Selasa, 28 Jun 2011

more i learn more i love..

“Kadang2 kita tak hargai cinta, kenapa??
Sebab kita belum merasai kehilangan dia..
Kadang2 kita merasai cinta dia tapi masih tak percaya, kenapa??
Sebab kita selalu fikir negative tentang dia..
Kadang2 kita tak sedar hati betul2 menyintai dia, kenapa??
Sebab kita tunjuk ego taknak mengalah..        
Tapi.. bila tangan yang selalu kita genggam berada dalam genggaman orang lain..
Apa perasaan kita masa tu???”
Aku tak mampu bayangkan jika tangan yang selalu aku genggam tu akan berada dalam genggaman orang lain.. aku tak mampu bayangkan dia yang selalu tersenyum tu akan bagi senyumannya pada orang lain. Aku tak mampu bayangkan hati dia yang aku sayang diberikan pada orang lain dan orang tu bukan aku..
Aku tak mampu bayangkan jika suatu hari nanti dia dah tiada lagi di sisi aku.. dia yang sentiasa mampu buat aku tersenyum.. dia yang aku sayang tanpa aku tahu kenapa.. dia yang terlalu istimewa pada pandangan mata aku.. aku hanya perlu melihatnya dan dengan mudah aku tersenyum bahagia.. tak perlu kata2.. dia yang sentiasa aku harap berada di sisi aku..

Jika suatu hari nanti takdir memisahkan aku dengan dia, mampukah aku hidup seperti sebelum aku bersama dengannya???? Jika suatu hari nanti aku dengannya terpisah jauh sehingga tak mampu bersua muka, masih mampukah aku ketawa bahagia??? Andai suatu hari nanti takdir menentukan dia bukan untukku.. mampukah aku melihat dia bersama insan lain??mampukah aku hidup seperti biasa???

Dia yang terlalu istimewa.. dia yang selalu buat aku tersenyum bahagia.. dia yang penuh dengan pelbagai cerita.. dan aku adalah pendengarnya yang setia.. dia yang selalu memberi semangat saat aku hampir tersungkur jatuh.. dia yang selalu temani aku saat aku kesorangan.. dia yang hadir saat aku memerlukan.. dia… hanya dia.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan