Ahad, 9 September 2012

aku tertanya-tanya..

 

sampai bila aku akan terus begini?? berpura-pura seolah-olah tiada apa.. berpura-pura menjadi seorang yang kuat dan kental.. melakar senyuman yang sebenarnya penuh kepalsuan.. memendam perasaan yang penuh kesakitan.. hanya mampu menangis kerana kekecewaan yang mendalam.. tiada tempat untuk meluahkan.. tiada insan untuk disandarkan kepercayaan..  aku sudah tak kuat memendam perasaan.. mendiamkan diri seolah aku tiada perasaan.. aku di anggap beban.. dianggap menyusahkan.. tidak pernahkah terlintas difikiran,   aku juga seorang insan yang punya perasaan?? pengorbananku tidak pernah kelihatan di matanya.. mungkin benar aku tidak pernah menyumbang apa2.. tidak pernah memberi walaupun sekelumit pun. hanya sekadar menyusahkan.. hanya sekadar menyesakkan fikiran.. mungkin benar.. aku hanya si perosak suasana.. si penyesak pemikiran.. 
 kata2 kau selama ni cuma mampu aku pendam.. cuma mampu aku simpan.. aku diam tak bermakna aku mengiakan.. aku tahu kau dah muak dengan diriku.. aku sekadar teman kau meluahkan perasaan, juga insan untuk temani saat kebosanan.. dan juga teman saat kau kesukaran. 

untuk dia yang orang sayang sangat2.. 
selama ni orang sanggup buat apa aja untuk dia.. macam2 orang buat untuk dapatkan perhatian dia.. dapatkan kasih sayang dia.. tapi nampaknya orang masih bukan siapa2 pada dia.. orang sentiada bersalah pada mata dia.. semua yang orang buat,orang cakap semua salah.. semua menyakitkan hati dia.. mungkin tak kita memang tak serasi?? atau memang orang langsung tiada tempat di hati dia?? 

pernah terlintas di hati orang untuk pergi dari dia.. pergi sejauh yang mungkin.. tapi orang tak mampu.. orang tak mampu nak hidup tanpa melihat dia.. walaupun orang tahu, orang tak pernah di perlukan.. dan sejak akhir2 ni kebencian makin ketara.. dia sering marah2 orang tanpa sebab.. sampai kadang2 orang tak tahu apa salah orang.. apa silap orang sampai dia nak marah,nak herdik orang.. silap apa yang besar sangat yang orang buat kat dia??? 
hati orang terluka dengan kata2 dia.. tapi orang cuma mampu senyum dan menangis dalam hati.. kecewa??? lebih dari itu sampai tak mampu orang luahkan.. orang taknak pergi.. orang tak nak hidup tanpa dia.. tapi andai itu mampu buat dia lebih bahagia... apa yang mampu orang katakan.. hanya menangis dalam senyuman...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan