Ahad, 16 Januari 2011

aku terpesona.

16january 2011

Ini bermakna sudah 9hari aku kenal dengan encik ramah tamah. Tapi seolah-olah telah lama aku mengenali dia.. caranya berkata-kata buat aku terpesona..
Layanannya buat aku tak berdaya.. aku makin jauh cinta.. tidak!!!!!!!!!!!!!!! 
seriously, aku mula jatuh hati pada dia.. encik ramah tamah mulai memasang angan-angan dengan aku.. bahagianya jika dibayangkan.. chop!! aku mula berangan lagi.. kalau encik ramah tamah ada mesti dia potong line aku nak berangan-angan ni.. hehe
malam tadi dia ada kata syarat dia pada aku kalau aku dah jadi awek dia.. 
  1. aku mesti jujur pada dia
  2. ..
  3. kalau ada skandal mesti bagitahu dia.. kenalkan skandal tu pada dia (nanti dia p jepun boleh la aku ade skandal ea?)
  4. paham dia walau apa jua keadaan
  5. kalau ada apa-apa masalah mesti dia orang pertama yang tahu.. (aku paling suka ni,nampak macam loving sangat)
ada 7 syarat tapi aku ni pelupa la.. kecian encik ramah tamah penat membebel malam tadi.. hari ni aku da lupa.. tapi aku betul-betul jatuh cinta pada dia.. cara dia buat aku jatuh hati.. ish! kenapa aku rasa macam dalam awang-awangan ni?? tteett!!! hehe.. paham-paham sudah..
 
p/s: aku rasa macam nak ikut encik ramah tamah p jepun je.. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan