Rabu, 12 Disember 2012

kerana sayang..

continue cerita semalam. kenapa aku tersangat la sedih dan masih sedih sehingga sekarang.. sebenarnya hal kecik aje.. mungkin aku yang terlalu sensitif.. 



1) isu pertama : mok da dpt henfon baru. bukan aku jeles bab henfon tu.. tapi aku terasa bila dia asyik main henfon aje.. sampai aku cakap pun dia tak layan.. kalau keluar setakat nak godek2 henfon tu, elok jangan keluar dengan aku.. aku rasa terbiar giler.. 

2) mok janji nak belikan tablet untuk aku but the problem is aku tak rasa dia betul2 nak belikan.. kenapa aku cakap camtu?? dia macam lupe aje janji dia.. then, aku uji la dia cakap aku nak miro tapi dia boleh tanya banyak kali betul ke nak... pastu siap cakap nanti  nak jalan da tak ada duit.. nampak tak keikhlasan kat situ.. macamla selama ni kalau berjalan totally pakai duit dia.. kadang2 aku yang support sume.. aku bukan nak mengungkit ke apee, aku tak harap pun duit dia.. sikit pun tak.. kalau betul ikhlas tak ade nye nak tanya banyak kali.. dia akan belikan terus.. tak ada nak tanya banyak kali.. takkan semuanya aku nak mintak??

3) dia sent mesej cakap "orang da belikan dia miro". kalau korang dapat msg ni ape korang rasa?? mesti excited giler an.. tapi semuanya tak betul.. dia tak bersungguh pun.. kecewakan bila seseorang bagi harapan palsu.. aku tak tahu nak cakap macam mana.. yang pasti aku sangat-sangat sedih.. 

4) aku selalu tengok kalau couple mesti letak wallpaper gf/bf at henfon.. tapi dia tukar wallpaper yang aku da buatkan untuk dia.. tu 1, aku senyap je lagi.. then dia boleh pulak tanya " nak orang amek gambar dia ke?" kena tanya ke?? kalau kau nak amek gambar orang kau sayang kau amek je.. tak payah dok tanya2.. dia tak pernah nak amek gambar aku pun.. kalau boleh taknak simpan pun gambar aku..

5) aku terasa semuanya sekarang ni tak ikhlas.. serius.. aku sedih giler.. aku sedih sangat.. sangat sedih..

apa yang aku rasa sekarang, aku nak pergi jauh2 dari dia.. yes! sangat jauh dari dia sebab hati aku sangat2 terluka tambah2 dengan luka2 sebelum ni.. aku tak tahu sampai bila aku mampu bertahan.. 

" sebab terlalu sibuk menjaga hati dia, aku lupa menjaga hati aku sendiri" 

aku sendiri dah lupa macam mana nak jaga hati aku.. aku sendiri tak tahu.. 

yang pasti aku nak pergi jauh, aku nak sendiri.. yes.. aku nak sendiri.. jauh dari kelukaan hati ini... 

ku pujuk hati

amaran..
entri ini tiada gambar kerana kedaifan line wifi..


aku mahu menangis.. tapi itukah cara terbaik untuk aku meluahkan perasaan?? rasa terseksa dalam hati menahan perasaan yang terpendam.. menyimpan kekecewaan dalam hati. nak diluah tapi aku tak tahu macam mana untuk dimulakan.. yang pasti hatiku sedih..
aku pasti tuhan ada mendengar suara hati aku.. aku pasti tuhan memahami kesedihan hati aku.. aku pasti tuhan sedang membuatkan aku tabah menahan perasaan..

mengapa aku begini??

aku rasa terpinggir. aku rasa terbiar.. aku rasa keseorangan.. aku mahu seseorang yang mendengar segala kesedihan aku.. bergembira dengan aku.. bersusah senang dengan aku.. ye.. memang aku ade dia.. tapi aku tak pasti dia akan selamanya dengan aku.. aku tak pasti dia akan terus bersama aku susah senang aku...

ye.. aku tahu.. hampir dua tahun.. tapi ianya masih tak mampu menjamin apa-apa.. semakin hari keyakinan aku semakin nipis walaupun aku sentiasa berdoa dia menjadi milikku dan aku jadi miliknya.. tapi ianya seolah aku menolak diri ke tebing gunung.. mengharap seseorang yang hanya menjadikan aku sandaran.. 

emm. entahla.. mungkin juga benar kata-kata dia yang aku suka berfikiran negatif.. tapi aku pasti aku dipinggirkan sejak akhir-akhir ni.. dan aku yakin terus terpinggir ketinggalan.. setelah dia dapat apa yang dia mahukan.. aku akan terus terpinggir.. dan dipinggirkan..

dan hari ini hati sekali lagi terasa was-was..dia seakan meminggirkan aku.. tak bersungguh mahu menunaikan kehendak aku.. 

atau ini sekadar perasaan. yeaaa.. sekadar perasaan aku.. mungkin..tapi hati ini mesih terasa sedihnya.. hati.. tabahla engkau.. kerana mungkin esok, dia bukan lagi jadi milikmu..

Selasa, 4 Disember 2012

entry rojak: best day with them

14 nov 2012.
the day for my licence test. and yes! i m failed for my motorcyling jpj test which is mean i need to repeat the test again.. i know, its weird.. but what should i do?? benda da jadi an.. but the more weird is, i pass my driving licence which more difficult than motorcycle..  nampak tak kat situ?? aku ni tak bape nak betul..
xkisah la let it be.. 

after the licence test what so ever, aku + mak+ abah + some of my sibling and their small family start kitorang punye plan to Pendang, Kedah.. untuk ape?? actually we had special occasion there which i will tell you guy soon..  ape yang nak highlight kat sini.. the journey was awesome!! pemandangan sangat chantek and i am so excited..



sila abaikan kegemokkan yang terserlah pada wajah aku.. 

nampak tak muka aku yang over excited tu.. hahaha.. sius aku cakap lu.. super duper chantek sepanjang perjalanan dari selangor ke kedah.. walaupun highway kat sana ade dua line je.. tp environmentnya sangat2 super awesome.. 



 sebenar ni ni 1st time aku dapat jalan jauh-jauh dengan parent+ siblings aku selepas berbelas tahun terceruk di kuala selangor tu.. aku pun tak tahu kenapa lepas aku masuk sekolah, mak abah dah ta mau bawak aku jenjalan.. mungin kerana kos yang semakin meningkat atau sebab malas nak jalan jauh-jauh..


15 nov 2012
the day was started with the nasi lemak for breakfast. tapi aku tak tahu la tu nasi lemak ke ape bendanya.. macam nasi minyak tapi lauk nasik lemak.. haram jadah tak sedap... serius aku cakap. aku makan cenonet je.. tu pon sebab aku da kebulur.. 


nampak tak muka happy giler aku tu?? hahaha.. serius walaupun sebenarnya aku upset pasal lesen tu.. tapi kalau dapat berjalan aku lupa dah semuanya.. heee

  atas ni akak aku yang sulung.. along + isteri angah: kak ila

   cucu abah (anak angah) -emil

 poyo je kan aku.. hee~ actually aku rasa purple tak sesuai dengan aku.. tapi atas arahan mak yang suruh aku pakai baju ni, terpaksa laaa... da la gelap,pakai baju gelap bertambah-tambah la gelap.. -.-

 a part of my family.. ramai lagi tak ada.. harap sangat dapat amek pic family ramai-ramai.. berangan jela lebih..  

check out the other picture k..






 ha.. itu la dia gerangan si tunang uda.. hahahha.. dont ask more.. tak mau cite lebih2.. daaaa


Jumaat, 9 November 2012

sem 5,result yang hampeh..

pagi tadi aku tengok result aku.. dengan hati berdebar2 sebab aku tahu aku tak buat betul2 exam ari tu.. then resul aku hanyalah cukup2 je dan bagi aku tu tak dekan pun sebab pointer aku jatuh sangat teruk...


nak menangis pun tak berguna.. 
"kejayaan bergantung pada usaha, banyak usaha,tinggilah kejayaan kita..."
dan memandangkan usaha aku hanya sekangkang kucing.. tu la yang aku dapat.. alhamdulillah tak fail,tap result paling worst yang penah tercatat dalam rekod result aku..
tapi tak apa, belajar dari kesilapan kan.. 


emm.. nak ucap congrate kat mok sebab dapat result yang sangat2 okay.. terbang duit aku kena belanje mok kat fish mahattan market.. rabak2.. ape nak buat da janji... tak apa laaa... janji kena tunaikan.. 
btw nak ucap sekali lagi...











and...


Jumaat, 12 Oktober 2012

Rabu, 3 Oktober 2012

mungkin nanti..


mungkin nanti bila jarak memisahkan kita, kita akan jadi seperti mereka.. terpisah kerana orang ketiga.. mungkin nanti bila jarak memisahkan kita, terpisahnya jasad juga terpisahnya hati kita..
mungkin nanti bila jarak memisahkan kita, hilang perasaan yang pernah ada antara kita..
mungkin nanti bila jarak memisahkan kita.. kau akan menjauh.. dan aku mungkin hanya mampu melihat kau dari jauh tanpa mampu menggapai tanganmu..
mungkin nanti bila jarak memisahkan kita, kau hanya mampu melihat aku dari jauh tanpa dapat menggapai tanganku..
mungkin nanti bila jarak memisahkan kita, kau temui seseorang yang lebih menyayangimu dari aku dan aku hanya mampu mendoakan kau agar terus tersenyum..
atau..
mungkin nanti bila kita terpisah oleh jarak,masa dan keadaan yang mendesak..kita tak mampu pertahankan apa yang kita miliki sekarang.. perasaan yang ada.. mungkin hancur dan perlahan-lahan hilang kerana keadaan yang berbeza..
ianya mungkin.. sekadar mungkin.. 

Ahad, 16 September 2012

dinner banking yang ohsem..

tak mahu cite bebanyak.. biar gambar yang bercerita ye..














buat masa ni, gambar ni je ea.. nampak x encik abg encem berbaju melayu di atas.. siapakah dia?? my junior.. my sweet humble junior.. sangat2 baik melayan aku masa dinner ni.. <3 it.. hahaha.. i m fall in love with his attitude.. comel je.. 

Ahad, 9 September 2012

aku tertanya-tanya..

 

sampai bila aku akan terus begini?? berpura-pura seolah-olah tiada apa.. berpura-pura menjadi seorang yang kuat dan kental.. melakar senyuman yang sebenarnya penuh kepalsuan.. memendam perasaan yang penuh kesakitan.. hanya mampu menangis kerana kekecewaan yang mendalam.. tiada tempat untuk meluahkan.. tiada insan untuk disandarkan kepercayaan..  aku sudah tak kuat memendam perasaan.. mendiamkan diri seolah aku tiada perasaan.. aku di anggap beban.. dianggap menyusahkan.. tidak pernahkah terlintas difikiran,   aku juga seorang insan yang punya perasaan?? pengorbananku tidak pernah kelihatan di matanya.. mungkin benar aku tidak pernah menyumbang apa2.. tidak pernah memberi walaupun sekelumit pun. hanya sekadar menyusahkan.. hanya sekadar menyesakkan fikiran.. mungkin benar.. aku hanya si perosak suasana.. si penyesak pemikiran.. 
 kata2 kau selama ni cuma mampu aku pendam.. cuma mampu aku simpan.. aku diam tak bermakna aku mengiakan.. aku tahu kau dah muak dengan diriku.. aku sekadar teman kau meluahkan perasaan, juga insan untuk temani saat kebosanan.. dan juga teman saat kau kesukaran. 

untuk dia yang orang sayang sangat2.. 
selama ni orang sanggup buat apa aja untuk dia.. macam2 orang buat untuk dapatkan perhatian dia.. dapatkan kasih sayang dia.. tapi nampaknya orang masih bukan siapa2 pada dia.. orang sentiada bersalah pada mata dia.. semua yang orang buat,orang cakap semua salah.. semua menyakitkan hati dia.. mungkin tak kita memang tak serasi?? atau memang orang langsung tiada tempat di hati dia?? 

pernah terlintas di hati orang untuk pergi dari dia.. pergi sejauh yang mungkin.. tapi orang tak mampu.. orang tak mampu nak hidup tanpa melihat dia.. walaupun orang tahu, orang tak pernah di perlukan.. dan sejak akhir2 ni kebencian makin ketara.. dia sering marah2 orang tanpa sebab.. sampai kadang2 orang tak tahu apa salah orang.. apa silap orang sampai dia nak marah,nak herdik orang.. silap apa yang besar sangat yang orang buat kat dia??? 
hati orang terluka dengan kata2 dia.. tapi orang cuma mampu senyum dan menangis dalam hati.. kecewa??? lebih dari itu sampai tak mampu orang luahkan.. orang taknak pergi.. orang tak nak hidup tanpa dia.. tapi andai itu mampu buat dia lebih bahagia... apa yang mampu orang katakan.. hanya menangis dalam senyuman...

Sabtu, 8 September 2012

aku hanya mampu tersenyum..

.
. aku selalu berpura2 tak kisah.. sampai bila?? walaupun aku tahu yang aku hanya sandaran.. seperti baju bila mahu pakai.. tak mahu simpan..


Rabu, 25 Julai 2012

saya sayang dia..



dia yang suke perasan comel.. tapi saya tetap sayang dia.. k bye

Selasa, 17 Julai 2012

suatu ketika dahulu..

suatu ketika dahulu 
aku tersesat dalam hidup
sehingga muncul menjelma
rasa sayang kepadamu..
rupanya inilah cinta
nikmatnya baru ku rasa..
tak terbayang bagaimana 
hidup jika kau tiada..


bila duduk sorang2 macam ni teringat kali pertama aku jumpa dia kat kampus.. macam mana terkejutnya aku nampk dia kat library.. aku masa tu memang teragak2 nak tegur.. sebab takut aku salah orang.. but the end memang betul tu dia dan aku jerit nama dia kat library tu.. masa tu tak fikir malu da.. nasib baik hujan time tu so kalau jerit pun memang orang tak dengar sangat la.. aku betul2 tak sangka dia boleh ada kat kampus aku time tu.. lebih kurang macam jejak kasih la.. walaupun dalam hati masa tu da menyumpah2.. awatla mamat yang aku tak suka ni boleh ada satu kampus dengan aku.. serius aku rasa cam benci sangat.. tapi pura2 cam suka jumpa dia.. cerita ala kadar, tukar ni fon then aku blah.. mase tu aku bagi no fon celcom.. so dia tak tahu no maxis aku.. 

selepas  tu aku tak pernah jumpa lagi dengan dia..lebuh kurang sebulan lebih lepas tu aku terserempak dengan dia.. just tukar senyuman je.. aku text dia lepas tu sebab dia selalu salah text dan call aku.. so aku bagitahulah no yang dia text tu no aku.. tu la permulaan segalanya.. aku mula rapat dengan dia.. mula kenal dia lebih dekat.. macam orang kata  tak kenal maka tak cinta.. bila dah kenal, aku sedar yang dia tak la teruk sangat.. boleh dibuat kawan jugak.. dan aku seronok jadi kawan dia..


hidup aku berubah totally sejak rapat dengan dia.. aku kenal dengan ramai orang.. aku da mula ramai kawan.. kawan2 dia jadi kawan2 aku.. seronok sangat.. sebab aku rasa selama ni melaka tu membosankan sangat.. tapi sejak dia ada aku seronok.. gembira..sebab aku tak sunyi lagi.. aku selalu keluar dengan dia.. makan,jalan2.. almost everythings aku buat dengan dia.. semua kat kampus ingat aku dengan dia bercinta.. but the real things is, we just friends.. best friends maybe.. sebab bila aku sedih mesti aku cari dia.. bila aku rasa nak nangis mesti aku cari dia, dengar dia bercerita.. pastu aku okay macam biasa balik.... hebatkan dia???

dia layan aku baik sangat.. ambik aku kat kolej, pastu jalan pi dewan makan yang sebenarnya depan kolej dia.. sanggup dia jalan banyak2 kali sebab aku. sweet kan?? sweet and sour. pastu antar aku balik kolej.. baik sangat kan??? tolong aku potongkan lamb chop. teman aku makan askrim.. jalan2 kat tasik.. macam2 la.. semua aku nak dia temankan.. baik kan??? baik sangat.. 

yang paling aku tak sangka, dia bagi aku sesuatu masa ari lahir aku.. memang la aku yang mintak tapi aku bukan serius sangat pun..sebab aku tahu dia bukan ada duit pun.. tapi hadiah yang dia bagi pun sesuatu yang aku tak pernah bayangkan dia akan bagi.. sebab we just friend.. cara dia bagi pun mengejutkan aku.. dia kata nak amik beg kat bilik kejap sebab nak pergi library lepas kitorang pi makan sama2... rupa2nya beg tu isi hadiah untuk aku.. sweet sangat.. masa tu aku da memang suke kat dia.. bila dia bagi hadiah, bertambah2 la suka kan???  mana ada perempuan tak suka hadiah.. kalau bagi bunga tahi ayam pun asalkan laki yang  dia suka bagi mesti di anggap special jugakkan??

When I look into your eyes
I see your love that comforts me
Even now when I go to sleep
I wait to see you in my dreams

segalanya berubah dengan lebih drastik lagi.. berubah sangat.. dalam diam aku mula..


(malu..)



happy anniversary dear..

hey!! awak...

agak2 dia ingat tak tarikh ni?? walaupun kita tak pernah declare pape.. walaupun kita hampir2 putus minggu lepas.. at the end, we are still together.. do you what dear..
susahkan nak nak kekalkan hubungan ni.. masing2 panas.. api dengan api susah nak memahami.. still remember?? when you ask me to end our relationship, i am crying and you so mad.. 
at the end, i m so glad.. u still mine. 
i m really in love with u.. 
kita selalu ego kan..susah nak mengalah.. selalu bergaduh sebab benda kecil je.. selalu perang tak nak mengalah.. sampai la orang sendiri yang nangis.. 
macam2 da kita harung sama2.. kadang2 macam tak boleh diterima akal.. bergaduh sebab benda mangarut2 aje.. 
at least, kita masih ada antara satu sama lain.. semoga kekal sampai bila-bila.. amiin..

Isnin, 16 Julai 2012

aku, kau dan dia.. menyentuh hatiku..


aku tak tahu kenapa, movie ni meresap masuk dalam jiwa aku.. aku tak dapat bayangkan kalau aku yang berada di tempat perempuan tu.. yang hanya berhalusinasi (betul ke aku eja ni?)  
tak dapat aku bayangkan kehilangan tunang di depan mata sendiri.. orang yang kita sayang pergi di depan mata.. dan aku tak mampu untuk membuat apa-apa.. 
tetiba sedih pulak.. hahaha
aku tengok movie ni dengan en,driver hari jumaat lepas.. dia yang beria2 ajak.. then aku tengok lah dengan bersungguh-sungguhnya.. movie ni betul-betul menyentap perasaan aku.. movie ni ajar aku supaya menghargai orang yang aku sayang sebelum dia pergi.. part2 sedih je mesti en driver pandang aku..  
aku teringat perangai2 tak semenggah aku melayan en.driver. caci maki aku.. ke'demand'an aku.. mengada2 aku.. sekurang-kurangnya aku masih ada dia kat sisi aku.. sekurang-kurangnya aku masih ada dia yang sayangkan aku.. yang ambil berat pasal aku.. yang cuba sentiasa ada dengan aku.. yang selalu memenuhi permintaan aku.. 
sila abaikan muka aku yang makin tembam..

aku rasa menyesal buat perangai bukan-bukan kat en.driver. aku cari pasal.. aku marah-marah tanpa sebab.. tapi dia masih ada dengan aku.. masih sabar.. teringat peristiwa minggu lepas.. 

maaf en.driver. 
orang kadang-kadang melampau an.. terima kasih sebab selalu sabar.. terima kasih sebab sentiasa ada untuk orang.. terima kasih sebab jadi kawan. sahabat, teman yang paling setia.. terima kasih sebab selalu berkorban untuk orang.. orang akan cuba jadi terbaik untuk dia, macam dia sentiasa cuba jadi terbaik untuk orang.. 
yg sayang giler kat dia,
cik fie.....<3  .

entri kenangan: zaman persekolahan...

bila da habis sekolah ni baru rasa betapa seronoknya zaman persekolahan.. walaupun terpaksa bangun pagi2, kena pakai baju uniform setiap hari dan kalau tak siap kerja sekolah kena denda.. tapi ianya still the precious moment kan??
dolu time sekolah beria nak abis sekolah.. dah abis sekolah rindu pulak waktu sekolah.. menggelabah je cikfie ni an.. -_-
tadi mase tengah berfesbuking, aku tiba2 tergerak hati nak tengok pic kawan lama aku. jap kawan lama ke skandal time sekolah dolu2?? eh!!! bukan yang tu la.. ni kawan mase aku tadika sampai la aku darjah enam.. kawan.. kawan la kot.. hehehehe..biarlah rahsia.. bila tengok dia mesti aku ingat pasal "kite2"..


bila teringat je mesti aku rasa nak sengih sepanjang hari.. mesti semua orang lalui pengalaman macam aku.. time sekolah dulo2 cikgu ajar,jangan guna aku,kau sebab kurang ajar.. so semua akan guna saya,awak.. tapi saya awak terlalu skema.. nampak baik sangat sedangkan perangai nakal macam s****.. 
untuk mengatasi masalah yang ada, tercetusla sindrom kita2.. nak menggantikan kata nama saya. 
kita nak pinjam buku awak boleh?
awak teman kita p toilet boleh?
comel je kan???
da lapan tahun aku tinggalkan semua tu.. kenangan zaman sekolah rendah yang menyeronokkan.. masuk sekolah menengah hidup jadi lebih complicated. makin mencabar..
bila fikir balik.. walaupun aku menci3 zaman sekolah menengah aku, tapi banyak benda aku belajar masa tu..  belajar dikhianati, ditipu.. tiada kawan baik.. at least aku tahu menghargai apa yang aku ada.. aku tahu menghargai orang sekeliling aku.. aku belajar berdikari.. belajar untuk menjadi diri aku sendiri...
menjadi cikfie yang kental dan gagah.. -_-