa aku menempuh dugaan hidupku ini..

dia..
dimana pun awak berada.. fie perlukan awak saat ni.. :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan