Sabtu, 31 Disember 2011

10 perkara buruk aku nak ubah sempena tahun baru..


  1. nak bangun awal setiap hari.. bukan bermakna selama ni aku sengaja bangun lambat tau.. cuma aku selalu terlajak tidor..
  2. nak ciapkan semua assignment awal2.. harini bagi harini siap.. tapi boleh ke??
  3. nak mandi awal dan 3kali sehari.. selama ni aku memang mandi awal, pukul 3/4 petang tu kira awal la.. aku bukan taknak mandi banyak2 tapi aku ni saving orangnye..taknak la membazir air ni..
  4. nak berjimat cermat,nak simpan duit nak kawin... hehehe.. sejak akhir2 ni duit mengalir macam air je.. keluar banyak masuk takde pun. hancur harapan nak beli camera.. azam 2012,simpan duit nak beli camera.
  5. nak makan ikut waktu,dan makan tepat pada waktu.. dah taknak kena perli dengan melor lagi.. sebab hari ni makan banyak esok tak makan langsung,macam unta katanya..
  6. rajin kemas bilik hari-hari. bukan aku pemalas.. cuma... aku tak ada masa nak kemas bilik je..
  7. nak kurangkan tidor.. sebab melor cakap kalau tidor banyak nanti otak jadi lembab.. tapi masalahnya bukan aku yang nak tidor je..mata ni hah nak tidor.. nak buat cam mana
  8. nak jadi pretty lady.. sebab selama ni selalu sangat selebet je.. main sarung je kalau nak cepat.. selalu kena tegur dengan melor. lepas ni taknak sarung2,semua main butang2 boleh tak melor???
  9. nak kembangkan badan sebab asyik perut aku je kembang,badan camtu jugak..
  10. nak jadi budak baik..taknak buat masalah lagi macam selalu dan taknak buat konklusi sendiri.. 
  11. ops! terlebih sudah,...

Jumaat, 30 Disember 2011

terkena mandrem..


semua dia nak aku ikut je.. ish! asal la aku ni lemah sgt.. -_- 
soh itu,ini semua aku buat. kenapa ea aku ni?? tak ikut nanti rasa serba salah menggunung pulak. aish! benci betul.. sah la aku da terkena guna2..terkena buatan orang.. guna2sayang?? emm.. redhakan jela..

Khamis, 29 Disember 2011

selamat tinggal 2011


2011 hampir berlalu, 2012 pula akan datang menyusul.. meninggalkan banyak kenangan sepanjang tahun 2011. Umur juga makin bertambah. Aku masih tak percaya yang tak lama lagi umur aku akan menjangkau angka 20.. cepatnya masa berlalu. Seolah2 baru semalam aku mula bersekolah, baru semalam aku mengambil result pmr sambil menangis, baru semalam aku abis menduduki spm dan seolah baru semalam aku berjumpa dengan dia.. cepatnya masa berlalu.. tak lama lagi hubungan aku dengannya akan menjangkau satu tahun. Dan memasuki lima tahun aku mengenalinya..

          Orang dolu-dolu pernah kata, tak kenal maka tak cinta.. bila aku semakin mengenali dia, semakin mendekati dia, aku mula rasa yang aku makin serasi dengan dia.. dan dia pula semakin mengenali diri aku.. perangai aku.. keburukan aku..  and every time we had a hard time together, aku akan tengok mesej-mesej dia terdahulu. Dan i m realise how lucky i m because i have him in my life.. bak kata orang dolu-dolu jugak, jangan benci seseorang terlalu sangat, kelak kita akan menyayanginya.. yup! I m admit it.. benda tu betul.. jangan terlalu membenci seseorang kelak kita akan menyayanginya..


          How much i love him??? Too much.. sampai kadang2 aku rasa aku sayang dia lebih dari diri aku.. dan aku bukan aku bila aku dengan dia.. aku tak boleh kawal diri aku sendiri... cinta memang macam tu ke??? Bak kata kawan aku, bila bercinta kentut pun wangi.. entahla.. aku tak tahu sampai bila perasaan ini bertahan.. tapi aku harap sangat  dia ditakdirkan untuk aku.. dan perasaan ini kan kekal sampai bila-bila...

          Aku tak sabar nak sambut 1year anniversary.. cam kelakar je.. dah la tak declare, tiba2 nak sambut anniversary.. ahh! Peduli apa aku, janji aku suke dia.. aku sayang dia.. walaupun aku tahu aku tengah berkongsi dia dengan seseorang.. seseorang yang aku sendiri tak tahu siapa..  aku tahu dia sayangkan aku.. tapi aku tak tahu sayang yang bagaimana.. seperti apa.. aku Cuma harap, 1hari nanti dia sedar aku terlalu sayangkan dia.. hanya dia yang ada dalam hati aku..dan aku harap dia akan balas perasaan aku dengan meletakkan aku seorang sahaja dalam hatinya.. alamak.. sedih pulak tiba-tiba kan?? Jangan nangis.. akukan a very strong lady.. kan????? Aku akan tunggu dia selagi aku mampu.dan aku akan terus berdoa, hanya aku yang ada dalam hatinya... aminn... 

Sabtu, 17 Disember 2011

Isnin, 14 November 2011

saya dah besar..

sekejap je masa berlalu dan tak lama lagi semester baru akan bermula.. believe it or not, aku da...


dah betul2 jadi senior ni.. rasa tak sabar nak mula semester baru.. agak2 ada lagi tak yang sangka aku budak part1?? wondering..~
sekarang dah boleh membuli junior.. siaplah junior2 sekalian.. anda akan dibuli oleh cikfie yang baik serta lemah lembut ni.. ops! terpuji diri sendiri pulak.. >.<
tapi sayangnya aku bukan jenis macam tu.. lantak la korang nak buat apa junior2 sekalian.. i dont care.. asalkan korang tak kacau hidup aku dan tak ganggu sosialiti aku cukup la.. sosialiti??? tak kisahla..
for next sem, ada budak part3 mintak aku jadi tutor dia.. macam kelakar je.. suruh aku jadi tutor, memang taklah.. i m not good in teaching others.. karang jadi ajaran sesat lagi susah pulak.. takkan sebab result tak seberapa tu nak aku mengajar dorang?? nonsense la..  i m just a student not a teacher.. macam mana nak ajar dorang ni???? pusing2..
for this semester, aku dah janji dengan melor nak belikan something for him.. lagipun dia punya result is better than before.. rasa bangga la jugak sebab he is my lovely friend.. 

aku pun ada ajar dia jugak tau.. so kira nya adalah gak usaha aku di situ.. bangga teman ni ha.. ^_^
rasa tak sabar nak mula semester baru.. nak ajar melor sampai dapat dekan.. kalau dapat, boleh p dinner for dean list together.. ish! tak sabar betul.. mesti seronok kalau dia ada masa dinner tu nanti.. wah.. aku dah sempat berangan ni.. ish..malu.. >.<


okay fie stop it.. untuk semester baru ni aku harap sangat aku boleh dapat paham semua course yang aku kena bawak.. ada law pulak.. masak aku kena mengafal je.. macam mana ea nak teror bab hafal mengafal ni??? thinking~


so far ada tiga lagi.. sabar2.. tak lama lagi dah boleh kawin.. eh2 salah dah boleh grad.. ^_^ 
lepastu kena fikir nak sambung degree plak.. tapi bukan sepatutnya dari sekarang ke aku fikir degree nanti nak sambung apa?? aduhai.. pening2.. sapa nak tolong aku ni.. 


emm... malas nak pikir.. nak ronggeng2 dulu.. 


jom ronggeng2 melor. 




Ahad, 13 November 2011

kontes: candid time contest

kontest lagi.. kali ni di organize oleh cik muna..


da letak banner, sekarang kena pilih gambar pulak.. 

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

xtau nk tag sape.. sebab tak ramai follower.. nak tag semua boleh x tak?? boleh la ye cik muna yang comel..


Jumaat, 11 November 2011

jangan kau pergi.. tinggalku sendiri..


 dia  pergi da.. emm.. tinggal aku sorang2... xsuke2.. nanti rindu macam mane??? malaysia da maju takkan tempat tu tak ada line hp jgk???
 aku da cakap da.. aku lolak punya bila dia tak ada.. bukan tak biasa.. bukan tak tahu.. ish! tak suke..


tak sampai sehari aku da lolak.. pikir dia semendang.. aku pun tak tahu nak kabo macam mana.. sunyi je rasa dunia aku... matahari terang benderang pun aku rasa cam mendung.. aku rindu dia.. rindu sangat2.. 

selama ni aku tak pernah jauh dari dia.. paling jauh pun masa dia pergi johor dulu, tapi aku leh lagi contact,leh agi mesej2.. leh gayut kat tepon.. ni nak gayut tang mana??? ni la pasalnya aku tak kasi dia pi jauh2..  


aku paham la dia minat mancing. tapi sampai ceruk utan sana watpe??? duk la dekat2 ni kan bagus.. senang hati aku.. nak mancing sangat, p parit depan umah aku ni hah.. ada ikan jugak.. umah da tepi sungai pun nak p tempat lain gak mancing.. tak paham aku..

aku tak tahu macam mana nak teruskan kehidupan sepanjang tiga hari ni... tak sampai sehari pun aku da rindu-rinduan.. makan tak lena, tidor tak basah,mandi tak kenyang... semua tak kena.. aku merinduinya.... emmmm

eh!kau! aku rindu kau tahu tak?????? aku rindu kau sangat2... cepatla balik.. aku nak giler da ni pikirkan kau 24jam.. 






emm...





baliklaaaa cepat...


Khamis, 10 November 2011

kau dan aku, seperti api dan air..

sudah hampir 9bulan aku rapat dengan melor.. dan dah hampir 4tahun aku kenal dia.. kenal je lama tapi kenal2 cam tu je la.. sekarang baru nak rapat.. bak kata pepatah tak kenal maka tak cinta..
 (eh! ade kena mengena ke??)

perbualan aku dengan melor..
.......
melor: susah kalau api dengan api ni..
aku: macam dia la..
melor: orang air, dia yang api..
aku: yeke?? 
melor: yelaa.. orang penyabar, dia tu tak reti sabar..
aku: yeke?? sape yang selalu sentap..
melor: dia tu selalu cari pasal..
aku: yelah..(mengalah) T.T
...

bila fikir balik memang aku ni api la.. ngaku.. kredit to melor sebab sedarkan aku.. sebab aku memang jenis tak sabar.. memang suka cari pasal.. suka cari gaduh.. buat pape tak fikir dulu.. bila fikir2 balik kan selalu bila aku gaduh dengan melor mesti berpunca dari aku.. aku yang mulakan dulu.. ish! teruknya cikfie ni.. kecian kau melor dapat kawan cam aku.. 


aku dengan melor banyak perbezaan.. serius banyak.. aku suke kira2, dia lemah kira.. aku lemah hafal, dia teror hafal2.. macam saling melengkapi.. dia aktif waktu malam, aku aktif waktu siang.. semacam je aku ni.. hehehehe

dulu pernah jugak aku rasa yang aku dengan dia tak sesuai sangat tapi bila masa berlalu dan aku mula mengenali dia, aku rasa dia serasi dengan aku..  kadang2 tanpa kita sedar perbezaan tu yang merapatkan sesuatu hubungan kan??? bila kita lihat perbezaan tu sebenarnya disebaliknya ada persamaan.. macam aku dengan melor, kalau dilihat dari perwatakan aku dengan melor memang jauh beza.. aku tak banyak cakap sangat... dia jenis banyak cakap.. rajin cerita.. aku lebih suka mendengar.. dia friendly,aku unfriendly.. aku suka jalan2 tanpa tujuan, dia suka jalan gak tapi dengan tujuan,tapi dalam perbezaan tu aku dengan dia ada jugak persamaan, kitorang suka  warna hijau.. dia suka hijau pucuk pisang, aku suka ijau epal, yang sebenarnya warna yang sama.. 


bila direnung ditenung sambil termenung, aku dengan melor memang macam api dan air,, kadang2 aku yang jadi api dan dia jadi air.. kadang2 pulak dia jadi api dan aku jadi air.. so bila gaduh tak ada la dasyat sangat. paling dasyat pun saling balas balik.. tu melor selalu buat.. pastu mesti ada drama airmata.. nangis... okey..ngaku tu aku.. sentap sikit nangis,,kena tinggal nangis.. teruknyee.. eeewwwwww.... aku ke tu??? teruknyaa... (malu..)

tanpa api, air tak boleh masak.. tanpa air, api tak boleh padam..  api dan air saling melengkapi,saling berkaitan.. so aku dengan melor saling melengkapi dan berkaitan la?? memang tak le..


Selasa, 8 November 2011

entri sentap: aku dah gemok????

tadi tengah aku sibuk bukak kotak coklat bar akak aku tegur..

kakbilla: macam mana tak gemok asyik makan je.. makan sorang pulak tu
aku: sibuk je..
kakbilla: asyik makan je.. sorokkan pulak tu..

okay tu dusta.. mana ada aku sorokkan.. ade je atas meja tu.. sekotak besar.. aku amik satu je pon.. kecoh...

bukan kakbilla je cakap aku gemok.. melor pon sama..

aku: da gemok.. tembam..asyik tidor je..
melor: mana ada. orang maintain k..dia la gemok.. tembam.. orang gemok kat badan, dia gemok kat pipi dengan perut je..
aku: mana ada.. orang buncit je..
melor: gemok.. tak ngaku..gemok kat perut.. perut je yang naik dengan pipi.. semua lemak pergi kat perut dengan pipi.. entah apa2 ntah..
aku: (nak sentap da) kalau gemok napa?? tak sayang orang da??
melor: emm...emmm...
aku: tol ke tak sayang orang?? emm.. takpela..
melor: sayangla..

nasib baik sayang..kalau tak siap kau aku bunuh!!!! melor cakap dia tak suka aku gemok.. tapi kenapa?? why?? why?? gemok adalah impian aku.. eceh! adeke orang impiannya nak gemok?? thinking~

semua tak kena.. kurus salah..gemok salah.. kau nak cam mana ni melor?? ish! kompius eden ni hah.. eden kurus sangat ekau komplain.. eden gemok pon ekau komplain.. dah tu macam mano ni hah??? cubo ekau bagitao eden macam mano ekau nak... 

tapi biarlah aku gemok ke tembam ke.. janji aku bahagia.. tak gitu?? tembam tu kan comel.. so aku comel macam ni la an..


maksudnya aku comel kan?? okay.. melor.. kau jeleskan tengok aku comel.. tau.. ngaku jela.. :P

contest gambar cool

da lama kan aku tak join kontes kat blog.. update pon da kurang.. mase tengah sibuk2 selongkar blog  orang aku jumpe kontest ni.. (klik untuk join.)


kontes ni di organise oleh cik amni..

sebab pertama aku nak masuk kontes ni sebab tak payah tag2 orang.. kedua sebab melibatkan gambar.. suka3..

tapi masalahnya aku tak cool.. dan aku tak tahu cool tu camne?? tapi join je la.. bolehkan cik amni??? 

aku pertaruhkan gambar ni..




cik amni pilihlah mana satu ye.. semuanya original.. tiada edit mengedit (tak reti edit)

lastly. maceh cik amni sebab buat kontes ni.. lain kali buat lagi.. ^_^

p/s: suke kontes gambar.. :P

Sabtu, 5 November 2011

dream wedding 2..

my dream wedding two..
perbualan aku dengan dia..

aku: nanti nak warna ijau tau.. buat kat rumah..
dia: dia nak buat kat rumah buatlah.. orang nak kat hotel..
aku: taknak,dia buat kat rumah jugak..
dia: kenapa??
aku: nanti nak naik bot susah (umah dia tepi sungai)
dia: hahahaha.. nanti2 kan boleh..
aku: taknak, nak pakai baju kawin naik bot
dia: nikah atas bot sekali la
aku: okay gak tu.. idea yg bagus.. naik bot dari rumah sg.besar sampai umah dia..
dia: jauhla..mana boleh
aku: kan kalau naik kereta 1jam je.. kalau naik bot mesti satu jam jugak
dia: tiga jam la.. nak kena belok sana belok sini..
aku: napa pulak.. dekat laa
dia: yelah.. suke hati la..


nampak tak yang dia mesti ikut cakap aku kan?? nampak tak queen control kat situ.. belom pape da kawal segalanya.. tak baik cikfie ni.. hahahaha..  dah sayang mestilah ikut cakap an????? aku ikut cakap dia. dia ikut kata aku.. fair and square an??? kejam sungguh!!! itu penambahan untuk wedding aku yang entah bila akan berlangsungnya..  yang lain masih kekal..masih nak kawin pakai dress warna hijau.. cuma kat rumah dia special sikit sebab naik bot.. 

menggila tiba2 nak kawin atas boat.. lagipun ianya terlalu jauh untuk difikirkan buat masa sekarang ni.. aku nak kejar cita2 aku yang tak pasti lagi apa.. yang pasti aku nak belajar sampai PhD.. sanggup ke dia tunggu aku???? entahla... biar masa menentukan.. ada jodoh ada laa.. kalau da tak ada tu nak paksa macam mana pun tak boleh.. 
lawak pulak bila pikir cita2 sal kawin ni.. kerje pun tak.. duit pun tak ada.. gatal nak kawin..tapi cikfie memang gatal kan3??
tak kisah la apa2 pun.. asalkan aku gembira, bahagia.. moh senyum ramai2..


alamak! buruknye korang senyum.. senyum jangan nampak gigi okay kot... senyum semula..


okay.. kan comel..  semoga hari2 kita bahagia seperti sang mentari an.. yang sentiasa cerah.. kerana  bahagia.. lalalalalala


Jumaat, 4 November 2011

he the reason i'm smile

siapa sangka dulu budak yang selalu nangis nak balik ni akhirnya akan masuk semester 4 pulak.. teruje nak abiskan diploma.. thankz for him yg selalu ada untuk aku.. dia yang buat aku jadi lebih kuat sebab aku tahu aku tak sorang2 lagi.. dia yang selalu buat aku senyum bila aku sedih sentap akan sesuatu.. dia yang selalu bagi semangat bila aku jatuh.. 


thankz kat family aku jgk sebab selalu bg sokongan terutama menjadi bank bergerak untuk aku.. hahahahahha.. aku suke guna duit banyak2 but this sem kena jimat sebab nak guna duit for something else.. ape?? biarlah rahsia..

hari ni result kua.. penat aku dok call melor tak angkat2.. angin je aku + risau sebab takut jadi pape kat dia nasib baik okay an.. ha? sayang betul aku kat melor??? memang la.. kalau dia tak ada, tak ada lah aku kat uitm tu.. aku da pi amik nursing.. tapi dia reason aku stay kat melaka.. sayang nak pisah dengan dia.. sebab aku nak ada dengan dia macam dia selalu ada untuk aku..


dia yang selalu buat aku tersenyum.. ketawa. marah.. menangis.. macam2 la.. thankz melor.. untuk semuanya.. sayang kau sangat2..

aku nak cuba tunaikan semua yang dia nak macam dia selalu tunaikan apa yang aku nak.. 

result oohh result..


selamat sudah..result okey2 je.. alhamdulillah.. segalanya mengikut perancangan..


  risau pasal result melor pulak.. harap2 okey.. taknak pikir negatif.. nanti aku yang sedih..

Ahad, 9 Oktober 2011

yeah!!! merdeka!!!

hari ni sah uitm di tutup bagi semua kursus diploma.. untuk sem ni je ye.. bukan untuk selamanya.. dengan ini juga cikfie mengistiharkan merdeka! merdeka! merdeka!!!!! huhuhu



tamat sudah semester ketiga aku.. ada tiga sem lagi..mampukah aku mengekalkan kejuaraan.. eh2 bukan kedekanan.. 


untuk sem4 nanti, insya-allah aku akan duduk luar.. takkan duduk kolej lagi.. untuk itu selamat tinggal dang anum 'tercinta'.. alamak! cinta ke?? akhirnya aku memilih untuk berdikari.. ke beli kari?? whatever.. yang ye nye senang aku nak merayap malam2 nanti.. hahahahaha.. siot je cikfie kan3??? 
stop..malas cite bebanyak.. ni pun pinjam orang punye line internet.. lappy pinjam.. internet pinjam.. apa yang aku ada?? lappy pon da gadai.. tak ada duit nak balik ari tu.. bapak kecian.. T.T

Sabtu, 17 September 2011

takut..

i love him.. really love him.. please don't take him away from me.. 
salah aku ke semua ni?? aku perampas kebahagiaan orang lain ke?? aku rasa bersalah sebenarnya.. ada luka di hati seseorang dan mungkin akulah punca segalanya.. pergi darinya??? mampukah aku?? atau lupakan segalanya.. dan kembali seperti dulu??? berkawan seperti biasa??? mudahnya perancangan tapi mudah ke pelaksanaan?? emm.. tak tahu... 


Jumaat, 16 September 2011

now your turn..

entry dia saya punya bukan sekarang dalam blog.. tapi aku post kat muka buku jugak..  ni antara komen2 yang aku dapat..





sume da.. melor.. orang da buat.. dy berani macam orang ke?? :P

he is mine!!!!

entri ini dibuat bagi menyahut cabaran melor..  nak tengok sangat kan??? orang da buat ni..nanti jangan marah ye.. 
to all people around the world..  'faizal' saya yang punya.. jangan try2.. jangan ushar2.. jangan dekat2 sebab dia saya punya.. 


siapa yang agak2 berkenan tu sila isi form dulu ea.. 
anda akan dapat dia hanya dalam mimpi.. :P

mission is completed.. da buat dah semua.. jangan marah ea.. cabar aku sangat..nak tengok benor kan?? amik kau!! melor.. orang nak askrim corneto 2 tau.... ^_^

Isnin, 12 September 2011

Sabtu, 10 September 2011

coret-moret..

Tiada apa yang lagi bermakna selain dapat bersama dengan insan yang kita sayang… menghabiskan waktu seadanya.. dan mengharap masa takkan berlalu dan kekal bersamanya..

Mencintainya mengajar aku menjadi orang yang sangat2 tamak.. mengharapkan masa takkan berlalu sedangkan ianya mustahil untuk berlaku.. mengharapkan dia hanya kepunyaan aku sedangkan aku sedar sememangnya aku perlu mengongsinya dengan orang lain.. tapi aku masih tamak.. masih mahu dia menjadi kepunyaan aku..hanya aku seorang..
I always asking myself.. how can I fall in love with him??? How can I want him to be mine?? And how the very cruel cute selfish boy can easily make me fall, melt, and change me totally and I realize all is because I love him..


Cinta tu butakan?? Sememangnya membutakan orang yang bercinta juga..
A day with him,make me feel in the air.. Hoping time will stop immediately and will stick at that time and never change..
Although has something in my mind and make me feel uncomfortable meet him but everything change when I m with him.. I m forget about everything..and only hope I will be with him forever..


Paling tak sangka the very cruel cold cute melor know how to persuade a girl.. macam mimpi tiba2 boleh pujuk.. lagipun bukan susah nak pujuk cikfie kan?? Bagi askrim.. selesai.. terkejut jugak tiba2 ada orang tu ajak pergi taming sari.. one of my dream. 


Nak naik taming sari dengan orang yang aku sayang.. baru nak sentap lama2.. ape taknya janji macam mariappa.. janji dengan orang lain tup2 keluar dengan orang lain.. siapa yang tak sentapkan?? now mission is completed.dah dapat naik taming sari dengan dia.. seronok..bahagia..puas.. lagi apa ye???. melor..nanti tunaikan permintaan orang yang lain pulak boleh tak?? ^_^

7sept2011..
Hoping he will be mine forever.. how sweet he is..sanggup melayan aku yang tiba2 tak reti2 nak tidor.. macam mimpi je cikfie tak tidor?? Believed or not?? Aku pun tak percaya… dengan mulut yang tak reti2 berhenti bercakap..mengganggu tidor lenanya tapi dia masih melayan dengan sabar.. do you know you are really super duper sweet dear.. sanggup dengar ayat mengarut2 dari aku ni.. sanggup dengar semua impian mengarut aku..


I told him everything.. my dream car,house, mini zoo, panda, necklace.. ring.. everything… and I ask him to buy all I want.. dia hanya mendengar dan mengiakan.. you are really sweet and I fall in love to you for the hundred time.. tahu tak apa yang aku rasa macam tersentuh sangat?? Bila aku cakap aku nak necklace yang boleh letak gambar tu..

 pastu kau kata nanti kau belikan.. dan bila aku Tanya kau ada duit tak.. dan kau jawab tak ada.. aku langsung tak rasa hampa sebab aku tahu kau jujur dengan aku dan kau ada keinginan nak tunaikan apa yang aku nak walaupun tak tahu masanya bila.. dan kau tahu tak aku rasa nak peluk cium kau tak nak kasi lepas sebab kau sangat2 super duper sweet time tu dan aku rasa sangat2 bahagia dengan kau....


p/s: mood sentap sebab kena marah dgn melor.. T_T