Jumaat, 15 Julai 2011

Bicara pada bulan.. 
      
Bulan.. aku terlalu sayangkannya..
Tidakkah dia sayang pada aku??
Kenapa hanya aku yang selalu mengalah dengan sikapnya??
Kenapa hanya aku yang memujuk diri sendiri..
Saat dia terasa hati… aku mesti cuba untuk memujuknya..
Tapi bila aku..

Aku berharap sangat dia akan menarik tangan aku dan meminta maaf.. jika kata maaf terlalu sukar.. cukuplah sekadar dia ucapkan yang dia sayangkan aku..
Tapi dia hanya lihat aku berlalu tanpa sebarang kata..
Bulan.. salahkah aku???

Salahkah aku yang terlalu menyayanginya???
Atau aku yang terlalu ego dan tak mahu mengalah?
Aku sering terluka dengan sikapnya..
Aku terbayangkan dia mengejar aku dan meminta maaf.. tapi segalanya hanya mimpi..
Aku bermimpi dalam realiti yang pahit..
Kerana terlalu menyayanginya aku sering terluka..
Tapi aku masih terus menyayanginya.. aku tak tahu sampai bila.. sehinggakan aku takut kehilangannya dan takut dia hilang dari pandangan aku..

Bulan… dia sumber kekuatan aku.. dia yang mampu buat aku tersenyum setiap masa.. dia yang membuatkan aku semangat untuk meneruskan hari esok.. dia yang memberi aku ilham saat aku hampir tersungkur..
Bulan.. tolong sampaikan padanya.. aku sayang dia.. aku tahu aku sering menyakiti hatinya.. aku tahu aku sering melukakan hatinya.. aku hanya mahu perhatiannya.. aku hanya mahu dia memahami kehendak aku..
Bulan.. aku tahu dia sayangkan aku.. tapi egonya terlalu tinggi.. tak pernah sekalipun dia mengaku di depan aku yang dia benar2 perlukan aku dalam hidupnya… tak pernah sekalipun dia memujuk aku.. hanya aku yang mengalah dengan sikapnya..
Tak pernah sekalipun aku benar2 memarahinya.. sekadar merajuk hati dan akhirnya aku sendiri yang mengalah.. 

Masih tak nampak di matanya yang aku benar2 menyayanginya.. masih tak sedar di hatinya yang aku mula menyintainya.. aku yang sering mengalah… sehingga aku yang terluka parah..dan hanya aku yang merawat kelukaan itu.. dia sekadar membiarkan tanpa sebarang usaha merawati hatiku..
Bulan.. tak bermaknakah aku padanya?? Tak sayangkah dia pada aku???

Bulan.. andai aku mahu pergi.. bolehkah aku pergi jauh darinya??? Mampukah aku menahan kerinduan aku padanya??? Mampukah aku menahan diri aku dari melihat wajahnya???
Bulan.. tolongla aku.. aku bukannya patung yang tiada perasaan. Tak selamanya aku mampu bertahan.. ak u cuma manusia biasa.. punya hati yang terlalu rapuh.. mudah terguris dan luka.. luka yang tiada siapa tahu… luka yang aku rawat dengan sendirinya.. luka yang akan bernanah bila2 masa..

Bulan.. tolong katakan padanya… aku Cuma manusia biasa.. yang memerlukan dirinya.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan