Jumaat, 15 November 2013

aku dan org ketiga.

aku tak tahu apa salah aku.. hati aku terluka sampai aku tak tahu nak luahkan macam mana. setiap kali aku bangun tidur aku tanya aku mimpi ke tadi??? tapi kawan2 asyik ingatkan yang aku bukan berkhayal. aku ditikam oleh kawan aku sendiri. org yang aku sayang sepenuh hati aku.. aku berfikir dan terus berfikir.. kenapa mereka buat aku macam ni?? rampas kebahagiaan aku?? apa salah aku?? apa dosa aku sampai dikecewa macam ni.. aku tak marah tapi hati aku luluh.. kalau blh aku buang hati ni aku buang.. selama ni aku berlagak kuat tapi skg aku xtau mana nak cari kekuatan tu.. aku tahu Tuhan takkan duga aku kalau aku tak mampu menanggung dugaan tapi beratnya menanggung kesedihan.. aku mencari sisa kekuatan kebahagian tapi payahnya aku tak tahu nak cakap. apa dalam hati aku tak tergambar sedihnya, kecewanya. sumber kekuatan aku, sumber ketabahan aku, mengecewakan aku dalam sekelip mata. aku berdoa biar ni semua mimpi.. aku nak bangun dan keadaan kembali normal. aku nak kawan baik aku, adek aku, aku nak semua macam dulu.. semuanya tak semudah kata2. hati yg menanggung sakitnya.. sakit yg tiada ubatnya..

dear,
janji awak orang pegang, tak pernah pun niat dihati nak menduakan awak.sayang org kat awak banyak sgt tak terkira,. org igt kata2 dia dulu.. susah kita senang kita, kita tetap sama2.. skg org aja yg susah dan dia tak sama2 dgn org pun.. keadaan dah berubah. org tertanya2 apa yg org kena buat skg. dalam hati ni ada macam2 yg tak terluah.. sakitnya menyimpan perasaan. org terkejut, kecewa tersangat2.. org nak semua normal.. org nak kesayangan org balik. tapi org tahu org akan terbayang2 semuanya.. hati org akan tambah curiga. macam mana kita nak bahagia? perlu ke org putus asa untuk 3tahun yang kita jaga selama ni?? perlu ke org undur diri kalau tu mampu buat dia bahagia?? org takut org pentingkan diri sendiri sampai dia terluka bila dgn org.. mungkin x org kena lepaskan dia untuk kebahagiaan dia??

adek,
org yg akak sayang,percaya. adek nampak perjalanan cinta akak dan dia dari awal. susah payah akak dengan dia tapi adek rampas kebahagiaan akak macam tu aje. adek balas kebaikan akak dgn cara macam ni.. mengecewakan hati seorang akak. sedih ati ni.. kecewa hati ni.. kebahagiaan dirampas org yg akak sayang,percaya..adek akak sendiri. kenapa dia yg kau kejar dik?? kenapa hak akak yg kau nak dik?? knp?? apa dosa akak pada kau?? apa salah akak pada kau?? adek yg akak sayang khianati akak.. membunuh hati akak.. sedihnya tak tertanggung..

fie,
kau kena kuat utk aku.. kau kena tabah utk aku.. kau adalah aku dan aku adalah kau.. aku tahu betapa payahnya menanggung sakit hati,kecewa tapi kita kena kuat fie.. kau ade aku dan aku ada kau. kau xmakan xbuat pape, aku tahu tu cara kau merawat hati kau sendiri.. kau tahu semua risau pasal kau tapi kau tak xboleh ikut hati sgt.. keluar dr dunia selesa kau tu..kau kena terima kenyataan yg kau xdi hatinya lagi.. jgn pandang belakang.. kejar mase depan kau.. kau kuat sebab kau ada aku dan Tuhan.. fie.. tabahkan hati kau.. ingat balik kata2 yg kau pegang, kalau dia hak kau..dia akan kembali kat kau.. kalau x kau kena redha yg jodoh korg da xde.. :(

Tiada ulasan:

Catat Ulasan