Selasa, 24 Disember 2013

aku..dia dan bunga~

sebulan telah berlalu sejak peristiwa itu.. aku semakin sedar betapa bodohnya aku mencintai seseorang yang tak pernah mencintai aku.. namun hidup masih perlu diteruskan.. sisa2 hidup yang semakin kelam seolah bercahaya sejak kehadiran bunga.. yang mengajar aku untuk lebih dekat dengan DIA. entri ni khas untuk awak bunga~

bunga~
awak mengajar fie untuk tidak berharap dan menyimpan impian terlalu tinggi pada sesuatu.. kisah awak membuatkan fie sedar, sejauh mana kita berharap jika memang bukan dia yg terbaik untuk kita, kita kena redha atas ketentuannya.. hidup hanya fantasi.. realiti kehidupan ada diakhirat nanti.. 

bunga~
terima kasih atas segalanya.. berkenalan dengan awak menceriakan kembali hidup fie.. walaupun kita tak pernah bersua muka, bertentang mata, walaupun kita sebenarnya duduk berjiran je, tapi ini cukup membuatkan fie tersenyum. gurau senda awak, gelak tawa awak cukup buat fie lupa kesedihan yang fie tanggung selama ni.. 

bunga~
maafkan fie sebab tak ceritakan semuanya tentang fie pada awak.. sesetengah perkara lebih baik kekal menjadi rahsia dari kelak membuat orang lain buruk sangka... maafkan fie sebab pernah menyusahkan awak, mengganggu hari2 awak semata2 untuk menceriakan hari2 fie.. 

bunga~
tak ada apa yang mampu fie beri untuk balas jasa awak yang menyedarkan fie erti kehidupan sebenarnya.. menyedarkan fie untuk berpijak di bumi yang nyata.. untuk sedar yg fie masih ada ALLAH yang sayang pada fie bila yang lain membuang fie dari hidup mereka.. fie alpa dengan dunia sedangkan DIA tak pernah lupa pada fie.. teruknya perangai fie kan?? fie masih dalam proses berubah kearah yang lebih baik.. semuanya kerana kesedaran yang awak beri..

terima kasih bunga~


Sabtu, 14 Disember 2013

aku dan sandiwara cinta~

masa berlalu dan terus berlalu. namun luka dihati masih kekal berdarah. aku berlakon menjadi kuat, tabah dan sabar tapi kebenarannya aku lemah.. aku sayangkan dia.. sungguh aku sayang dia.. tapi kemesraan kian hambar. aku kehilangan dia.. dia meletakkan kesalahan dibahu aku.. aku punca segalanya.. punca dia memilih perempuan itu dari aku.. mulut berkata aku terima segalanya, namun hati aku merintih pilu.. aku cuba berpura2 tidak tahu.. tapi setiap kali bayangan kecurangannya menerpa minda, aku jadi hilang pedoman, hilang siapa diri aku sebenarnya..


dan aku masih kekal sabar kerana takut kehilangan, takut ditinggalkan walaupun aku cuba untuk meninggalkan sebelum ditinggalkan. aku takut..aku takut untuk meneruskan hidup tanpa dia. sumber kekuatan dan ketabahan aku selama ni.. 
tapi aku terasa aku bodoh kekal setia pada dia yang seolah2 menyerah segalanya pada takdir tanpa berusaha untuk merealisasikan segala apa yang pernah dijanjikan dulu.. setiap hari aku berdoa agar dijodohkan aku dengan dia tapi hanya aku.. dia bahagia diatas kesetiaan aku yang tiada harga dimata dia. 
terlalu mudah hatinya berubah.. terlalu rapuh cintanya pada aku.. aku kecewa.. aku merana.. aku terluka.. kadang2 aku terfikir untuk pergi sejauh yang mungkin dan tak mahu berpaling lagi tapi aku lemah.. aku lemah tanpa dia..
setiap hari aku berperang dgn hati sendiri.. memujuk hati agar sabar. DIA menduga aku untuk mengetahui benarkah aku ingin dia didalam hidup aku. tapi kadang2 aku berfikir, mungkinkah ini petanda yang dia bukan terbaik untuk aku?? aku tak tahu~
perubahan dia terlalu besar untuk aku terima, seringkali aku bertanya siapa dia dan dimana cinta hatiku?? berat untuk meluahkan apa yang terpendam didalam hati.. sukar digambarkan betapa hancurnya hati ditipu dan dilukai.

" awak..

perlukah fie mengundur diri untuk melihat awak bahagia?? di mana awak yang pernah mencintai fie sepenuh hati?? mana awak yang hanya ada fie, satu2nya perempuan dalam hidup awak? mana awak yang takut kehilangan fie??

awak,
fie lemah.. fie sedih.. fie kecewa.. tak semudah kata2 untuk lupa segalanya.. andai awak tahu betapa dalamnya luka ni, awak akan tahu betapa parahnya hati menanggung kesedihan..

                                                                                                        -yang selalu mencintaimu-

Sabtu, 7 Disember 2013

luahan hati aku~

masa berlalu dengan pantas. dan kini aku kembali kesorangan lagi.. menempuh hari2 yg penuh mencabar dlm hidup aku. yee. dia masih ade namun aku seolah2 kehilangan dia.. tiada lagi kewujudan dia disaat aku sangat memerlukan kehadiran dia di sisi aku.. dia ada tapi tak wujud.. wujud tapi tiada.. dan sebenarnya aku telah lama kehilangan dia sebelum tiba masanya..
hati yg dia toreh dan tikam dengan kejamnya kembali berdarah.. aku cuba berlakon menjadi kuat.. namun setiap hari aku berperang dengan hati aku sendiri.. memujuk hati untuk terus kuat menempuh hidup yang masih belum pasti kemana arah tujunya.. dan setiap hari aku diduga dengan pelbagai kesusahan.. sampai kadangkala aku seolah hilang tempat pegangan.. aku tahu aku masih ada DIA yang menguji aku untuk melihat adakah aku sabar menempuh dugaan ini.. tapi sesungguhnya aku memerlukan dia disisi aku untuk aku terus kuat menempuh dugaan dari Nya. aku tak mahu kelihatan lemah.. tapi sebenarnya aku tersangatlah lemah.. aku menangis aku merintih aku memendam perasaan yang terlalu berat untuk aku luahkan kepada sesiapa.. betapa takutnya aku kesorangan. namun akhirnya aku ditinggalkan.. setiap hari aku berdoa.. kuatkanlah aku.. tabahkanlaa aku menempuh dugaan hidupku ini..

dia..
dimana pun awak berada.. fie perlukan awak saat ni.. :(

Jumaat, 15 November 2013

aku dan org ketiga.

aku tak tahu apa salah aku.. hati aku terluka sampai aku tak tahu nak luahkan macam mana. setiap kali aku bangun tidur aku tanya aku mimpi ke tadi??? tapi kawan2 asyik ingatkan yang aku bukan berkhayal. aku ditikam oleh kawan aku sendiri. org yang aku sayang sepenuh hati aku.. aku berfikir dan terus berfikir.. kenapa mereka buat aku macam ni?? rampas kebahagiaan aku?? apa salah aku?? apa dosa aku sampai dikecewa macam ni.. aku tak marah tapi hati aku luluh.. kalau blh aku buang hati ni aku buang.. selama ni aku berlagak kuat tapi skg aku xtau mana nak cari kekuatan tu.. aku tahu Tuhan takkan duga aku kalau aku tak mampu menanggung dugaan tapi beratnya menanggung kesedihan.. aku mencari sisa kekuatan kebahagian tapi payahnya aku tak tahu nak cakap. apa dalam hati aku tak tergambar sedihnya, kecewanya. sumber kekuatan aku, sumber ketabahan aku, mengecewakan aku dalam sekelip mata. aku berdoa biar ni semua mimpi.. aku nak bangun dan keadaan kembali normal. aku nak kawan baik aku, adek aku, aku nak semua macam dulu.. semuanya tak semudah kata2. hati yg menanggung sakitnya.. sakit yg tiada ubatnya..

dear,
janji awak orang pegang, tak pernah pun niat dihati nak menduakan awak.sayang org kat awak banyak sgt tak terkira,. org igt kata2 dia dulu.. susah kita senang kita, kita tetap sama2.. skg org aja yg susah dan dia tak sama2 dgn org pun.. keadaan dah berubah. org tertanya2 apa yg org kena buat skg. dalam hati ni ada macam2 yg tak terluah.. sakitnya menyimpan perasaan. org terkejut, kecewa tersangat2.. org nak semua normal.. org nak kesayangan org balik. tapi org tahu org akan terbayang2 semuanya.. hati org akan tambah curiga. macam mana kita nak bahagia? perlu ke org putus asa untuk 3tahun yang kita jaga selama ni?? perlu ke org undur diri kalau tu mampu buat dia bahagia?? org takut org pentingkan diri sendiri sampai dia terluka bila dgn org.. mungkin x org kena lepaskan dia untuk kebahagiaan dia??

adek,
org yg akak sayang,percaya. adek nampak perjalanan cinta akak dan dia dari awal. susah payah akak dengan dia tapi adek rampas kebahagiaan akak macam tu aje. adek balas kebaikan akak dgn cara macam ni.. mengecewakan hati seorang akak. sedih ati ni.. kecewa hati ni.. kebahagiaan dirampas org yg akak sayang,percaya..adek akak sendiri. kenapa dia yg kau kejar dik?? kenapa hak akak yg kau nak dik?? knp?? apa dosa akak pada kau?? apa salah akak pada kau?? adek yg akak sayang khianati akak.. membunuh hati akak.. sedihnya tak tertanggung..

fie,
kau kena kuat utk aku.. kau kena tabah utk aku.. kau adalah aku dan aku adalah kau.. aku tahu betapa payahnya menanggung sakit hati,kecewa tapi kita kena kuat fie.. kau ade aku dan aku ada kau. kau xmakan xbuat pape, aku tahu tu cara kau merawat hati kau sendiri.. kau tahu semua risau pasal kau tapi kau tak xboleh ikut hati sgt.. keluar dr dunia selesa kau tu..kau kena terima kenyataan yg kau xdi hatinya lagi.. jgn pandang belakang.. kejar mase depan kau.. kau kuat sebab kau ada aku dan Tuhan.. fie.. tabahkan hati kau.. ingat balik kata2 yg kau pegang, kalau dia hak kau..dia akan kembali kat kau.. kalau x kau kena redha yg jodoh korg da xde.. :(

Khamis, 7 November 2013

07 Nov 2013 : aku, dia dan kita..

7 Nov 2013, 
sudah hampir tiga tahun aku dengan dia rapat.. tiga tahun satu tempoh yang agak panjang dan jujur aku katakan, aku tak pernah mempunyai hubungan selama ini dan aku amat berharap ianya kekal hingga akhir hayat.. tahun berganti tahun, terlalu banyak perubahan aku rasakan pada hubungan itu. kadang2 ianya terasa hambar, kadang aku tak rasa hubungan itu wujud dan kadang2 aku rase akulah manusia yang paling bahagia sekali di dunia ini.


perasaan kadang2 dirobek kejam. bibit curiga wujud. airmata mengalir dan hati mula merasai sesuatu.. dia tidak seperti dulu.. ada sesuatu yg dia rahsiakan dari aku. sesuatu yg aku tak tahu. tapi aku dapat rasakannya. dia selalu kata aku terlalu mengikut perasaan, suka berfikir yang bukan2.. tapi hati tak mungkin salah mentafsir jika sesuatu hanya sekadar khayalan.. lelaki cukup bijak mncari alasan tapi xcukup bijak untuk meyakinkan perempuan. mungkin perempuan berkata 'ye' di mulutnya tp yang pasti hatinya akan mencari kepastian. 


aku tahu ada sesuatu yang berlaku.. aku tahu hatinya bukan hanya ada aku. perubahannya menganggu fikiran aku.. kadang2 aku tertanya, kenapa dengan dia.. apa rahsia yang sedang dia simpan?? kenapa dia semakin berubah?? kenapa dia tak seperti dulu?? aku mahu dia.. mahu dia yang dulu hanya milik aku.. tapi aku sedar, aku bukan sesiapa. aku masih tak layak menakluki hati dia.. aku xcukup sempurna di hati dia. 


aku selalu berdoa.. "tetapkan dia di hatiku, dan tetapkan aku di hatinya, andai dia bukan jodohku, jodohkanlah dia kepada ku, andai aku bukan jodohnya, jodohkan aku kepadanya.. " tapi kuasa tuhan, hanya DIA yang berhak menentukan segalalnya. cuma aku berharap, jika betul dia bukan untukku, biarlah hubungan ini cepat berakhir kerana aku takut semakin lama aku dengannya, semakin sukar untuk aku berpisah dengannya. dan jika dia memang ditakdirkan untukku, aku berdoa agar dicepatkan jodoh kami berdua supaya aku sentiasa ada di sisinya hingga akhir nyawa ku..

with love.
-afie_


Ahad, 20 Oktober 2013

i'm back!

assalamualaikum..

dah berkurun lamanya tak update apa2 pun kat blog ni.. ni sibuk nak sapu2 sawang kat blog ni.. btw~ sejak akhir2 ni fie sibuk menyibukkan diri di uitm shah alam. yes! fie sambung belajar ambil degree pulak.. rasa macam kurang masa untuk beronok2  berjimba ramba.. ehh! lupa.. hari ni fie dapat tahu 1 of my bestfriend dah selamat melahirkan baby boy pagi tadi.. jadi auntie fie la skg ni.. ohhh nooo!! auntie?? fie baru 18 tahun laaa.. :P
tak rase fie tetiba jadi gedik ke?? hahahahahahah

masa berlalu dengan sangat pantas.. pejam celik..pejam celik.. dah 21 tahun fie hidup kat muka bumi ni.. syukur Allah bagi peluang kat fie untuk menikmati betapa indahnya dunia.. dan sangat berharap fie dapat menikmati indahnya akhirat tu jugak..

sudah 5minggu berlalu sebagai pelajar degree.. ada seronok..ada rasa nak maki2. tapi hidup takkan dihargai selagi tiada kesusahan dihadapi..

minggu pertama merupakan minggu malang bagi fie sebenarnya.. stress..serabut.. rasa macam nak give up.. dengan surrounding yg entah hape2.. tapi mengenangkan ini pilihan yg fie pilih, fie kena hadapinya jugak.. walaupun kenyataan tu pahit untuk ditelan tapi penghujung kehidupan tu masih misteri kan???..

masa depan terlalu misteri untuk diramalkan.. ada pepatah inggeris mengatakan:

sebab tu kita kena hargai harini sebab esok kita belum tentu sama dengan hari ini.. :)

Sabtu, 10 Ogos 2013

the worst raya ever


hari raya ke-tiga berlalu dengan perlahan. tahun ni raya paling tak bermakna bagi aku.. the worst raya ever! tiada preparation untuk raya pun. tiada semangat raya pun.. duduk di rumah tanpa melakukan apa-apa for almost 4months cukup buat aku jadi giler tahap petala..



semua cakap untungla duduk rumah, makan tanggung..xpayah buat pape.. tapi cukup buat aku stress.. aku adalah orang yang paling susah nak stress tapi sejak duduk uma aku la paling cepat sakit cepat.terasa..sentap..segala bagai la.. 
sakit jiwa gila duduk uma ni. semuanya tak kena. hidup tak sebebas mase duduk melaka dulu. bukan la bebas maksudku so'sial' tu tapi at least aku boleh la keluar rumah tanpa halangan. tapi sekarang aku nak keluar jumpa kawan pun ada tapisan.. sedih hati ni.. sepanjang cuti mana ada aku keluar. duduk la terperuk membusuk kat uma sensorang. walaupun hakikatnya tak sensorang pun.
aku sesangat la harap aku dapat masuk u cepat-cepat supaya aku tak hadap rumah ni sampai aku giler se gilernye.. penat wei..penat.. nak jumpe mok pun tak dapat..

depressed!!


Sabtu, 22 Jun 2013

drama bersiri: kerana kamu 2 & 3

Saat kaki melangkah ke ruang pejabat semuanya kelihatan sedikit berbeza.. hati saffie tertanya-tanya apakah yang berlaku.. dila pula kelihatan lebih bedak dari biasa.. 5inci barangkali.. hahaha.. apa yang jadi sebenarnya???
“Fie, kau tengokla si Dila tu.. bedak macam tepung gomak aku tengok.. bajet nak ngurat anak bos la tu.. macam la anak bos nak pandang dia” bebelan Izzah menyambut kedatangan saffie..saffie hanya mampu tersenyum. Apa yang perlu dikejar dengan harta.lambat laun akan habis juga..
“zah, biarlah dia.. mana tahu memang rezeki dia nanti dapat nak bos tu.. kita doakan jela.. “ balas saffie sambil tersenyum
Izzah hanya membalas kata-kata saffie dengan cebikan sambil menghulur dokumen yang perlu saffie siapkan.. kerja.. kerja..kerja.. bosan saffie jadinya.
‘ Hati seolah-olah inginkan percutian.. tapi bercuti keseorangan amat menbosankan.. mera.. yeaaa.. nanti text mera sahajalah.. mesti dia sudi menemani aku..’
Pejabat tiba-tiba kedengaran sunyi.. tiada suara-suara membuatkan saffie pelik.. saffie melihat sekeliling.. melihat kehadiran Tuan Ismail membuat saffie tersenyum. Pandai betul kawan-kawan sepejabatnya ni berlakon. Nampak tekun masing-masing menyiapkan kerja.
“assalamualaikum.. perhatian semua..” mesra suara Tuan Ismail yang masih tidak hilang lorat kedahnya walaupun sudah berpuluh tahun tinggal di bumi selangor.
“hari ni saya nak kenalkan anak saya, yang akan menggantikan saya tak lama lagi. Tapi sementara itu, dia akan belajar selok-belok syarikat kita dulu. Saya harap kamu semua dapat bantu dia” kata Tuan Ismail lagi..
saffie hanya mendengar sahaja bebelan Tuan Ismail selepas itu..lebih mengisahkan pasal kejayaan syarikat.. tapi saffie tak ada masa untuk memberikan sepenuhnya perhatian. Kerjanya masih menunggu.
“fie...saffie..saffie!!!!!!!”
“hah?? Kenapa??” spontan saffie bertanya apabila dijerkah secara tiba2.. saffie memandang izzah yang memanggil namanya dengan sungguh kurang sopan tadi.. lantas izzah membalas pandangan soalan saffie dengan menunjuk kearah seseorang.. seseorang yang membuatkan saffie terpana.. ahhh.. betapa kecilnya dunia..
“saffie faiqah.. tak sangka i dapat jumpa you kat sini. Kita memang berjodohkan??” suaranya sahaja cukup membuat telinga saffie bernanah.. apakan pula melihat wajahnya.. rasa nak keluar semua isi perut saffie.. soalannya saffie balas dengan secalit senyuman.. saffie dapat merasakan senyumannya hambar.. nampak sangatlah saffie tidak ikhlas.
“saffie, why not if we have lunch together today??.. there are a lot of things i want to share with you” kata si lelaki masih cuba menarik perhatian saffie.. lelaki ini. Dari dulu.. tak pernah berubah.. masih tidak sedar yang saffie tidak menginginkannya.
“encik hafiyzul.. saya ni kuli encik saja.. saya tak nak la nanti ada orang buat dosa kering bila kita keluar sama-sama.. apa kata encik hafiyzul ajak cik Dilla..” mukanya mulai berubah.. lantas saffie berteriak memanggil dilla
“cik dilla, ni encik hafiyzul nak ajak lunch dengan cik dilla tapi malu nak cakap..” hafiyzul mamandang saffie seakan tak percaya..
‘kau ingat kau bos aku takut.. ada hati nak menggatal..’omel saffie sendirian
###############################################################
Bab3
‘Hati aku selalu tertanya-tanya, kenapa tiada satu pun manusia yang memahami aku. Betul kata shakir, terlalu banyak memendam perasaan akan menyebabkan aku hilang pedoman.. terlalu letih rasanya untuk terus hidup dalam kegelapan. Aku tak nampak langsung cahaya di depan aku.. makin lama aku rasa makin suram. Makin kelam. Terlalu banyak memendam perasaan menyakitkan kepala aku.. kadang-kadang aku rasa aku ingin tidur, tidur dan terus tidur.’
“fie..fie..”
“emmm..kenapa??”
“kau sedar ke tak ni?? Yang kau menangis tiba-tiba ni kenapa?? Somethings wrong dear??” soalan hawa saffie balas dengan pandangan kosong. saffie sedar hawa sedang menunggu jawapannya tapi otak saffie seakan-akan tak memahami maksud soalannya.
Ingin sekali saffie meluahkan semua yang terbuku di hati tapi sering kali lidahnya kelu untuk mengatakannya. saffie tak mahu dikasihani, saffie tak mahu simpati. Saffie Cuma mahu pengertian. saffie merakan yang dia memerlukan percutian..bercuti??
“awe, jom pergi jalan-jalan”
Hawe memandang saffie dengan muka berkerut tanpa menjawab pelawaan saffie.
“aku rasa aku nak pergi bercuti. Aku rasa aku nak pergi genting.. jom esok..”
“kau gila ke apa? esokkan kerja la ngok.. kau ni da kenapa? Tak boleh fikir da ke??”
“aku nak pergi merehatkan kepala otak aku yang serabut ni.. jom la awe..kita amek mc..”
“kau payung, aku on.. duit kau kan berkepuk dalam bank tu”
“berkirakan kau. Duit tu untuk aku kawen tau..”
“eleh! Cakap kawen konon. Calon pun tak ada.. tak sudah-sudah menunggu si faizal kau tu. Dia da kawen agaknye kau gak gigit jari kaki fie..”
“tak baik tau kau.. aku belanje la kau nanti.. tarik cepat cakap kau tu.. dia setia kat aku tau.. aku tahu..”
“yelaaa.. maafkan aku ye.. eehhh.. kau text mera tak?? Ajak dia sekali.. dah lama tak ponteng kerja same-same kan..”
“a’ah betul jugak.. kejap lagi aku telefon dia..”

“waaahhhhh.. best sangat hari ni. Seronok aku.. dah lama kan kita tak gelak,jerit puas-puas macam hari ni.. rasa macam taknak balik aje.. boleh tak aku tak nak balik..” luah mera sambil mencapai air di tepi bangku yang didudukinya
“ aku pun mer, rasa seronok sangatkan.. macam lari dari masalah.. betul tak fie??” balas hawa sambil menghulur sandwichnya kepada saffie..
“ betul.. berat pulak rasa hati aku nak balik.. lagi-lagi nak mengadap si hafiyzul tu.. lemau pulak semangat aku ni..”
“hafiyzul?? Mamat poyo lagi playboy yang dok kejar kau dari zaman sekolah dulu ke??” soal hawa kepada saffie.. mera pula memandang saffie dengan penuh tanda tanya..
“mamat mana lagi.. sejak dia masuk kerja hidup aku macam dalam cerita sengsara.. ada aja nak kacau aku.. penat aku nak melayannya.. kalau aku buat bodoh lagi dia boleh cakap kuat-kuat macam aku jauh sepuluh batu dari dia”
“kau tak cuba cakap elok-elok dengan dia fie?” soal mera kepada saffie
“ kau tak kenal mamat mereng tu mer, kalau kau da kenal kau pun berasap.. meh aku cerita kat kau siapa sebenarnya si hafiyzul aka mamat playboy poyo tu..” balas hawa dengan memek muka yang mampu mengundang gelak tawa sesiapa sahaja yang melihatnya
Penuh bersungguh-sunggug hawa bercerita kepada mera tentang hafiyzul.. ciap dengan memek muka dan gaya-gayanya sekali. saffie tergelak mendengar cerita hawa.. bila diimbas kembali kenangan lalu.. tentang kebodohan saffie melayan hafiyzul, saffie hanya mampu ketawa kerana ianya merupakan perencah yang membuat hidup saffie lebih punya rasa, lebih “bite” kate orang..
“bapak jahat kau fie, sampai macam tu kau buat si playboy tu??” mera bertanya setelah mendengar cerita hawa
“kenapa?? Tak percaya??” kata-kata saffie disambut dengan hilai tawanya dengan hawa
“tak sangka aku. Kau yang lemah lembut sanggup buat macam tu.. makan dalam bhai.. sebab tu sampai sekarang dia kejar kau. Agaknya nak balas dendam.. baik kau hati-hati fie” mera memandang saffie dengan riak kerisauan..
“kau jangan risau.. takkan aku jatuh kat tangan dia.. dan aku tahu apa agenda dia.. dan aku rasa aku nak berhenti kerja laa.. aku nak sambung jadi lecturer macam sebelum ni.. aku penatla jadi marketer.. bosan.. “ balas saffie sambil memandang mera dan hawa silih berganti
“dulu kau gak nak lari dari mengajar, konon tak kena dengan jiwa la apa la.. sekarang nak balik jadi cikgu.. tak takut kena ngurat dengan student sendiri ke??” perli mera dan disambut dengan hilai tawa hawa
saffie hanya tersenyum hambar. Hampeh! Tak pasal-pasal kena perli dengan dua orang sahabat baiknya  ni..


“morning everyone” sapa saffie pagi itu dengan wajah ceria.. walaupun Cuma sehari cuti yang  diambil tapi ianya seakan menghilangkan segala bebanan dalam hatinya ni...
“well.well..well.. look here.. cikfie kita da jumpa jalan datang ofis ye. Ingat tak nak kerja da..” sinis perlian dari hafiyzul.. tapi sedikt pun tak memberi kesan kepada saffie.. 
‘peduli apa.. setakat anak bos tak payah nak tunjuk lolak sangat..’
 kata-kata hafiyzul saffie biarkan berlalu seperti angin lalu.. saffie memandang tempat duduk izzah.. masih kosong tapi bag tangannya saffie lihat terletak kemas di sudut penjuru mejanya.. mungkin dia ke pantri..
“zah, encik zubir dah sampai??” soal saffie kepada izzah sebaik sahaja terlihatnya sedang membawa dua biji mug di tangan menuju kearah mejanya..
“daa.. ada kat dalam bilik dia..kau nak jumpa dia ke?? Pergi la sekarang.kejap lagi dia ada mesyuarat..ehh..encik hafiyzul, ni air encik. Maaf lambat..” balas izzah sambil menghulur mug berisi air kepada hafiyzul.
Jawapan izzah lantas membawa saffie kearah bilik encik zubir dengan surat ditangannya. saffie nekad. saffie mahu pulang ke tempat yang sepatutnya dirinya berada. Sudah cukup lama saffie melarikan diri.. sudah tiba masanya saffie kembali ke jalan yang sepatutnya saffie lalui.
Tok..tok..tok..
“masuk..”
“assalamualaikum..encik zubir,selamat pagi..saya ada sesuatu nak bagi kepada encik”
“waalaikumsalam, fie.. duduk.. apa dia yang awak nak bagi saya ni??”
Lantas saffie menghulurkan surat perletakkan jawatannya kepada encik zubir. Dia menerimanya dengan wajah tanda-tanya dan mulai membuka surat saffie dan membacanya.. selesai membaca, encik zubir memandang saffie kembali..
“notis 24jam fie, terdesak sangat ke awak sampai nak kena berhenti serta merta ni”
“maaf encik zubir, saya rasa saya nak kembali ketempat yang sepatutnya saya berada.. sudah cukup saya menimba pengalaman di sini. Terima kasih pada encik zubir sebab bagi saya peluang kerja di sini. Sudah tiba masanya saya kembali mencurah ilmu untuk anak muda kita..”
“saya sangka awak takkan tuntut janji saya kepada awak.. apa apapun terima kasih sebab selama ni awak sudi berkerja di bawah saya dengan gaji yang tak seberapa berbanding gaji awak sebagai pensyarah dulu..” balas encik zubir sayu.. tapi janji harus dipegang.
Sebagaimana janji saffie membantunya sekadar untuk mengembalikan keadaan syarikat yang hampir-hampir jatuh akibat kecuaian encik zubir sendiri. Jika saffie tak membantunya, sudah tentu Tuan Ismail tidak akan mempercayai encik zubir lagi. Dan mungkin encik zubir tidak akan berada di kedudukannya sekarang. Walaupun jawatan saffie seakan tidak memberi impak besar kepada syarikat Epic Evant planner ini, tapi tanpa ketahuan sesiapa.. saffie banyak menyumbang idea dalam menstabilkan ekonomi syarikat dengan mempromosikan syarikat kepada orang-orang kenamaan serta institusi-institusi kerajaan yang mahukan perkhidmatan syarikat.
Hampir dua tahun saffie berkhidmat di sini. Semata-mata ingin lari dari dunia pendidikan yang kononnya tidak kena pada jiwanya sedangkan itulah cita-cita saffie sejak dulu lagi.. tiga tahun menjadi pendidik kemudian saffie lari kononnya mahu mengubah angin atau sebenarnya saffie lari dari merindui dia..melihat telatah anak didiknya dulu membuatkan saffie teringat kenangan  dengan dia. Manja rajuk saffie.. kesabaran dia melayan kerenah saffie.. kesedihan saffie.. kehendak saffie.semuanya saffie lalui dengan dia.. dan seakan terngiang-ngiang di telinga saffie akan kata-katanya..
“susah senang kita, gaduh kita, sedih kita, kita tetap sama-sama”
Hampir tiga tahun bersama dengannya. Terlalu banyak memori yang tercipta sehingga saffie kadang-kadang lupa yang saffie sudah kehilangannya.

‘Salah akukah dia pergi? Betapa peritnya kehilangan dia. Tapi aku tidak mampu menidakkan betapa besarnya impak dia terhadap hidup aku.’

Selasa, 7 Mei 2013

kesan novel AWEKCHUCKTAYLOR kepada perempuan bernama aku..


Awek chuck taylor.. tajuk yang pelik bila pertama kali aku dengar dari mulut nerdy.. and I keep asking myself.. cerita apakah itu..

04 mei 2013.
Aku jumpe nerdy kat panggug wayang. It more kepada blind date or mungkin 1st date of us.. hahaha.. tak laa.. ianya adalah pertemuan dua orang kawan maya yang mempunyai minat yang sama dan sudah lama tak menjejak kaki ke panggung wayang yang teringin sangat nak tengok ironman.. that’s it. and nerdy yang belanje aku wayang.. dia nak belanja dan aku memang suka bila tak payah keluarkan duit.. hahaha.
Nerdy bagi aku pinjam 2buah novel dia dan salah satunya adalah awek chuck taylor.. walaupun biasanya aku tak layan novel alternative macam si nerdy sebab dunia aku more kepada cerita cinta yang ada happy ending tapi at the end aku bace juga novel tulisan nami cob nobbler ni. Dan nama nami cob nobbler macam biasa aku dengar.. tapi aku tak pasti celah ceruk rantau mana..
Dan bermulalaa pengekporasi aku kepada dunia Hafiz dan awek2 nya.. 1st impression aku pasal novel nami atau lebih kepada catatan hidup seorang lelaki bernama Hafiz ialah dia sorang yang sangat sempoi.. ayat tak tapis dan agak poyo.. dan aku sangat lah tak percaya ceritanya adalah cerita sebenar sehingga hati aku tertanya2 siapa sebenarnya si Hafiz ni, siapa mira dan kenapa nana menjadi pilihan si Hafiz..
Aku Tanya kepada nerdy yang sememangnya mesti lagi tahu dari aku sebab dia yang kenalkan novel nami kepada aku.. nerdy told me the story is about nami real life.. dan aku belajar banyak perkara dari novel si nami ni. Walaupun aku rasa nama nami adalah nama seorang perempuan sebab aku ada kawan nama nami.. dan aku baru tahu yang mira juga telah meninggal.. alfatihah untuk mira dan nana..
Untuk memuaskan nafsu ingin tahu aku.. aku explore lagi pasal cerita si nami ni dengan bantuan encik google.. dan aku sangat2 ingin melihat siapa si mira yang agak giler tapi sangat awesome. Bagaimana hidup seorang yang bernama nana yang mengalami lower self confident dan aiman si mamat rempit yang tak pandai mengushar awek..
Awek chuck taylor mengajar aku banyak perkara.. tentang cinta.. kehidupan.. dan kepercayaan.. dan aku belajar yang cinta tak memerlukan sebab.. kita mencintai seeorang tanpa perlu sebab kenapa kita mencintainya sebab apa yang kita tahu kita mencintainya.. walaupun aku masih tak paham erti cinta sebenar.. macem nana cakap..
 “true love is a love with no reason at all” ..
Dan aku mempersoalkan kenapa aku cinta kepada encik driver dan kemudian terkeluar dalam kepala aku pelbagai reason dan aku mulai bertanya kepada diri aku.. betulkah aku mencintai encik driver atau aku hanya menyukainya… atau lebih kepada super menyukai..
Dan aku mula mempersoalkan betulkah cinta sebenar adalah cinta tanpa sebab kenapa kita menyintainya.. dan aku masih buntu dengan jawapan.. dan aku mula menyedari yang orang selalu cakap yang cinta itu buta.. dan benar cinta itu buta…kerana cinta tiada sebab untuk dinyatakan kerana kita cinta tanpa ada sebab apa2..
Dan aku merasai betapa luluhnya hati seorang lelaki bila cinta hatinya yang baru ingin menggapai bahagia menghadapi berita tentang pemergian kekasih hatinya yang jauh di mata.. sangat menyentuh hati aku. Sangat..
Dan aku mengetahui yang Hafiz hampir berputus asa untuk hidup kerana pemergian nana.. dan aku mulai tahu betapa besarnya impak nana kepada kehidupan seorang lelaki bernama Hafiz yang aku rasa mudah sangat untuk mendapatkan cinta baru tapi dia memilih untuk setia bersama nana yang aku tahu yang dia sememangnya tahu yang hidup bersama nana sebenarnya hampir mustahil tapi dia cuba untuk menyakinkan diri yang dia dan nana mampu hidup bersama..
Dan yaa.. aku tak kenal siapa hafiz yang sebenarnya.. tapi aku amat suka watak hafiz.. tersangat suka.. dan oleh itu aku suka nami.. sebab nami adalah hafiz dan hafiz adalah nami. Betapa dalamnya cinta seorang hafiz kepada nana.. sehingga jiwanya dibawa pergi bersama perginya seorang nana..
Dan aku sedar, walau bagaimana pun kita cuba melakar bahagia bersama seseorang jika tiada izin dariNya, dia akan tetap pergi.. dan kita akan kekal terkapai2 sehingga kita mula mendapat cinta baru.. sehingga aku rasa yang aku ingin stop bercinta sebab aku taknak mengalami hidup seperti si Hafiz. Walaupun aku tahu kita hanya mampu merancang tapi Dia yang menentukan..
Dan sekarang aku masih berfikir.. berbaloikah untuk aku bercinta seandainya aku tak pasti ke mana arah cinta tu nanti..

# p/s: terima kasih nerdy yang memanggil aku dak shy2 , sebab bagi pinjam novel yang banyak mengajar aku erti hidup dalam keadaan aku sedang mencari arah hidup aku yang sebenarnya. 

Sabtu, 13 April 2013

memorial of uitm lendu

semalam adalah hari terakhir aku menjadi pelajar uitm lendurian.. sekejap aja 3tahun berlalu.. masa berlalu dengan sangat pantas. terlalu banyak kenangan yang tercipta kat sini.. dan malam ni akan jadi malam terakhir aku di bumi lendu..  

sorang demi seorang aku melihat kawan2 aku melangkah pergi.. airmata berlinangan di pipi mereka.. tapi aku masih mampu tersenyum.. tidak berperasaankah aku?? aku pun tak tahu,,  

bumi lendu mengajar aku banyak perkara..erti kawan..how to bergaul.. belajar berdikari. erti cinta, pengorbanan dan macam2 laaa.. dan di bumi lendu juga aku dapat nama baru.. ABH aka AKU BLERR HABIS.. hahhahaha 
 
with AKC(aku kaki club) & ABP(aku budak pekak)
semester 1 (june 2010)

pertama kali melangkah ke bumi lendu.. tempat yang aku pilih untuk merawat kelukaan zaman persekolahan.. tempat yang aku rasa akan merubah masa hadapan aku.. tempat aku kenal dengan kawan2 baru. kenal orang pelbagai kerenah.. belajar berdikari.. dan yang penting belajar menjadi diri sendiri..



terlalu banyank sebenarnya yang aku nak ceritakan tapi semuanya seolah2 tersekat tanpa mampu aku luahkan.

semester6 (april 2013)

dan kini segalanya telah berakhir.. 


untuk mera dan aini..

terima kasih sebab selalu ada teman aku..bercakap dengan aku dan selalu kongsi macam2 cerita dengan aku.. korang kawan aku yang paling best.. aku mesti rindu korang, gossip.. main2..gelak2.. macam2laa.. banyak benda kita buat same2.. walaupun kadang2 benda tu agak bodoh la jgk.. 

ada banyak perkara aku nak cerita tapi seolah2 tak terluah.. benci perasaan ni.. 
korang.. jangan lupa aku tau... nanti aku rindu..






Selasa, 2 April 2013

21th birthday to me..

happy birthday to me...
happy birthday to me...
happy birthday to afie..
happy birthday to me..
kek untuk diri sendiri.. 

huwahuwahuwaaaaaaa
yeahhh.. hari ni usia aku bertambah lagi.. 21 tahun sudah aku hidup bukan jangka masa yang sekejap.. tapi aku rasa macam masa terlalu cepat berlalu.. rasa macam baru je tahun lepas aku melangkah ke darjah satu, bulan lepas aku masuk sekolah menengah,minggu lepas aku habis SPM dan macam semalam aku habis induction part one kat UiTM dan hari ni aku da melangkah ke alam 20-an.. aku dah tua.. hukhukhuk..

dan sekarang aku tengah menjalani sisa2 hari penghabisan diploma di melaka.. walaweh.. aku dah nak grad bhaiii... tetiba hati rase sayu.. macam2 aku belajar kat bumi lendurian ni.. almost everything evil things.. walaupun ke'skema'an tu masih kekal.... back to the point, about my birthday.. pasal suke duka nanti aku cerita..

today is my birthday.. hahaha.. berapa kali nak bagitau daaaa.... kesah pulak aku.. hahaha
semuanya nampak normal walaupun aku rasa macam nak kena prank but alhamdulillah tak ada apa2 prank yang terjadi.. sangat2 takut sebab aku xpernah kena prank..

but the special thing is.. aku dapat kek coklat indulgent cair dari mok.. hahaha.. cair tau.... serius kelakar.. kek cair for may present..
and i keep asking him.. "kek je ke mok??" and again... "kek je ke, mok?" and again "kek je ke mok?" sampai la aku sampai uma.. "kek je ke mok??"

nampak tak aku nak sangat ade something special selain kek cair tu.. tapi dia buat macam cume kek tu je yang ade.. and i little bit sad.. takkan kek je kot?? tapi i realize.. kek pon at least dia ingat kan.. kek pon da buat aku senyum sampai telinge.. dan mase dia nyanyi lagu happy birthday kat aku..yeaahh.. aku malu sebenarnye.. hahaha..rase nak sorok muke bawah bantal.. serius aku rase kelakar giler..
pandai pulak pakcik ni berlakon.. dah sampai rumah, dia turun konon2 check tayar sebab ada bunyi pelik.. aku pun cayelah giler yang dia ni turun sebab check tayar.. hrupe-hrupenye... kuarkan hadiah.. hadiah bhaiiii.. aku ulang lagi sekali HADIAH.. hahhahaha.. aku malu sebenarnye plus terharu.. terkehut..semua ade laaa..  aku intai jela hadia tu.. dalam hati aku cakap.. "bear lagi?? -.-'' berapa banyak bear yang aku nak ada,, ada baby cukup la.. and...bile aku tengok apa sebenarnye bear tu.. (walaupun mera dgn aini @ roomate aku awal2 lanyak benda tu dulu)

guess what.. panda.. PANDA tau.. hahaha.. aku ushar panda tu hari tu.. RM139.. aku tak tau la ni panda yang same ke tak.. tapi aku tahu ianya mahal.. siannye encik driver.. aku tak tahu mana dia dapat duit.. and now baby dapat adek.. encik panda.. what name i should give to him?? keep thinking actually.. ahhh..suke giler aku sekarang ni.. nak guling2 pusing2.. goleek2.. sayang nak bukak panda tu.. sayang giler.. kenapa?? special la.. daripada dia.. dan benda memang aku nak sangat.. shangat2 tau..

panda macam ni la.. chomel an.. (sila abaikan budak kecik tu)


dan sekarang hati aku sangat2 la ber bunga2.. mimpi lena.. hahahha..
btw.. to my lovely mok.. 

"maceh belikan panda ni.. sangat2 tak sangka dapat.. dan memang nak sangat.dari dulu lagi.. tapi tak mampu nak beli sebab mahal sangat.. terima kasih.. berjuta2 lemen million karen.. i love u mok.. love u..and love u.."

senangnya dalam hati..dapat hadiah panda.. sempena hari jadi pada hari ini... (nyanyi dlm nada lagu madu tiga)

Sabtu, 16 Februari 2013

pure marine collagen


Apakah perbezaan
Pure Marine Collagen Kuning (Gred AA) dan Pure Marine Collagen Ungu (Gred AAA)

Secara kesimpulannya, ungu lebih baik untuk merawat masalah penyakit kronik sepertisakit jantung, gout, stork dan sebagainya.. manakala untuk kuning, ia lebih kepada fungsi kecantikan kulit luaran.

- Kandungan zat galian didalam rumpai ungu sangat bermanfaat untuk membasmi bakteria, masalah sistem saraf dan kegagalan fungsi organ.

- Bagi kuning pula, kandungan kolagen mentahnya sangat baik untuk menjaga kesihatan kulit dan memberikan kesan kepada nilai kecantikan anda :)

100% Pure Marine Collagen Ungu adalah tinggi ANTIOKSIDAnya.

PERTANYAAN UMUM
Q: APA PERBEZAAN UTAMA GRED AAA DAN AA
A: SELALUNYA.. SY SARANKAN UTK GRED AAA LEBIH KEPADA SESIAPA YG MENGHIDAPI PENYAKIT KRONIK, MANAKALA YG KUNING UTK KECANTIKKAN....

Q: ADA BRAPA JENIS DAN PERBEZAAN ANTARA KOLAGEN UNGU DAN KUNING
A: YANG MENDPT SMBUTA ADA DUA SETAKAT INI, UNGU DAN KUNING EMAS..DUA DUA OK..TP JIKA PERMULAAN NAK CUBA..GUNA KUNING DULU PASTU CUBA YG UNGU...
UNGU TINGGI SIKIT NUTRISI


Q:ADA PUTIH2 KAT KOLAGEN
A: TU HABLUR GARAM, AGEN ANTIBAKTERIA SEMULAJADI RUMPAI KERING. JGN RISAU..IA MUDAH DIBERSIHKAN DENGAN AIR

Q:UNGU LEBIH BERBAU HANYIR..MCM NA NAK ILANGKAN BAU?
A: BASUH TERLEBIH DAHULU DENGAN AIR PUTIH 6X..PASTU BASUH SEKALI TAW DUA KALI DENGAN AIR ASAM JAWA..PASTU BERSIHKAN G DENGAN AIR PUTIH..DAN TU MASA RENDAM..RENDAM DGN DAUN PANDAN..MSA REBUS...GUNA DAUN PANDAN GAK...BAU AKAN HILANG...

Q: ORIGINAL KE KOLAGEN NIH?
A: SETAKAT NIH..BELUM ADA LAGI CIPTAAN MANUSIA YG BOLEH MENIRU RUPABNTUK RUMPAI LAUT INI..MAKNANYA...SEMUA RUMPAI YG DITAWARKAN ORIGINAL RUMPAI LAUT ECOTTANI


Q: ADA EXPIRED KE RUMPAI NIH?
A:JIKA PLASTIK XDIBUKA...TEMPOH BAIK DLM SETAHUN..JIKA DISIMPAN D PETI ASI KAT DROWER SAYUR SAYURAN TUE..LAGI LAMA BERTAHAN...JIKA DAH MASAK..JGN SIMPAN KAT LUAT P.ETI AIS LAMA2 K...IA CEPAT ROSAK DAN BASI...

Q:BERAPA HAD UMUR PENGGUNA KOLAGEN NIH
A: UMUR 7 HINGGA 12 TAHUN..GUNA STENGAH SUDU 2 KALI SEHARI...UMUR 12 TAHUN KEATS BOLEH MKN SESUDU ATAU LEBIH 3X SEHARI
ORG MENGANDUNG BAIK AMALKAN SELEPAS 4 BULAN USIA KANDUNGAN..ANDA AKAN MENDAPTKAN BAYI YG COMEL DAN BERKULIT PUITH...

Q:KENAPA RUMPAI NIH BERBEZA2 WARNA YA..KDG2 ADA PUTIH,KUNING DAN KUNING COKLAT
A: SEBB..IA BERGANTUNG PADA CUACA..LAU CUACA OK..WARNA RUMPAI KERING AKAN CANTIK..JIKA CUACA MENDUNG JE SELALU..MAKA WARNA PUN AKAN BERUBAH...NAMUN..IA MASIH MMPUN YAI NUTRISI DAN KANDUNGAN YANG SAMA..

Q: DAH MASAK TP TTP CAIR DAN XBERAPA NAK JD JELLY
A: SEBB..AIR YG ANDA GUNAKAN BERKEMUNGKINAN TERLEBIH...BAIK GUANAKAN 1.5 LITER AIR SAHAJA MASA MEREBUS...

Q:HALAL KAH?
A:ALHAMDULILLAH HALAL...PENIAGA DAN PENTERNAK BERAGAMA ISLAM
Apakah perbezaan 
Pure Marine Collagen Kuning (Gred AA) dan Pure Marine Collagen Ungu (Gred AAA) 

Secara kesimpulannya, ungu lebih baik untuk merawat masalah penyakit kronik sepertisakit jantung, gout, stork dan sebagainya.. manakala untuk kuning, ia lebih kepada fungsi kecantikan kulit luaran.

- Kandungan zat galian didalam rumpai ungu sangat bermanfaat untuk membasmi bakteria, masalah sistem saraf dan kegagalan fungsi organ.

- Bagi kuning pula, kandungan kolagen mentahnya sangat baik untuk menjaga kesihatan kulit dan memberikan kesan kepada nilai kecantikan anda :)

100% Pure Marine Collagen Ungu adalah tinggi ANTIOKSIDAnya.
Apakah perbezaan
Pure Marine Collagen Kuning (Gred AA) dan Pure Marine Collagen Ungu (Gred AAA)

Secara kesimpulannya, ungu lebih baik untuk merawat masalah penyakit kronik sepertisakit jantung, gout, stork dan sebagainya.. manakala untuk kuning, ia lebih kepada fungsi kecantikan kulit luaran.

- Kandungan zat galian didalam rumpai ungu sangat bermanfaat untuk membasmi bakteria, masalah sistem saraf dan kegagalan fungsi organ.

- Bagi kuning pula, kandungan kolagen mentahnya sangat baik untuk menjaga kesihatan kulit dan memberikan kesan kepada nilai kecantikan anda :)

100% Pure Marine Collagen Ungu adalah tinggi ANTIOKSIDAnya.

pure marine collagen


Photo: Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia daripada Cahaya Semporna Rumpai Laut

Terima kasih diucapkan kepada pengguna yang telah membeli produk kami...iaitu Kolagen Rumpai Laut Asli AAA Violet dan Homemade Sabun Kolagen Rumpai Laut Asli AAA Violet....dan sudah pastinya sudah merasai khasiat Kolagen Rumpai Laut ini.

Jadi bagi sesiapa di luar sana yang masih belum mencuba, ayuh mulakan langkah untuk merebut peluang yang ada...tidak cuba maka anda tidak akan tahu khasiatnya...
 
Produk kolagen rumpai laut ini semakin mendapat permintaan ramai kerana khasiatnya yang mengagumkan dan harganya yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kolagen produksi yang lain seperti sirip ikan yu, sarang burung walik dan ikan tuna. Malah, khasiatnya jauh mengatasi makanan kesihatan tersebut....sehingga ia digelarkan sebagai "RATU MAKANAN LAUT". Kami menawarkan kolagen mentah yang bermutu tinggi iaitu gred AAA. Ianya bebas daripada bahan kimia serta bahan pengawet. 100% asli dan organik. A GIFT FROM MOTHER EARTH la katakan..=)

Berminat untuk membeli PRODUK YANG MURAH TETAPI BERKUALITI DAN BERKESAN...

Kepada 20 pelanggan terawal, SPECIAL PRICE menanti anda
Sila PM pages ini atau SMS/Whatsapp Kami:

Anna (013-3071663), Asz (012-5346440/017-5868664)

Assalammualaikum & Salam 1 Malaysia daripada Cahaya Semporna Rumpai Laut

Terima kasih diucapkan kepada pengguna yang telah membeli produk kami...iaitu Kolagen Rumpai Laut Asli AAA Violet dan Homemade Sabun Kolagen Rumpai Laut Asli AAA Violet....dan sudah pastinya sudah merasai khasiat Kolagen Rumpai Laut ini.

Jadi bagi sesiapa di luar sana yang masih belum mencuba, ayuh mulakan langkah untuk merebut peluang yang ada...tidak cuba maka anda tidak akan tahu khasiatnya...

Produk kolagen rumpai laut ini semakin mendapat permintaan ramai kerana khasiatnya yang mengagumkan dan harganya yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kolagen produksi yang lain seperti sirip ikan yu, sarang burung walik dan ikan tuna. Malah, khasiatnya jauh mengatasi makanan kesihatan tersebut....sehingga ia digelarkan sebagai "RATU MAKANAN LAUT". Kami menawarkan kolagen mentah yang bermutu tinggi iaitu gred AAA. Ianya bebas daripada bahan kimia serta bahan pengawet. 100% asli dan organik. A GIFT FROM MOTHER EARTH la katakan..=)

Berminat untuk membeli PRODUK YANG MURAH TETAPI BERKUALITI DAN BERKESAN...

Kepada 20 pelanggan terawal, SPECIAL PRICE menanti anda
Sila PM pages ini atau SMS/Whatsapp Kami:

wana (017-3030916) / fida (017-9035768)



p/s: mak aku pakai benda alah ni macam awet muda muke dia..kalah aku.. -.-'

Sabtu, 19 Januari 2013

stop spread the news



hampir 3tahun aku duduk lendu, uitm lendu.. tak ada benda pun jadi.. aku tak kata segala benda2 halus tu tak ada..cuma benda tu tak pernah kacau kite selagi kita tak kacau dia.. thats it.. so please la mereka sekalian, terutama budak2 lendu yang sibuk dok canang cerita pasal histeria,rasuk segala kejadah tu... stop spread the news.. ianya tak seperti yang korang bayangkan.. everythings is okay.. pandai jaga diri,jaga kebersihan,jaga kelakuan.. semuanya akan selamat...



when i was in part one..ciap lepak tepi tasik lagi..rilex je.. chill sudah..

Rabu, 16 Januari 2013

when they are not like what i m thought


sifat kekeluargaan yang semakin pudar di dalam rumah ini menyebabkan aku rasa mahu keluar dan tidak pulang2 lagi.. yes!!! itu maksud aku.. lari dari rumah.. aku rasa itu cara yang terbaik.. tapi dimana harus aku pergi?? yes.. hanya 3bulan sahaja lagi dan aku bebas.. tapi bukankah seharusnya apabila duduk di dalam sebuah rumah, akan secara automatiknya sifat kekeluargaan itu wujud??? atau aku yang tidak pandai memahami erti kekeluargaan yang sebenar.. mungkinkah??

asyik berkira, pengasingan, apakah semua itu?? memangla tak tunjuk but i can feel it.. siap tulis nama lagi.. what is that?? sedih aku tengok.. tak sangka.. kalau tak nak org guna barang kau, why not u just say it.. tak perlu kot nak tulis bagai sapa yang punya.. lagipun tak ada yang guna barang kau pun laaaa..... aku tak sangka ada jugak orang yang macam ni kat muka bumi ni.. u have a gorgeous look but a lower attitudes.. wth!!! kitorang tak pernah kisah la pasal apa yang korang nak guna.. tapi please laa... jangan perangai cam tu.. its not good for housemate relationship.. argh!!!!!!!!! stresss.. damnly stress.. nak lari umaaaa........




p/s: nak senyap je.. taknak cakap pape.. senyap..senyap..senyap.. .. arghhh!!!!!!!!!!