Selasa, 7 Mei 2013

kesan novel AWEKCHUCKTAYLOR kepada perempuan bernama aku..


Awek chuck taylor.. tajuk yang pelik bila pertama kali aku dengar dari mulut nerdy.. and I keep asking myself.. cerita apakah itu..

04 mei 2013.
Aku jumpe nerdy kat panggug wayang. It more kepada blind date or mungkin 1st date of us.. hahaha.. tak laa.. ianya adalah pertemuan dua orang kawan maya yang mempunyai minat yang sama dan sudah lama tak menjejak kaki ke panggung wayang yang teringin sangat nak tengok ironman.. that’s it. and nerdy yang belanje aku wayang.. dia nak belanja dan aku memang suka bila tak payah keluarkan duit.. hahaha.
Nerdy bagi aku pinjam 2buah novel dia dan salah satunya adalah awek chuck taylor.. walaupun biasanya aku tak layan novel alternative macam si nerdy sebab dunia aku more kepada cerita cinta yang ada happy ending tapi at the end aku bace juga novel tulisan nami cob nobbler ni. Dan nama nami cob nobbler macam biasa aku dengar.. tapi aku tak pasti celah ceruk rantau mana..
Dan bermulalaa pengekporasi aku kepada dunia Hafiz dan awek2 nya.. 1st impression aku pasal novel nami atau lebih kepada catatan hidup seorang lelaki bernama Hafiz ialah dia sorang yang sangat sempoi.. ayat tak tapis dan agak poyo.. dan aku sangat lah tak percaya ceritanya adalah cerita sebenar sehingga hati aku tertanya2 siapa sebenarnya si Hafiz ni, siapa mira dan kenapa nana menjadi pilihan si Hafiz..
Aku Tanya kepada nerdy yang sememangnya mesti lagi tahu dari aku sebab dia yang kenalkan novel nami kepada aku.. nerdy told me the story is about nami real life.. dan aku belajar banyak perkara dari novel si nami ni. Walaupun aku rasa nama nami adalah nama seorang perempuan sebab aku ada kawan nama nami.. dan aku baru tahu yang mira juga telah meninggal.. alfatihah untuk mira dan nana..
Untuk memuaskan nafsu ingin tahu aku.. aku explore lagi pasal cerita si nami ni dengan bantuan encik google.. dan aku sangat2 ingin melihat siapa si mira yang agak giler tapi sangat awesome. Bagaimana hidup seorang yang bernama nana yang mengalami lower self confident dan aiman si mamat rempit yang tak pandai mengushar awek..
Awek chuck taylor mengajar aku banyak perkara.. tentang cinta.. kehidupan.. dan kepercayaan.. dan aku belajar yang cinta tak memerlukan sebab.. kita mencintai seeorang tanpa perlu sebab kenapa kita mencintainya sebab apa yang kita tahu kita mencintainya.. walaupun aku masih tak paham erti cinta sebenar.. macem nana cakap..
 “true love is a love with no reason at all” ..
Dan aku mempersoalkan kenapa aku cinta kepada encik driver dan kemudian terkeluar dalam kepala aku pelbagai reason dan aku mulai bertanya kepada diri aku.. betulkah aku mencintai encik driver atau aku hanya menyukainya… atau lebih kepada super menyukai..
Dan aku mula mempersoalkan betulkah cinta sebenar adalah cinta tanpa sebab kenapa kita menyintainya.. dan aku masih buntu dengan jawapan.. dan aku mula menyedari yang orang selalu cakap yang cinta itu buta.. dan benar cinta itu buta…kerana cinta tiada sebab untuk dinyatakan kerana kita cinta tanpa ada sebab apa2..
Dan aku merasai betapa luluhnya hati seorang lelaki bila cinta hatinya yang baru ingin menggapai bahagia menghadapi berita tentang pemergian kekasih hatinya yang jauh di mata.. sangat menyentuh hati aku. Sangat..
Dan aku mengetahui yang Hafiz hampir berputus asa untuk hidup kerana pemergian nana.. dan aku mulai tahu betapa besarnya impak nana kepada kehidupan seorang lelaki bernama Hafiz yang aku rasa mudah sangat untuk mendapatkan cinta baru tapi dia memilih untuk setia bersama nana yang aku tahu yang dia sememangnya tahu yang hidup bersama nana sebenarnya hampir mustahil tapi dia cuba untuk menyakinkan diri yang dia dan nana mampu hidup bersama..
Dan yaa.. aku tak kenal siapa hafiz yang sebenarnya.. tapi aku amat suka watak hafiz.. tersangat suka.. dan oleh itu aku suka nami.. sebab nami adalah hafiz dan hafiz adalah nami. Betapa dalamnya cinta seorang hafiz kepada nana.. sehingga jiwanya dibawa pergi bersama perginya seorang nana..
Dan aku sedar, walau bagaimana pun kita cuba melakar bahagia bersama seseorang jika tiada izin dariNya, dia akan tetap pergi.. dan kita akan kekal terkapai2 sehingga kita mula mendapat cinta baru.. sehingga aku rasa yang aku ingin stop bercinta sebab aku taknak mengalami hidup seperti si Hafiz. Walaupun aku tahu kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan..
Dan sekarang aku masih berfikir.. berbaloikah untuk aku bercinta seandainya aku tak pasti ke mana arah cinta tu nanti..

# p/s: terima kasih nerdy yang memanggil aku dak shy2 , sebab bagi pinjam novel yang banyak mengajar aku erti hidup dalam keadaan aku sedang mencari arah hidup aku yang sebenarnya. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan