Sabtu, 14 Disember 2013

aku dan sandiwara cinta~

masa berlalu dan terus berlalu. namun luka dihati masih kekal berdarah. aku berlakon menjadi kuat, tabah dan sabar tapi kebenarannya aku lemah.. aku sayangkan dia.. sungguh aku sayang dia.. tapi kemesraan kian hambar. aku kehilangan dia.. dia meletakkan kesalahan dibahu aku.. aku punca segalanya.. punca dia memilih perempuan itu dari aku.. mulut berkata aku terima segalanya, namun hati aku merintih pilu.. aku cuba berpura2 tidak tahu.. tapi setiap kali bayangan kecurangannya menerpa minda, aku jadi hilang pedoman, hilang siapa diri aku sebenarnya..


dan aku masih kekal sabar kerana takut kehilangan, takut ditinggalkan walaupun aku cuba untuk meninggalkan sebelum ditinggalkan. aku takut..aku takut untuk meneruskan hidup tanpa dia. sumber kekuatan dan ketabahan aku selama ni.. 
tapi aku terasa aku bodoh kekal setia pada dia yang seolah2 menyerah segalanya pada takdir tanpa berusaha untuk merealisasikan segala apa yang pernah dijanjikan dulu.. setiap hari aku berdoa agar dijodohkan aku dengan dia tapi hanya aku.. dia bahagia diatas kesetiaan aku yang tiada harga dimata dia. 
terlalu mudah hatinya berubah.. terlalu rapuh cintanya pada aku.. aku kecewa.. aku merana.. aku terluka.. kadang2 aku terfikir untuk pergi sejauh yang mungkin dan tak mahu berpaling lagi tapi aku lemah.. aku lemah tanpa dia..
setiap hari aku berperang dgn hati sendiri.. memujuk hati agar sabar. DIA menduga aku untuk mengetahui benarkah aku ingin dia didalam hidup aku. tapi kadang2 aku berfikir, mungkinkah ini petanda yang dia bukan terbaik untuk aku?? aku tak tahu~
perubahan dia terlalu besar untuk aku terima, seringkali aku bertanya siapa dia dan dimana cinta hatiku?? berat untuk meluahkan apa yang terpendam didalam hati.. sukar digambarkan betapa hancurnya hati ditipu dan dilukai.

" awak..

perlukah fie mengundur diri untuk melihat awak bahagia?? di mana awak yang pernah mencintai fie sepenuh hati?? mana awak yang hanya ada fie, satu2nya perempuan dalam hidup awak? mana awak yang takut kehilangan fie??

awak,
fie lemah.. fie sedih.. fie kecewa.. tak semudah kata2 untuk lupa segalanya.. andai awak tahu betapa dalamnya luka ni, awak akan tahu betapa parahnya hati menanggung kesedihan..

                                                                                                        -yang selalu mencintaimu-

Tiada ulasan:

Catat Ulasan