Khamis, 7 November 2013

07 Nov 2013 : aku, dia dan kita..

7 Nov 2013, 
sudah hampir tiga tahun aku dengan dia rapat.. tiga tahun satu tempoh yang agak panjang dan jujur aku katakan, aku tak pernah mempunyai hubungan selama ini dan aku amat berharap ianya kekal hingga akhir hayat.. tahun berganti tahun, terlalu banyak perubahan aku rasakan pada hubungan itu. kadang2 ianya terasa hambar, kadang aku tak rasa hubungan itu wujud dan kadang2 aku rase akulah manusia yang paling bahagia sekali di dunia ini.


perasaan kadang2 dirobek kejam. bibit curiga wujud. airmata mengalir dan hati mula merasai sesuatu.. dia tidak seperti dulu.. ada sesuatu yg dia rahsiakan dari aku. sesuatu yg aku tak tahu. tapi aku dapat rasakannya. dia selalu kata aku terlalu mengikut perasaan, suka berfikir yang bukan2.. tapi hati tak mungkin salah mentafsir jika sesuatu hanya sekadar khayalan.. lelaki cukup bijak mncari alasan tapi xcukup bijak untuk meyakinkan perempuan. mungkin perempuan berkata 'ye' di mulutnya tp yang pasti hatinya akan mencari kepastian. 


aku tahu ada sesuatu yang berlaku.. aku tahu hatinya bukan hanya ada aku. perubahannya menganggu fikiran aku.. kadang2 aku tertanya, kenapa dengan dia.. apa rahsia yang sedang dia simpan?? kenapa dia semakin berubah?? kenapa dia tak seperti dulu?? aku mahu dia.. mahu dia yang dulu hanya milik aku.. tapi aku sedar, aku bukan sesiapa. aku masih tak layak menakluki hati dia.. aku xcukup sempurna di hati dia. 


aku selalu berdoa.. "tetapkan dia di hatiku, dan tetapkan aku di hatinya, andai dia bukan jodohku, jodohkanlah dia kepada ku, andai aku bukan jodohnya, jodohkan aku kepadanya.. " tapi kuasa tuhan, hanya DIA yang berhak menentukan segalalnya. cuma aku berharap, jika betul dia bukan untukku, biarlah hubungan ini cepat berakhir kerana aku takut semakin lama aku dengannya, semakin sukar untuk aku berpisah dengannya. dan jika dia memang ditakdirkan untukku, aku berdoa agar dicepatkan jodoh kami berdua supaya aku sentiasa ada di sisinya hingga akhir nyawa ku..

with love.
-afie_


Tiada ulasan:

Catat Ulasan