Rabu, 27 Jun 2012

when i am got married..

Game show we got married memberikan aku ilham untuk buat entri ini... oklah aku mengaku aku lambat update.. cerita tu da berabad keluar,aku baru sibuk-sibuk nak tengok.. so what??? Ada aku kisah.. :P
(ikhlas dari abang google)

Back to my story, semua orang ada impian kan untuk perkahwinan korang.. macam kawan aku, dia nak tema kahwin warna merah dengan gold.. gah tu.. sorang lagi nak fairytale wedding themes.. paling femes perkahwinan dalam taman.. artis utamanya nak sangat buat tema ni.. setakat bunga-bunga segar keliling pelamin, boring....

Ni bukan nak cerita pasal tema perkahwinan yang aku nak, tapi nak cerita pasal gambar kahwin.. setiap pasangan mesti nak menyimpan gambar perkahwinan mereka. Bak kata orang, perkahwinan tu berlaku Cuma sekali seumur hidup.. gambar yang di rakam mahu disimpan sebagai bukti cinta agung mereka yang akan ditunjukkan kepada anak cucu mereka kelak.. so sweet.. aku pun kalau boleh nak simpan gambar perkahwinan aku dengan “si dia” nanti.. tapi siapakah “si dia” yang aku nanti-nantikan?? Emm.. entahla... -_-

(ikhlas dari abang google)

Gambar perkahwinan yang aku mahukan bukanlah sekadar gambar yang di ambil semasa majlis kahwin aku dengan “si dia”. Tapi gambar yang menceritakan rentetan peristiwa yang membuahkan rasa cinta antara aku dan “si dia”. Gambar yang mampu menceritakan saat-saat pertemuan aku dan “si dia” yang akhirnya dikukuhkan dengan ikatan pernikahan.. 
Waaa... aku dah mula berangan ni.. hihihi..

Gambar perkahwinan yang aku impikan..

1.    Gambar ketika berada di alam persekolahan yang menunjukkan hubungan dingin aku dengan “si dia”. Perkenalan awal yang menunjukkan aku dengan “si dia” yang tak mampu seia sekata.. gambar aku dan “si dia” memakai baju sekolah sambil memandang dia dari jauh dengan muka yang menunjukkan kemarahan.. aku da mampu bayangkan ni.. “si dia” pula memandang aku tanpa riak muka.

2.    Pertemuan tak disangka di bawah library, menunjukkan muka terkejut aku manakala  “si dia” dengan muka slumbernya..

3.    Gambar “si dia” menjemput aku... dengan senyuman yang menunjukkan kegembiraan.

4.    Gambar aku merajuk dan “si dia” sedang memujuk aku di taman.

5.    Gambar ditepi pantai,pada waktu malam sambil aku meletakkan kepala dikaki “si dia”. Manakala “si dia” meletakkan kepalanya diatas kepala aku sambil berkongsi sweater yang sama.. romantikkan?? Hahahahaha.. :P

6.    Gambar aku dan dia duduk bersebelahan sambil melihat bintang di dada langit. “si dia” sedang menunjukkan bintang kepada aku sambil aku tertawa bahagia..  sweetnya.. aku da berangan ni..

Takkan semua aku nak cerita pulak kan.. ish.. dah-dah.. aku pun tak tahu siapa “si dia” tu lagi.. kan atas ni semua contoh aja pun..
Macam kat atas ni la kalau boleh aku nak buat. Setiap gambar ada cerita tersendiri.. aku nak setiap gambar akan dengan sendirinya bercerita kepada sesiapa sahaja yang melihatnya. Macam dalam iklan tu cakap, “dalam gambar ada lagu..” tanpa aku perlu bercerita, gambar akan memainkan peranannya.. tak sabar rasanya nak kahwin.. hahahahahahahha.. ops! Terlebih sudah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan