Khamis, 10 November 2011

kau dan aku, seperti api dan air..

sudah hampir 9bulan aku rapat dengan melor.. dan dah hampir 4tahun aku kenal dia.. kenal je lama tapi kenal2 cam tu je la.. sekarang baru nak rapat.. bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta..
 (eh! ade kena mengena ke??)

perbualan aku dengan melor..
.......
melor: susah kalau api dengan api ni..
aku: macam dia la..
melor: orang air, dia yang api..
aku: yeke?? 
melor: yelaa.. orang penyabar, dia tu tak reti sabar..
aku: yeke?? sape yang selalu sentap..
melor: dia tu selalu cari pasal..
aku: yelah..(mengalah) T.T
...

bila fikir balik memang aku ni api la.. ngaku.. kredit to melor sebab sedarkan aku.. sebab aku memang jenis tak sabar.. memang suka cari pasal.. suka cari gaduh.. buat pape tak fikir dulu.. bila fikir2 balik kan selalu bila aku gaduh dengan melor mesti berpunca dari aku.. aku yang mulakan dulu.. ish! teruknya cikfie ni.. kecian kau melor dapat kawan cam aku.. 


aku dengan melor banyak perbezaan.. serius banyak.. aku suke kira2, dia lemah kira.. aku lemah hafal, dia teror hafal2.. macam saling melengkapi.. dia aktif waktu malam, aku aktif waktu siang.. semacam je aku ni.. hehehehe

dulu pernah jugak aku rasa yang aku dengan dia tak sesuai sangat tapi bila masa berlalu dan aku mula mengenali dia, aku rasa dia serasi dengan aku..  kadang2 tanpa kita sedar perbezaan tu yang merapatkan sesuatu hubungan kan??? bila kita lihat perbezaan tu sebenarnya disebaliknya ada persamaan.. macam aku dengan melor, kalau dilihat dari perwatakan aku dengan melor memang jauh beza.. aku tak banyak cakap sangat... dia jenis banyak cakap.. rajin cerita.. aku lebih suka mendengar.. dia friendly,aku unfriendly.. aku suka jalan2 tanpa tujuan, dia suka jalan gak tapi dengan tujuan,tapi dalam perbezaan tu aku dengan dia ada jugak persamaan, kitorang suka  warna hijau.. dia suka hijau pucuk pisang, aku suka ijau epal, yang sebenarnya warna yang sama.. 


bila direnung ditenung sambil termenung, aku dengan melor memang macam api dan air,, kadang2 aku yang jadi api dan dia jadi air.. kadang2 pulak dia jadi api dan aku jadi air.. so bila gaduh tak ada la dasyat sangat. paling dasyat pun saling balas balik.. tu melor selalu buat.. pastu mesti ada drama airmata.. nangis... okey..ngaku tu aku.. sentap sikit nangis,,kena tinggal nangis.. teruknyee.. eeewwwwww.... aku ke tu??? teruknyaa... (malu..)

tanpa api, air tak boleh masak.. tanpa air, api tak boleh padam..  api dan air saling melengkapi,saling berkaitan.. so aku dengan melor saling melengkapi dan berkaitan la?? memang tak le..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan