Isnin, 13 Jun 2011

twinkle twinkle little star..


Malam bulan dipagar bintang
Makin indah jika dipandang
Bagai gadis beri senyuman

Pada bujang idaman

Duhai kasih ingin dimanja
Dengan cumbuan mesra
Untuk pelipur lara
Penawar dik asmara

Mmm.. mmm...
Mmm.. mmm...

Malam bulan dipagar bintang
Tambah seri cuaca malam
Murni sungguh ciptaan Tuhan
Bulan bintang lampu alam

Andai kata bintang menyepi
Bulan tidak berseri
Malam menjadi sunyi
Tidak berseri lagi

bintang.. siapa yang tak suka bintang... 12 jun 2011, aku tolong mira buat bintang untuk birthday adik dia.. teringat seseorang yang suka bintang.. he has his own star.. konon2 bintang tu dia punya la... dia pernah tunjukkan bintang tu dulu.. bintang yang paling cerah kat angkasa.. nama bintang tu sirius.. dah macam nama pakcik harry potter je.. sirius black..
tiba2 rasa nak ada bintang sendiri jugak.. yeah! angan2 lagi... malam2 tengok bintang dengan orang yang aku sayang.. diterangi cahaya bulan.. romantiknya.. ^_^
okey.. stop cikfie dengan angan2 mu itu..
bila buat bintang kertas ni terasa macam nak buat banyak2 dan bagi kat seseorang yang aku suka.. tulis somethings kat kertas tu pastu buat bintang.. bagi kat si dia, suruh dia bukak bintang tu sehari satu.. sooooo romantik...
tapi kalau ada yang nak bagi bintang2 tu kat aku lagi best kan.. tapi angan2 jela.. siapalah nak aku kan.. miss selebet + selekeh.. sentiasa nak cepat.. men sarung je segala apa yang ada.. tak reti nak melawa sangat.. kecian siapa yang dapat aku nanti.. 
" tak apa ye abang, ti dah keje sayang belajar mekap ye.. " hahahhahahah..
aku harap sangat.. suatu hari nanti ada yang bagi bintang2 yang dia buat sendiri untuk aku.. emm.. mimpilah cikfie... 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan