Jumaat, 25 Mac 2011

to my future husband..

saya tak tahu siapa awak, di mana kita berjumpa dan berkenalan, mengapa dan bagaimana kita jatuh cinta, dan bila kita akan berkahwin. saya juga tak tahu siapa nama awak, berapa umur awak, awak kerja di mana dan bagaimana rupa awak.. tak kisahla semua tu.. saya cuma harap awak berkahwin dengan saya bukan kerana siapa saya.. tapi kerana diri saya. saya tak cantik, saya tak menarik dan saya juga tak kaya.. saya harap awak akan cintai saya seadanya. selagi awak mencintai saya selagi itu saya akan cuba mencintai awak. kalau awak pandai ambil hati saya.. sudah pasti dengan mudahnya saya akan mencintai awak.. di sini saya senaraikan syarat2 untuk berkahwin dengan saya:
  1. selalulah bagi bunga dan coklat kepada saya sewaktu kita sedang bercinta.. (kalau bagi hadiah lagi bagus)


2. bagi hadiah cincin belian di hari pertunangan kita beserta separuh daripada wang hantaran sebanyak RM25000 ( duit hantaran RM50000)

3. sepanjang bertunang kita tak boleh selalu berjumpa tapi saya nak hari2 awak call saya dan bagi saya coklat..

4. saya nak awak merealisasikan dream wedding saya. klik ni..

5. jangan lupa bagi hadiah perkahwinan iaitu sebijik kereta mini cooper berwarna hijau dan sebuah rumah empat bilik dan semuanya atas nama saya.. ( sebagai jaminan masa depan)


6. saya nak kita ambil gambar kahwin kat tepi pantai, dalam hutan, kat air terjun.dan lain2.. semuanya saya nak ada dalam 5album.. 

7. bawak saya honeymoon kat langkawi, tioman dan sabah..

8. sediakan satu akaun atas nama saya dan setiap nafkah untuk saya yang berbentuk tunai perlu di bank inkan di dalam akaun tersebut. dan awak tidak berhak menuntut apa2 dari akaun tersebut.
9. saya izinkan awak untuk curang atau berkahwin dengan wanita lain tapi dengan syarat wanita itu mesti lebih lawa atau sama lawa seperti preety zinta atau salma hayek.. jika tidak tolong lupakan angan2 awak untuk curang terhadap saya..


10. akhir sekali.. saya nak awak cintai saya sampai akhir hayat saya.. walau bagaimana pun keadaan saya nanti... saya harap awak akan kongsi segala susah payah awak bersama saya.. 
saya harap awak akan sabar dengan semua kerenah saya... dan berusaha untuk tunaikan semua permintaan saya ni.. semuanya hanya jika awak benar2 cintakan saya.. jika tak.. awak boleh cari perempuan lain.. sebab awak tak cintakan seya sepenuh hati awak.. -_-

p/s: untung kalau ada yang sanggup tunaikan permintaan aku ni.. 


2 ulasan:

  1. hahaha, lawak lahh.
    mak aii btuah sungguh la kalau ade org yang sanggup nehh ^___^

    BalasPadam
  2. untunglaaa kalau ade laki sggup bt cmni kan fatin.. ^_^

    BalasPadam