Selasa, 24 Disember 2013

aku..dia dan bunga~

sebulan telah berlalu sejak peristiwa itu.. aku semakin sedar betapa bodohnya aku mencintai seseorang yang tak pernah mencintai aku.. namun hidup masih perlu diteruskan.. sisa2 hidup yang semakin kelam seolah bercahaya sejak kehadiran bunga.. yang mengajar aku untuk lebih dekat dengan DIA. entri ni khas untuk awak bunga~

bunga~
awak mengajar fie untuk tidak berharap dan menyimpan impian terlalu tinggi pada sesuatu.. kisah awak membuatkan fie sedar, sejauh mana kita berharap jika memang bukan dia yg terbaik untuk kita, kita kena redha atas ketentuannya.. hidup hanya fantasi.. realiti kehidupan ada diakhirat nanti.. 

bunga~
terima kasih atas segalanya.. berkenalan dengan awak menceriakan kembali hidup fie.. walaupun kita tak pernah bersua muka, bertentang mata, walaupun kita sebenarnya duduk berjiran je, tapi ini cukup membuatkan fie tersenyum. gurau senda awak, gelak tawa awak cukup buat fie lupa kesedihan yang fie tanggung selama ni.. 

bunga~
maafkan fie sebab tak ceritakan semuanya tentang fie pada awak.. sesetengah perkara lebih baik kekal menjadi rahsia dari kelak membuat orang lain buruk sangka... maafkan fie sebab pernah menyusahkan awak, mengganggu hari2 awak semata2 untuk menceriakan hari2 fie.. 

bunga~
tak ada apa yang mampu fie beri untuk balas jasa awak yang menyedarkan fie erti kehidupan sebenarnya.. menyedarkan fie untuk berpijak di bumi yang nyata.. untuk sedar yg fie masih ada ALLAH yang sayang pada fie bila yang lain membuang fie dari hidup mereka.. fie alpa dengan dunia sedangkan DIA tak pernah lupa pada fie.. teruknya perangai fie kan?? fie masih dalam proses berubah kearah yang lebih baik.. semuanya kerana kesedaran yang awak beri..

terima kasih bunga~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan