Sabtu, 19 Februari 2011

zaman dulu2..


bila ingat balik zaman sekolah dulu zaman paling best.. bebas bermain tanpa fikir apa2 pun.. enjoy hidup.. flirt around.. kawan dengan semua orang tanpa terikat dengan apa2.. main..main..dan main.. tak payah risau terlambat bangun pagi sebab kompem mak akan kejutkan bangun pagi.. tak payah risau mandi air sejuk sebab mak akan masakkan air panas untuk kita mandi.. tak payah risau nak sarapan apa sebab mak dah ciapkan sarapan atas meja.. tak payah fikir bila nak basuh baju sebab mak akan basuhkan baju untuk kita.. tak payah fikir tertinggal bas sebab abah akan hantar kita sampai depan sekolah dengan selamatnya.. tak payah fikir nak jimat duit,ikat perut sebab bila nak pakai duit je mak abah akan bagi dengan mudahnya.. balik sekolah of coz makanan da terhidang atas meja..
hidup senang sewaktu di rumah buat aku kekok berada di bumi londurian ni.. teringat aku masa mula2 nak datang ke londurian.. mak berulang kali bertanya inikah yang aku mahukan?? tak menyesalkah aku dengan keputusan aku ni???
"maaf mak sebab adeq tukar fikiran saat2 akhir.. sepatutnya adeq teman mak abah kat umah.."

mengikut perancangan aku sepatutnya masuk form6 ikut jejak langkah akak aku tapi aku tak tahu kenapa aku nak keluar dari rumah.. pergi jauh dari sekolah yang banyak menyimpan kenangan manis dan pahit dalam hidup aku..
 dan akhirnya aku terdampar di bumi londurian ini..
bumi londurian mengajar aku berdiri atas kaki aku sendiri. bangun sendiri..cari makanan sendiri..basuh baju sendiri,kemas katil sendiri..lipat baju sendiri.. semua2 sendiri.. semester satu yang menyebabkan banyak airmata aku tumpah kerana kepayahan hidup di kejauhan... selalu menangis malam2.. untung katil atas tak ada siapa tahu aku menangis malam2.. ^_^
hari2 aku di bumi londurian bermula dengan minggu destini siswa yang sememangnya mengazabkan..  aku rasa da give up masa tu.. without a friend hidup aku kosong giler2.. hari2 telepon mak.. tapi ego tak cakap nak balik.. asyik pujuk mak datang.. setiap kali telepon mak mesti cover suara sebab tak nak air mata meleleh..nanti orang nampak..(tahu pulak malu)
berkenalan dengan roomate yang aku sangka sombong pada mulanya menyebabkan hidup aku tak tentu arah.. bak kata orang don't judge a book by it's cover.. pernilaian pertama aku langsung tak boleh pakai..diorang the best roommate i ever had.. aku sayang roommate aku ketat2..
 kemudian aku berkenalan dengan levelmate yang aku sangka perangai entah ape2.. nak buat macam mana aku memang suka menilai ikut suka hati aku je.. but i realize that they are the best level mate i ever had to..
classmate aku pun semua ok2 je.. love them.. walaupun diorang ni macam poyo2 sikit tapi ok la.. but my schoolmate are the best..
semester dua buat aku jadi lebih matang..(matang ke?) dah tak ada menangis2 lagi ye..
cuma bila tengok orang lain balik mesti aku terasa sangat2.. nak balik jugak tapi keadaan tak mengizinkan aku.. tak apa.. sabar.. bulan empat tak lama lagi.. yeah! cik fie kan kuat tabah.. kan3???
sebenarnya aku rindu kat mak dan abah.. rindu nak makan masakan mak.. kehidupan kat sini buat masa makan aku tak menentu.. memang menyebabkan penyakit aku makin teruk tapi apa yang mampu aku lakukan??? balik kelas kadang2 makanan da habis.. terpaksalah ikat perut,makan megi.. kalau dah azab lapar sangat terpaksalah makan kat kafe yang giler2 mahal tu..
kehidupan di kampus tak semanis yang aku sangka.. aku rindu zaman sekolah.. aku rindu nak tidor dengan mak aku.. bila demam mesti mak jaga aku sepenuh perhatian.. selsema sikit mak da risau.. teringat masa aku demam dulu.. dengan macam2 benda yang tak sepatutnya aku nampak,mak sabar melayan kata2 karut aku.. abah sanggup pergi pasar semata2 nak belikan aku ayam percik.. teringat masa bulan puasa,hari2 aku nak air soya.. sanggup abah pergi bazar hari2 semata2 nak tunaikan permintaan aku.. sebanyak mana pun duit aku nak mak abah cuba tunaikan..


bila aku menangis masa mula2 berada di londurian tiap2 minggu mak abah datang.. jenguk aku.. penuhi semua keperluan aku.. sanggup berhabis duit untuk minyak kereta dan tol.. besarnya pengorbanan mak dan abah untuk aku.. dan setiap kali cuti panjang dan aku ingin pulang,mak abah akan susah payah kumpul duit untuk jadikan tambang mengambil aku..
tapi mak abah sekarang tak payah risau ye.. adeq da besar.. adeq boleh jaga diri sendiri.. adeq boleh balik naik bas sendiri..
untuk kak billah..
terima kasih sebab selalu mengalah demi adeq.. aku selau berkeras nak mak abah hantar aku bila nak balik londurian dan menyebabkan akak aku ni kena hantar dengan akak2 aku yang lain.. maaf sebab adeq tak pernah nak mengalah dan biar mak abah hantar akak sebab adeq tak nak orang lain hantar adeq.. adeq cuma nak mak abah je.
ye.. aku sangat meannoyingkan... aku ngaku tu.. aku cuma nak mak abah yang pergi dari aku.. aku tak nak pergi dari mak abah.. sebab nanti aku nangis..hahahaha..
untung aku ada akak yang memahami aku.. syukur sangat..
walaupun da masuk semester dua.. tapi aku masih kekok berada di bumi londurian ni.. jauh dari orang2 yang aku sayang termasukla encik kio,papanda dan juga encik ramah tamah.. ^_^
tapi takpe.. tahun depan aku da habis diploma.. boleh duduk shah alam pulak... yeah!!!!! bestnye... tak sabar nak habis diploma..tapi kena usaha kuat jugak sebab aku baru semester dua.. ada empat semester lagi yang aku kena tempuh.. wish me luck..^_^

p/s: teringin nak makan asam pedas kepala besar yang mak masak..T_T 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan