Rabu, 12 Disember 2012

ku pujuk hati

amaran..
entri ini tiada gambar kerana kedaifan line wifi..


aku mahu menangis.. tapi itukah cara terbaik untuk aku meluahkan perasaan?? rasa terseksa dalam hati menahan perasaan yang terpendam.. menyimpan kekecewaan dalam hati. nak diluah tapi aku tak tahu macam mana untuk dimulakan.. yang pasti hatiku sedih..
aku pasti tuhan ada mendengar suara hati aku.. aku pasti tuhan memahami kesedihan hati aku.. aku pasti tuhan sedang membuatkan aku tabah menahan perasaan..

mengapa aku begini??

aku rasa terpinggir. aku rasa terbiar.. aku rasa keseorangan.. aku mahu seseorang yang mendengar segala kesedihan aku.. bergembira dengan aku.. bersusah senang dengan aku.. ye.. memang aku ade dia.. tapi aku tak pasti dia akan selamanya dengan aku.. aku tak pasti dia akan terus bersama aku susah senang aku...

ye.. aku tahu.. hampir dua tahun.. tapi ianya masih tak mampu menjamin apa-apa.. semakin hari keyakinan aku semakin nipis walaupun aku sentiasa berdoa dia menjadi milikku dan aku jadi miliknya.. tapi ianya seolah aku menolak diri ke tebing gunung.. mengharap seseorang yang hanya menjadikan aku sandaran.. 

emm. entahla.. mungkin juga benar kata-kata dia yang aku suka berfikiran negatif.. tapi aku pasti aku dipinggirkan sejak akhir-akhir ni.. dan aku yakin terus terpinggir ketinggalan.. setelah dia dapat apa yang dia mahukan.. aku akan terus terpinggir.. dan dipinggirkan..

dan hari ini hati sekali lagi terasa was-was..dia seakan meminggirkan aku.. tak bersungguh mahu menunaikan kehendak aku.. 

atau ini sekadar perasaan. yeaaa.. sekadar perasaan aku.. mungkin..tapi hati ini mesih terasa sedihnya.. hati.. tabahla engkau.. kerana mungkin esok, dia bukan lagi jadi milikmu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan