Sabtu, 31 Disember 2011

10 perkara buruk aku nak ubah sempena tahun baru..


  1. nak bangun awal setiap hari.. bukan bermakna selama ni aku sengaja bangun lambat tau.. cuma aku selalu terlajak tidor..
  2. nak ciapkan semua assignment awal2.. harini bagi harini siap.. tapi boleh ke??
  3. nak mandi awal dan 3kali sehari.. selama ni aku memang mandi awal, pukul 3/4 petang tu kira awal la.. aku bukan taknak mandi banyak2 tapi aku ni saving orangnye..taknak la membazir air ni..
  4. nak berjimat cermat,nak simpan duit nak kawin... hehehe.. sejak akhir2 ni duit mengalir macam air je.. keluar banyak masuk takde pun. hancur harapan nak beli camera.. azam 2012,simpan duit nak beli camera.
  5. nak makan ikut waktu,dan makan tepat pada waktu.. dah taknak kena perli dengan melor lagi.. sebab hari ni makan banyak esok tak makan langsung,macam unta katanya..
  6. rajin kemas bilik hari-hari. bukan aku pemalas.. cuma... aku tak ada masa nak kemas bilik je..
  7. nak kurangkan tidor.. sebab melor cakap kalau tidor banyak nanti otak jadi lembab.. tapi masalahnya bukan aku yang nak tidor je..mata ni hah nak tidor.. nak buat cam mana
  8. nak jadi pretty lady.. sebab selama ni selalu sangat selebet je.. main sarung je kalau nak cepat.. selalu kena tegur dengan melor. lepas ni taknak sarung2,semua main butang2 boleh tak melor???
  9. nak kembangkan badan sebab asyik perut aku je kembang,badan camtu jugak..
  10. nak jadi budak baik..taknak buat masalah lagi macam selalu dan taknak buat konklusi sendiri.. 
  11. ops! terlebih sudah,...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan